Followers

Thursday, January 30, 2014

Plan No. 2 (Vol 3).

"Nampak macam ada org tiru sign i, jeee.." What apps saya ketika menunggu hidangan Hainanese Curry Chicken Noodles (pilih wantan, best) dan Famous Kuching Three Layer sampai ke meja. Menu wajib saya setiap kali ke The Chicken Rice Shop. Rasa macam baru beberapa saat send, panggilannya masuk..
"Cik Ha.."

29 Januari 2014/ Bandar Baru Ampang, Selangor.
Saya sendiri tidak semak setiap butir yang tertulis. Yang pasti semua berkaitan dengan dokumen jual beli, pengurangan setem duti 50% bagi rumah pertama, pengesahan pembayaran deposit serta perlantikan beliau sebagai peguam saya. Sedang menandatangani satu-persatu dokumen tersebut, beliau memberi penerangan lanjut kepada owner rumah, termasuklah mesti mengosongkan rumah selesai cek ke dua diterima.

Banyak perkara perlu di ambil tindakan selepas keluar sahaja cek kedua. Antaranya, menukar nama pada bil elektrik, bil air, cukai tanah, cukai pintu serta menghantar dokumen KWSP kepada pejabat lawyer

Cek pertama disini, diterjemahkan sebagai, 
bank saya membayar balance hutang owner lama kepada bank yang dia buat pinjaman. 
Cek kedua pula adalah balance pinjaman saya yang telah deal 
untuk bayar kepada owner lama.

Selain urusan dengan lawyer sale and purchase, terpaksa mengadap berbuku-buku dokumen dengan lawyer bank untuk loan aggrement. Dan disitu baru saya perasan, pegawai bank haritu, meniru sign saya untuk kesemua mukasurat letter offer yang lebihkurang ada 70 mukasurat itu. Buku yang sebetulnya ada 3 copy.

Friday, January 24, 2014

Sense of Humor.

"Esoklah. Saya pemalas nak keluar malam" What apps saya selesai membaca what appsnya.

10 minit kemudian, telefon saya berdering dan namanya tertera di skrin android.
Sah! Confirm dia tak baca what apps saya!
"Ok, i dah depan pagar rumah"
Ngok betul.
"Yerla. I nak pakai tudung jap" Geram betul. Kain telekung saya tanggalkan. Hajat hati memang nak tunggu Isyak sementara tu mengadap cerita di tonton.my
"Pakai tudung? buat apa?" Tanyanya di talian. Agaknya bercekak pinggang diluar rumah dengan nada suara macam mak nenek macamtu.
"Habis, takkan nak pakai kain telekung keluar?" Terus saya matikan talian. Malas nak dengar bebelan seterusnya yang hanya akan melewatkan saya sarung tudung. Belum sampai 3minit pun, What apps laju masuk.
"Pakai tudung ke pakai sari? Lamanya.."
T_T

err.. panjang lagi cerita ni. Tapi pemalas betul nak karang. By the way, dia ni pegawai bank yang saya apply loan rumah. Dia memang loyar buruk. Lepastu 2kali dia jumpa saya, mandi minyak wangi agaknya. Soalan-soalan saya semua dia jawab dengan beria bercerita, lepastu aku macam percaya gila. Tapi sebenarnya selalu sangat membahan saya tanpa saya sedar. 

Ok, sebenarnya nak update plan no 2, saya sign letter offer semalam. 
Dokumen yang perlu di sertakan semasa apply loan rumah adalah,
1. Salinan Kad Pengenalan.
2. Bank statement 3 bulan
3. Slip gaji 3 bulan
4. Penyata KWSP

Monday, January 20, 2014

Dan, Pantai Pun Berubah.

Dari kejauhan, saya cuba amati wajah perempuan yang sedikit tinggi suaranya dikalangan meja VIP tersebut. Sah. Liza. Pelik juga. Perlahan-lahan saya hampiri meja yang mendekati pelamin pengantin di dewan tersebut.
"Ha.." Sapanya. Lansung tak menunjukkan muka terkejut. Padahal kita tak jumpa lebih 7 tahun rasanya.

