Followers

Thursday, March 27, 2014

Customer Service Yang Berjaya (Part 2).

Melayani pelanggan memang bermain dengan emosi. Tak boleh terus letak telefon, tak boleh jawab acuh tak acuh kerana kau perlu ingat, kau dibayar setiap sen untuk tanggungjawab yang diberi. Err..lebih kepada nak elak dari E-Aduan. Sobs.

"Cuba kau tengok ni, syarat CIDB ni, aku dah lepas. Tiba ke P**** (bilangan bintang tidak mewakili huruf selepas P), dia suruh aku dapatkan lesen kat sini. Aku bukan buat kerja-kerja wiring. Bukan kecil-kecil punya projek. Ini 275kV punya kerja. Bukan level 33kV" Marahnya berdesing. Suara sedikit tinggi, membuatkan saya rasa seperti ingin masuk bawah meja dan kemudian, menangis sebentar. Sangatlah.

"Encik bawa syarat-syarat yang P**** bagi?" Soal saya. Harapan suara tak bergetar lepastu keluar airmata dan menangis begitu tinggi. Lega, mereka behave.
Syarat yang terlalu umum dan saya sendiri tak berapa pasti kehendak P**** untuk melayakkan dia dapat tender tersebut.
"Cuba encik tanya dengan dia, dia nak lesen apa dari kami?"
"Kau mcm tak tahu, nak jumpa pegawai dia, sikit punya susah. Nak telefon jangan harap dapat bercakap. Memang takkan dapat jawapannya punya!" Nadanya masih tinggi,
Jadi, ini isu kami atau P**** yang sukar di 'hubungi'?
"Tak per, takper saya faham.." Saya semak jenis yang bersesuaian untuknya. 
Ya, selain kau menjadi pekerja di tempat sekarang, kau juga perlu jadi penaakul secara logik kepada sesuatu masalah.

"Ok, macamni. Encik salin apa yang saya beritahu ini, ya? Encik submit dokumen ini, tetapi, play save, encik daftar sebagai #$% juga dan submit lesennya" Saya terangkan dari A-Z dan pengurus tersebut terangguk-angguk sambil menyalin.
Seusai saya mencetak sekeping dokumen untuknya, dia memandang dengan wajah yang lain dari mula datangnya ke bilik saya.
"Itu semua gambar family kamu?" Pandangannya terarah pada sekeping frame di belakang saya.
Saya berpaling ke belakang. Sebuah potret yang dirakam pada 2009 ketika persandingan kakak saya.
"Ya, tetapi abah sudah tiada.." 
"Bila arwah pergi?" Tanyanya kemudian.
Tetiba saya rasa macam, eh, pakcik ni boleh bertukar-tukar mood rupanya.
"2010.."
"Ooh.. Sudah 4tahun. Nanti, selalulah amalkan ayat ni, Lahaulawala kuwataillahbillah... dan surah Al-Ikhlas...blablabla...."
Bicara kami selepas itu lebih kepada dia menterjemahkan ayat-ayat amalan saya serta bertukar-tukar ayat amalan beliau.
Magikkan..?

Wednesday, March 26, 2014

Customer Service Yang Berjaya (Part 1).

Bidang tugas yg terlalu banyak 'cum', menjadi sangat gembira bila kau gembira dan boleh buat semua hati orang turut gembira. Selain meluluskan lesen, kau juga perlu memberi bahu dan mungkin menggunakan beberapa minit masa kerja untuk menghayati masalah yang dialami oleh pelanggan. Melalui label ini, akan saya sharekan pengalaman menjadi perkhidmatan pelanggan yang berdedikasi. 

