Followers

Wednesday, February 19, 2014

Tanpa Paksaan, Tiada Keinsafan (Vol 3).

Pernah baca entry saya tentang; 
"Tanpa Paksaan, Tiada Keinsafan" 
di blog lama..?

Hari kedua, hand sock.
"Tengok Ha pakai, mcm longgar je. Dah kurus ya?" Tanyanya sambil menarik lengan saya.
"Eh, taklah. Ini bahagian tapak tangan sebab tu dia lebar sikit"
"Saffiyah beli, ya..?" Tekanya yang memang betul pun.

9 Januari 2014
Parcel yang baru sampai semalam, adik buka di bilik bunda. Kami memang begini. Jika beli barang baru, suka nak share bagi semua adik-beradik tengok, lepastu kita sama-sama feel "bestnya". Ha.. mcmtu.
5 helai hand socks yang sangat cantik berlubang dihujungnya khas untuk ibu jari. Sedang Saffiyah mengirai kepelbagaian warna hand sock tersebut;
"Yang ni, kak Ha punya!" Letaknya hadapan saya.
Eh, apa pula..?
T_T (gambar bukan tgn saya)
Doakan saya istiqamah.

Tuesday, February 18, 2014

Yang Tersayang.

Antara 9 orang anak buah, saya rasa, 
anak buah yang perempuanlah yang lebih maknenek dan dewasa sebelum waktunya. 
Tak percaya..?

2013
Berdentum-dentum pintu bilik saya diketuk dari luar. Buka saja pintu bilik, tercegat dia bercekak pinggang dan siap berstokin.
"Tak solat lagi? Cepatlah, orang nak pergi jogging nih..!!"
T_T
Itu baru 3 tahun. Padahal baru saja betul-betul azan asar habis dan makcik Ha sorang ni asyik menonton dramaload.com.

2014
"Bear dia ada dalam beg tak?" Mesej kakak bila saja saya meninggalkan kawasan Rembau. Lekas-lekas saya suruh adik cek beg princessnya. Ada baju Little Caliphs, tudung, seluar. 
Eh, mana bear dia..?
Alamak.. mengamuk dia bila nak tidur, tanpa bear kesayangannya itu.
Adik lekas-lekas cuba cover sebelum dia mengantuk. Sebab bila dia mengantuklah, baru beria dia cari bear kesayangan sendiri itu.
"Yuni dah sekolah, lah cik Ha. Mana main dengan bear-bear nih. Kan, Yuni..?" 
"Haah, dah besar mana boleh main bear dah" Jawabnya konfiden.
Saya menarik nafas kelegaan. Memang hajat nak singgah Little Caliphs dah on the way balik Seremban, tapi abg ipar sempat singgah ambil, sebelum tadika tu tutup. Lalu sahaja depan Little Caliphs betul-betul depan Maktab Perguruan tu, saya rasa ada org menarik lengan saya dari belakang.
"Cik Ha, pergilah school Yuni. Yuni nak ambil bear.." Banjir terus MyVi saya..
Bhahaha..

Sunday, February 2, 2014

Perbezaan Kita.

Kami menjalankan operasi memusnahkan dokumen lama. Semua dokumen zaman belajar dari 1998-2006. Terlalu lama simpan pun, hanya makan space. Tambahan pula, bilik yang menjadi perpustakaan kami dulu, kakak plan untuk jadikan bilik tidur menjadikan bilik tidur di rumah adalah 5buah. Sedang adik men shred kan assignment lama, nota-nota lama;

"Kak Ha, sini kejap" Laluan saya asalnya nak ke dapur, berpatah semula ke ruang tamu. Ruang tamu yang dipenuhi dengan kertas-kertas shred. Dah macam rumah kedai jual paper lama gayanya.
"Abang sebelah cakap sewa rumah dia naik. Jadi RM 900.." adik berhenti dan kemudiannya menyambung,
"...rumah bawah yang baru cat tu kak Ha tau dia sewakan berapa?" Tanya adik saya yang baru habis belajar. Ok, kursus kami sama, kejuruteraan elektrik.
"Berapa..?" Tanya saya.
"RM 1, 300.00 . Itupun sebab dalam rumah tu dah sedia ada perabot. Rumah depan rumah kita ni pun baru RM 900.00"
RM 900.00 okey? Apahal murah sangat untuk rumah teres atas tanah ni..?

Maksudnya apa di situ? Nak suruh kakak sewakan murah..?
Saya letak RM 1,500.00 untuk penyewaan rumah yang baru saya beli. Dalam range sewa area yang boleh pergi serendah RM 600. Sebab?
Sebab, bayar bank ialah RM 1,500. RM 1,500 ok?
Dan no wonder harga boleh turun serendah RM 600 sebab tuan rumah dah settle hutang dengan bank. 
I? I kan baru nak mula.. T_T