Tak sempat saya buka mulut, bersusun kata-katanya melintasi pertemuan kami. Macam dulu-dulu. Masa kita sama-sama chatterbox 13 tahun yang lepas.
"Aku dah agak kau mesti datang punya. Eh jemput makan tau.."
Saya betul-betul terpinga.
"Err, kau dah makan? Datang dengan siapa?" Tanya saya padahal, sah-sah saya nampak anak perempuan dan suaminya di sebelah. Bongok punya soalan.
"Ni haa.. datang dengan anak ngan husband aku. Aku dah makan. Semalam lagi aku kat sini. Pengantin ni sepupu aku lah. Mak dia makcik aku. Kawan sepejabat arwah ayah kau. Aku tahu. Mak kau kerja JKR kan? Aku taulah semua pasal kau. Kau je yang tak tahu.. blablabla.."

Saya kembali ke meja kakak. Dia memang tak berubah. Mujur dewan itu dipenuhi dengan suara audio. T_T 
Yang berubah hanya saya..

Wednesday, January 15, 2014

Plan No. 2 (Vol 2).

15 Januari 2014
Petaling Jaya, Selangor.
Button end call saya tekan. Saya berjalan ke arah Dani dan memeluk bahunya.
"Loan i lulus!" Rasa nak sujud syukur kat lantai office. Yang saya submit khamis lepas. Baru je submit; 9 Jan 2014. Syukurnya.

2012
"Nak jemput datang rumah aku ni. Aku buat housewarming sekali dengan akikah anak" Mesej pendek itu tertera di skrin pc saya sewaktu sibuk menguruskan jemputan seminar.
"Ok. InsyaAllah."
"Datang tau!" Gesa rakan yang sama-sama lapor diri semasa mula-mula masuk kerja suatu ketika dulu.
"Ok"
"Kau bila nak beli rumah?" Tanyanya tanpa berlapik. Entahlah. Pada saya masatu, mungkin lepas kahwin baru nak fikirkan beli rumah sambil plan mungkin boleh share loan dengan suami memandangkan takut loan tak lepas dengan satu akaun.
"Lepas kahwin. Aku nak cuci kaki saja. Biar husband beli. Boleh? Macam kau, la. Beli untuk bini.." Jawab saya selamba. Lebih kepada malas nak fikir jawapan kepada soalan berikutnya. Soalan cepu emas.
"Bila nak kahwin nya..?" Ok, memang tersalah jawapan saya disitu.. T_T
Grr.. 
Sibuk tau. Kahwinlah saya nanti, bila jumpa seseorang yang selesa di hatilah.

Thursday, January 9, 2014

Plan No 1.

1995
"Koko kau masuk apa?" Bestfriend saya, Seri (jika masih ingat pada perempuan yang ajak saya bercuti di Europh 2015 itu?) menyuakan borang kertas aktiviti kokurikulum pilihan pelajar.
"Taekwondo. Jom" 
"Mm.. ok takpelah. Nanti papehal kau tolong protect aku eh.." Seri beredar dari tempat saya kemudian. 
Dan saya hanya bersemangat sehingga blue belt sahaja..

2014
Pukul 3 petang, tetapi khemah masih dipenuhi dengan tetamu jemputan. Untuk gelas yang kali ke dua itu, saya menemani tuan rumah, Seri yang baru mengisi perut.
"So, apa plan tahun baru kau?" Sambil mengunyah makanan dimulut, Seri memandang saya.
"Masuk kelas menjahit. Jom. Masuk sekali" Pelawa saya walau saya tahu, entahlah kenapa bestfriend ku memang tidak akan ya, memang tidak akan join apa-apa saja aktiviti kegemaran saya!
"Takpe. Aku cop jadi first customer kau nanti ya" Jawabnya memperkemaskan hood yang menutupi kepalanya. First time betul saya tengok jubah yang bersambung hood mcmtu.

Tuesday, January 7, 2014

Plan No 3.