"Lepastu, macamana nak print?"
"Cuba tengok belah kiri, ada gambar printer tak?"
"Ok. Eh, tapi komputer saya tiada printer"
Takde printer ya..? Saya ketap bibir. Geramnya..
"Cuba encik pergi pada komputer yang ada printer dan cetak"
"Ok. Tapi, awak tunggu di talian tau. Tunggu tau"
T_T
"Tak boleh pun print.."
Ada rasa nak menangis?
"Encik guna printer apa? Klik di destination, change pada printer yang bersambung dgn pc encik.."
Tetiba, kau juga kena jadi orang IT.
"Oh, belum. Ok. dah"
"Itu sajakah?" Tanya saya, formality. Sedang, di hadapan saya, seorang lagi pelanggan sedang menunggu.
"Err.. kat UTC ada SSM tak?"
T_T . T_T Tetiba kau jadi google map
 SSM apa bendalah.. kenapa tak tanya SSM? Kenapa tanya i..? T_T
"Setahu saya SSM ada di KL Sentral"
"Ok, tapi, tingkat berapa, ya?"
Tingkat berapa? Tingkat berapa SSM? Keliru betul. Sekarang ni, saya kerja di SSM ke tempat kerja sekarang..? T_T
"Encik pergi KL Sentral, masuk lobi, kat kaunter dia nanti encik tanya tingkat berapa, ya?"
Sambil saya doa-doa dalam hati supaya tiada soalan yang mengarut-ngarut macamtu lagi.

Ok, sekarang nak buat part time di customer service Celcom..
Ada part seterusnya.

Monday, March 24, 2014

Menjadi Orang Yang Baik.

Dari kecil, memang diajar untuk bersangka-baik saja daripada bersangka buruk-buruk. Apabila besar, arwah pernah banyak kali mengingatkan supaya, kadangkala, harus juga berfikir kesan buruk sekali sekala termasuk fikir tentang orang yang akan ambil kesempatan. Tapi , saya selalu terlupa tentang itu. 

Mac, 2014/ Maju Junction, Kuala Lumpur.
Memang kegemaran saya cuci kereta di situ. Tetapi kerana kebutaan huruf seorang driver yang telah block jalan masuk ke tempat cucian telah menyebabkan, jalan begitu sempit. 3 orang lelaki, entah dari mana, menjadi pembantu bidan terjun saya tolong tengokkan kereta dari depan dan belakang sebelum saya keluar dari kereta.
"Takutlah.." Keluar saja kereta, kereta saya, betul-betul sipi dinding. Pengsan.
Salah seorang dari lelaki tersebut, masuk ke dalam kereta saya, dan membawa ke tempat cucian kereta.

Mac 2009/ Sogo, Kuala Lumpur.
Kereta dibelakang masih menunggu dalam kesesakan mencari parking. Masa tu, panik betul bila Bany saya berbunyi tak berhenti-henti saat ingin menghidupkan enjin. Sudahlah bunyinya memecah keseluruhan floor kompleks membeli belah SOGO tersebut, bany tersebut, saya parking betul-betul tepi tiang dinding dan kalau tak pandai keluarkan, memang bercalar balar habis body

Betullah, lesen B2D saya dapat pada 2005. Tapi, selepas 2005, saya lansung tidak drive mana-mana 'D' sekadar B2 sahaja. Bila beli Bany 2009, baru mula memandu dan itulah insiden paling tidak dilupakan..

Saya keluar kereta, minta tolong dari entahlah siapa-siapa tolong tengokkan. Panik gila. 2-3 orang cuba membantu dan saya harapkan mereka orang baik-baik, sehinggalah seorang family man yang datang, melihat pada gear masih dikedudukan D dan saya telah menarik hand brake tanpa sengaja. Beliau, membetulkan gear, baru kereta berhenti berbunyi, dan beliau terus keluarkan dari kotak parking.

Dan, syukurlah. Yang datang, semua yang baik-baik.

Thursday, March 20, 2014

Cinta Yang Tertulis.

