Followers

Tuesday, January 27, 2015

Kedua.

Haha..
Dalam mengejar dateline 7 hari untuk report kes. Maklumlah, kes 22hb. Betul-betul tak sempat dateline 23hb dan no 69. Dapat missed call bank baru paksa sempatkan juga; 
eh, aku tak bayar kereta dan 69. Berlari 4 x 100 meterlah pergi bank bayar. Raksasa tiba-tiba muncul depan meja. Macam gorgon hijau. Eh, bukan hijau. Itu Incredible hulk. Eh, tak kisahlah.

eh, Ok bye nak siapkan slide. Lusa ada orentasi dan slide pun tak buat lagi sebab kena guna template baru. Yer, la. Gorgon minta slide untuk dia sekali untuk 9 feb dan 29 Jan.

Salam.
nanti i update semula ye kesayaman.

Monday, January 19, 2015

Kentut.

Sesubuh pagi, saya menerima panggilan dari Adra. 
"Awak macamana? Hizam sudah call?"
Prihatinnya cukup buat saya terharu. 
"Belum. Tapi saya ternampak status whatsApp dia kelmarin" Masih teringat, saat saya menekan icon WhatsApp sebab teringatkan arahan kasut getah di email petang Jumaat.

Ini memang main terjun je sebetulnya. Saya lansung tak beritahu sesiapa. Kata kerja amal. Memang tiada siapa pun yang tahu melainkan saya dan Adra. Lagipun Adra yang uruskan dengan pihak BOD. Senang sajalah. Kasi nama dan pergilah membawa kasut Phua Chu Kang sambil berdoa diri sendiri senantiasa selamat walafiat memandangkan diri seorang diri memperjudikan diri-serba-kontot-lagi-kekurangan-tenaga-yang-kalau-buat-kerja-berat-sikit-terus-demam-2hari-pergi-mewakili jabatan. Berani mati?
Tawakal sajalah, kan? Allah kan ada. InsyaAllah.

Nama Hizam tertera di skrin telefon saya. Dalam mode standby ni, haruslah kita sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan. Selesai menerima arahan, terasa was-was betul. Lekas-lekas saya hubungi Adra. Macamana dengan e-kehadiran nanti memandangkan saya tiada di office. Nanti memanjang TIDAK HADIR pada sistem kehadiran online karang, pengsanlah.
"Saya uruskan nama ke kementerian saja.. yang lain-lain, awak buat sendiri!" Terang Adrawani pendek. 
Memang kentut, lah kan?
Baik tak payah jadi AJK macamtu.
Ceh!

Monday, January 12, 2015

Pastel dan Kegemaran.

Saya ada beberapa warna kegemaran. Kegemaran itu bermaksud ada beberapa helai baju warna yang sama, tudung warna yang sama serta kekerapan mengulang warna yang sama. Macamtu. Sampaikan, bila lalu sahaja di mana-mana tempat, mesti member akan cakap;
"Eh, warna favorite Ha, lah."
"Tu warna Ha suka."
"Ni, warna Ha."

Sampaikan, baju raya korang semua pun kena guna warna favorite i. Sorry guys. Jadi, di suatu hari, kak Najiha bertanyakan warna theme kita untuk majlis Sallehuddin Mei ni. I penuh confident pun memilih biru langit campur kelabu (atau boleh google glaucous) begitu. Bolehlah kita melaram shawl pink. Saffiyah lekas-lekas menentang.
"Alaa.. itu warna favorite kakak. Pilihlah warna orang muda sikit"
Ok, lah. Fine. Tak kisahlah sebab, i memang pem pastel orangnya (sejak usia i bertambah-tambah ni, i dah sedikit kurang-warna-terang-benderang-dan-super-hot-peri-peri) Asalkan bukan yang striking, akak okey je.
"Ok. Yah nak warna apa?" Soal saya. Beralahlah sebab raya haritu korang semua kena pakai warna coklat kekelabuan.
"Warna grey"
Ok. Baguslah. Saya senyum. Warna selamat tu.
"Campur sikit biru lembut" Tambah Saffiyah.
Saya pandang Saffiyah. Ada rasa nak tumbuk perut Saffiyah?
Grr..


Kita sebut warna yang samalah maksudnya!

Friday, January 2, 2015

Dari KLIA ke Jeddah.

Tahap bosannya apabila berkurung dalam pesawat yang memakan masa 8 jam perjalanan itu, saya isikan dengan memerhatikan seorang lelaki yang asyik bermain dengan handphonenya. Atas flight pun busy juga, bang?  Macam, lah ada signalnya kot. Roaming agaknya, fikir positif saja. Saffiyah di sebelah masih rancak bersembang dengan cikgu bersara di sebelahnya.
"Yang ni, untuk apa ya..?" Saya tanya diri sendiri. Diri sendiri saja. Pun perlahan intonasinya. Sambil tangan memegang pemegang apa entahlah yang tercantum di kerusi hadapan saya. 
Tak sangka pula;
"Itu tempat letak cawan" Lelaki yang asyik memegang Iphone td bersuara memandang saya.
Eh? Saya diam. Terkejut. Habis, kau nampaklah i usha tadi. Cit! Kantoi.
Dan, sebahagian masa 6 jam seterusnya terisi dengan bersembang dengan lelaki-yang-saya-pun-lupa-tanya-nama-dia. bahahaha..

Kawan-kawan, saya share kan Panduan, Keperluan untuk Mengerjakan Umrah di sini. Boleh klik untuk rujukan, ya.

Saman.

Masalah, lah yang menjadikan kita double triple superman, ultraman, catwomen, batman, chunLi, keluangman, tiongman dan tomatoman. Tanpa masalah, kita tak belajar sesuatu. 

Dan,
Selamat datang Port Folio baru bersama 2015.
Sila bertemu saya dalam sesi kemalangan melibatkan elektrik.


Kes pertama 2 Januari 2015.
Flashover 33kV.
Pergi menangis, 

kesayanganmu,
sobs.