Perbincangan kami berakhir dengan pamplet jualan bertukar tangan. Sangka saya, saya perlu menandatangani kontrak perjanjian sebagai salah seorang pengedarnya seperti produk yang satu lagi. Nampaknya semudah yang tidak di sangka. Alhamdullillah..

"Jadi, apa minimum order untuk penghantaran?" Soal perempuan eksekutif yang akan menguruskan order saya selepas ini.
"Err.. berapa-berapa pun saya hantar. Tiada minimum.." Akhiri saya sebelum saya seperti tersedar, takkanlah nak buat penghantaran sampai Shah Alam dengan keadaan harga minyak naik semata-mata untuk sepaket saja..?

Jadi, perlu balik dan pinda semula T&C!

Friday, January 3, 2014

Plan No 2.

"Jadi, apa lagi yang perlu aku titik beratkan ni..?" Saya mencatat maklumat penting untuk rujukan di masa akan datang. Merujuk pada yang pakar. Yang sudah punyai rumah di Damansara untuk rate yang munasabah.
"Duti setem nanti kena standby banyak. Kalau 400 k, kena prepare dalam 11 k"
Kecut betul perut. Macam nak pengsan pun ada.
Duti setem 11 k? 11 ribu, ok. Legal fi S & P lagi, valuation fi around rm 800 dan downpayment. Muntah!
"Oh, ya masa kau call tu, kalau boleh, biarlah melayu yang attend kau" Akhiri bicaranya.

Terus teringat insiden pagi tadi.
Saya nak bagi sales utk dia. Tapi dia sendiri macam layan tak layan. Tengok saya pun macam tak nak layan. Macamtu, nak suruh handle kes saya..?
Macamtulah nanti terpaksa saya hadap sampai siap semua dokumen dan serah milik?
kemudian menyesal sbb lantik dia?
Memang tidak, lah..

Thursday, January 2, 2014

Hati Besar.

Kau tahu, perkara paling kenangan adalah 
bila first time perut kau kena cubit dengan cikgu yang super garang 
untuk bukan kesalahan kau?

Selamat memulakan alam persekolahan pada anak kawan-kawan sebaya yang mula berdaftar darjah satu..

Kenangan zaman sekolah rendah?

1991, Beserah, Kuantan Pahang

Saya bukanlah pelajar yang terlalu pandai dalam kelas, tetapi kategori grop A dalam kelas. Dalam kelas, susunan mejanya ada 3 baris. Satu baris, cikgu panggil grop A dekat dgn pintu kelas, satu baris (barisan tengah) grop C dan baris ketiga dekat tingkap kelas adalah grop B. Tugas grop A ni adalah, biasanya jadi mentor pada grop C bila time cikgu suruh buat kerja sekolah. Lebih kurang macam kami kena ajar mereka cara mengira, grammar atau bina ayat. Macamtu. 

Jadi, adalah seorang budak dari grop C ni. Intan namanya. Memang saya ingat namanya sampai harini. Dia nak join grop saya bila bermain di padang, buat kerja sekolah petang-petang sama-sama dan rehat sama-sama dengan cara, membelikan saya reben rambut yang sangat cantik dan pensel yang dakwatnya boleh tukar-tukar tu. yg bila dah tumpul, cabut dan letak ke belakang pensel untuk keluarkan mata pensel yang baru. Pada zaman tu, pensel tu dikira sangat mahal, lah untuk budak kampung macam kami.. dan Intan pun anak orang kaya tanpa banyak soal, saya terima sahaja pemberiannya.

Satu hari, cikgu Hayati yang super garang panggil saya ke hadapan meja guru bersama Intan dan seorang lagi wanita dewasa yang saya kira mak Intan.
"Kamu suruh dia mencuri ya?"
Saya mati-mati ingat mak Intan yang belikan dan memang tak sangka Intan mencuri duit maknya semata-mata untuk join kumpulan saya yg hanya 3 orang itu.
Tapi, memang tak, lah cikgu nak percaya. Dipiatnya perut saya dengan kukunya yang tajam.
Lepastu, saya geng dengan Intan..? 
Memang tidak, lah!