Email semalam saya cetak dan bawa ke bilik raksasa. Sebetulnya bukan ingin bertanya tentang email tersebut, tetapi lebih kepada lesen di Sarawak. Dan pertanyaan betul-betul terpotong bila raksasa bertanyakan soalan ini;
"Apa view kamu untuk 10 tahun akan datang?"
Saya berkerut dahi. Serius, lansung saya terlupa semangat nak sambung kursus OSHA.
"Saya pun bertanya pada anak saya, civil engineer. Budak-budak ni susah. Bukan nak amalkan apa yang dia belajar. Dia nak jual kereta" Raksasa menyemak dokumen di hadapannya.
"Nanti, bila kawan-kawan kamu semua dah ada IR, masa tu mesti kamu akan terfikir, apa yang kamu sudah lakukan selama ni. Kamu kena fikirkan semua itu dari sekarang" Tenang, raksasa menyusun ayat. Menjaga hati. 
Betullah, saya sudah menghantar pendaftaran di BEM. Tapi, memang tiada perasaan untuk menjadi pengamal bidang ini untuk tempoh akan datang.
"Err.. raksasa. Soalan tadi tu.. saya memang ada menyemak tentang Diploma Safety. Mungkin selepas ini, saya akan cenderung ke situ"
"Bagus.." Raksasa bangun, menghulur sebuah buku tulisan Von Meier bertajuk; Electric Power System.
"Buku ini bagus untuk di baca" Akhir kata-katanya..

Monday, March 17, 2014

Tentang Dia (Vol 1).

The world is filled with nice people. 
If you can't find one, be one.
2014
"Aku di Kedah bersama anak-anak. Dah tak bersama Naim" Mesejnya di facebook.

Kau tahu, untuk mendapat seorang sahabat yang baik, kau perlu menjadi sahabat yang baik terlebih dahulu. Tapi sebenarnya, selama ini hanya dikelilingi oleh harapan-harapan palsu yang begitu melukakan.

Memandangkan bundle telah menulis cerpen, saya pun nak share satu cerpen saya yang pernah tersiar dalam sebuah majalah 'Nur' terbitan Karangkraf sekitar tahun 2006 yang tidak lari jauh dari hidup saya secara bersiri..


Tentang Dia (Vol 1).

2006/ Masiera & Zariati Advocates & Solicitors

“AHMAD Baihaqi. Sedapkan nama tu?” Terdengar nada riang suara di sana.
Saya masih teragak-agak untuk menjawab.
“Datanglah. Aku rindukan kau!”

2002/Kejohanan Taekwondo Antara Universiti, Universiti xxx, Cyberjaya.

Dia, saya kenali sebagai Sarah. Kami sama-sama rapat semasa menganggotai kelab seni mempertahankan diri; Taekwondo. Dia sangat komited. Setiap kali kejohanan antara universiti, dia akan sertai sebagai peserta. Entah apa silapnya, perlawanan yang lepas membuatkan dia tidak mampu untuk beraksi sebagai peserta, membuatkan saya berpeluang mencaras tempatnya untuk mewakili universiti. 
Sarah turut serta, tapi hanya mampu menjadi peserta bagi ‘poomse’ sekaligus menjadi penyokong rasmi saya. Di situlah, segala-galanya bermula. Tentang perkenalan dia, tentang persahabatan kami dan tentang segala-galanya.

“Masa kau tengah lawan tadi, aku ke surau sekejap” Sarah menghulur tuala kecil pada saya.
Air mineral bekalan dari pihak universiti, saya teguk perlahan.
“Alah, kau solat tak tunggu aku!” Saya menumbuk bahunya perlahan.
“Belumlah. Aku belum solat. Cuma temankan orang. Dah kebetulan, aku tanyakan sekali tempat solat siswi!” Sarah senyum-senyum.
“Nanti-nanti. Kau temankan siapa ni, ha? Kau dah berkenalan ke dengan pelajar-pelajar di sini? Jangan sorok” 
“Mohammad Haqqi. Sorry. Aku tak tengok kau battle tadi. Aku tengok dia lawan. Dahsyat betul dia belasah pihak lawan” Kagum Sarah dengan mata bersinar.

