Followers

Tuesday, April 28, 2015

Pendandan.

Ada i cerita, i dimestikan menjadi penggubah secara rasminya untuk familyku?
Pun taktahu sejak bila. Sebabnya bukanlah seorang yang kreatif pun. 

Lagipun, saya adalah orang yang 'harga mahal-mahal'
'harga mahal-mahal' kat sini bermaksud, orang lain, boleh je daki gunung Kinabalu guna kasut brand BATA. Tapi, i nak juga cari Columbia hiking. Orang lain boleh je pakai sandal sarung pasar malam dan beg sekolah naik Nuang. Tapi, i nak juga sandal teva serta beg Deuter. Nampak tak, kat situ?

'harga mahal-mahal' bukanlah high maintenance kat sini. Barang-barang yang dibeli adalah sangat mahal tetapi memuaskan hati sendiri. Tapi, bukanlah semua i cari yang mahal. Masih cari baju pasar malam jalan TAR pun. (Err..sila jangan bangkit harga langsir haritu. Tumbuk karang)

Pun begitu, semua tetap tabah dan sabar untuk memenuhi selera i. Masih bayar juga apa-apa keperluan untuk dulang hantaran. Asalkan siap. 

Terkini, i siapkan dulang hantaran adik majlis 2 Mei/30Mei.
Memang i berkeras taknak buat. Sebab memanglah tak reti buat pun. Beli bunga dah siap rantai. Beli riben dah siap berbatu. Beli kertas racik. Padahal, orang yang jaga kos, akan DIY saja semua tu. 

Tapi apakan daya, beliau sudi buka dompet untuk membayar barang-barang yang i ambil di Sayang You itu. 

Bertabahlah engkorang dapat kakak yang sangat 'mahal-mahal' ini.

Tuesday, April 14, 2015

Mimpi Yang Serupa.

Kau pernah tak, tengah jalan-jalan, tiba-tiba ternampak seorang yang korang kenal sangat yang dah lama tak jumpa lepastu terus pergi peluk dia?
Saya?
Pernah.

Depan Restoran Insaf, Jalan TAR, 2009.
Dari jauh saya nampak kelibatnya jalan bersama ibunya. Begitupun i. Masa sedang mencari barang persiapan wedding kakak. Dan, syukurlah dia melambai. Maksudnya, tak salah orang. Kami mendekat, bersalam dan berbalas pelukan. Memang lamanya tak jumpa. 
"Lama takjumpa, kan?" Soalnya yang saya betul-betul terlupa namanya.
Saya angguk bersetuju.
"Last sekali masa di Sintok" Ingatnya.
Saya terdiam kemudian. Berundur ke belakang setapak.
Sebenarnya aku macam tak pernah sampai Sintok pun.
"Ok, lah aku nak kena gerak nih" Saya dah mula rasa macam, eh, aku kenal ke tak, orang nih?

Masalahnya sekarang, ini  dejavu ke macamana? Sebab, bukan kau seorang macam pernah jumpanya, dia pun pernah jumpa kau.

Friday, April 10, 2015

Kentut (Part 2).

Ok, mesti korang dah baca tentang entry memilih baju para-para sakura pengantin tu kan? ini adalah lanjutan untuk berfikir secara kritis bagi pemilihan warna tudung pula. Sila hayati dan bertabahlah seorang diri.

Adik bongsu saya, oh. Belum beri nama padanya.
Memperkenalkan Sarah sebagai adik bongsu saya yang hijabister yang shawl labuh sampai lutut pun, dia boleh lilit kasi singkat itu. Dia bukan seorang color block, namun begitu sepatutnya dia harus ikuti fesyen semasa.

Satu hari, Saffiyah bawa Sarah masuk bilik saya. Ingatkan nak share secret ke, pebenda ke, maklumlah, beza kita yang 13 tahun ni mana nak share sangat kisah boifren-tak-matang aka muda remaja dengan kita. Paling koman pun kisah-cinta-bestfriend-forevernya tetap sampai ke telinga saya melalui Saffiyah sebab kadangkala Saffiyah pun kebuntuan nak kasi nasihat. Begitu.
Hoih, panjang berjelanya introduce Sarah kat korang eh.

Pada awalnya, saya memilih untuk guna warna kelabu sebagai shawl/tudung matchkan dengan jubah biru kekelabuan tersebut. Tapi, Saffiyah nak purple pink. Manakala Sarah nakkan warna-warna orang muda. Ok, then.
Kakak pun tak kisahlah kamu nak kaler apa wahai adik-adik. Kakak ikutkan saja.
Lalu.
Dibilik tersebut.
"Mana match tudung purple pink" Rujuk Sarah pada cadangan Saffiyah.
Itu color block, dik. Boleh je nak gunanya. Namun, disebabkan Sarah bukanlah color block punya type, sekeras hati ditentangnya. kekekeke..
"Ok. Habis, korang nak warna apa nih?" Celah saya yang hati 95% pada kisah bersiri Time Slip Dr Jin.
"Apa kata kita pakai warna kelabu?" Bagitau Sarah selepas saya meletakkan Tab ke tepi dan membawa fokus dari Time Slip Dr Jin kepadanya.

Mari tumbuk perut Sarah!