Saya yang silap jika tidak pernah memperkenalkan Haqqi pada Sarah. Sekarang Sarah sudah pun kenal, tanpa saya. Harap-harap Sarah tidak menaruh hati pada bakal tunang saya, itu. Saya lihat Sarah masih tersenyum-senyum. 
Ada apa-apakah? Lekas, saya berlalu ke beg mengambil telefon bimbit. 
“Dia sedang solat. Nanti saya sampaikan salam Mas” Terdengar suara lelaki lain yang menjawab.
Dalam hati, saya sangat berdoa agar antara Haqqi dan Sarah, tiada apa-apa..

bersambung..

Wednesday, March 12, 2014

Yang Teristimewa Buatnya.

Perkara paling terharu, apabila sebenarnya 
kita disayangi oleh orang sekeliling kita.

Niat hati, memang nak buat prank sempena hari kelahiran staf-staf saya yang kesayangan dengan menyebarkan berita palsu mereka ditransfer 1 week notice ke jabatan lain. Tapi, harini, sudah tarik muka sebab, entahlah. Rasa seperti usaha beli kek, tempah JM Beriani, beli hadiah lansung tak berbaloi dan sangat menyesal gila disitu.

14 Jun 2002 - Hari lahir ke 20tahun.
Hampir jam 12 mlm menuju 15hb Jun 2002, saya menarik selimut bila menyedari rakan sebilik masih lepak dibilik coursematenya. Mungkin menyiapkan assignment. Tiba-tiba, rakan sekuliyah roomate saya mengejutkan saya dari belakang sebelum roomate saya membawa sebiji kek yang berlilin dan kemudian mereka menyanyi beramai-ramai sebelum roomate meletakkan krim ke muka saya. 
"Tiup cepat!" Gesa Asma, roomate saya. Kemudian, kami semua (4orang) main krim kek sebelum pintu bilik kami diketuk. Asma bangun membuka pintu bilik. Takut warden naik sebab kami bising di tengah malam buta.
Sebiji kek berdiri dimuka pintu menutup muka pembawanya. Bestfriend saya masuk bersama 3 roomatenya sambil bising-bising menyanyi lagu selamat hari lahir untuk saya. Kesudahannya, 2 biji kek(satu dari roomate dan satu dari bestfriend), mee goreng, ayam, jajan, tembikai dan air bandung jadi jamahan satu floor asrama kami.

Tuesday, March 4, 2014

Perjalanan Memanjat Gunung Kinabalu.


Menjawab kepada entry Botak, 
saya pastekan entry ini sekali lagi ke blog baru ini.

Beberapa tips yang saya nak kongsikan buat kawan-kawan yang berhajat mendaki Gunung Kinabalu. Bayarannya dalam RM 552 macamtu. (ini adalah nilai pada November 2012) Tips ini terpakai untuk orang yang tak tahan sejuk macam saya.

Senarai keperluan;
1. Jaket.
2. Stokin.
3. Deep Heat (atau mana-mana ubat sakit muscle).
4. Chemical Warmer. (Kat Winter Time ada jual)
5. Snow Cap.
6. Kasut yang bersesuaian. Kalau boleh ada ruang sedikit depan jari kaki untuk elakkan jari kaki tercabut kerana tekanan masa nak turun. 
7. Sarung tangan. (Pastikan tapak tangan bergetah untuk grip masa pegang tali nanti)
8. Long John/Thermal Wear. (Satu set)
9. Lampu kepala.
10. Baju hujan (Pastikan bukan yang berbutang. Leceh nanti)
11. Energy Bar/Power Bar. (Saya beli di Farmasi level bawah kat The Garden. Tapi saya beli bebola kitkat 3 paket dan mkn sepanjang perjalanan..)
12. Panadol muscle/soluble/postant
13. Sandal. (guna masa 6 kilometer di bawah sahaja sbb naik tangga saja)
14. Streamer (bekas air dlm beg). (Saya beli 1 liter Deuter RM 109 dan sangkut dalam beg deuter)
15. Beg yang bersesuaian untuk mendaki untuk elakkan sakit belakang.(saya beli saiz kecil. 18inch kot, sbb takboleh angkat yg saiz besar takut beg yg menggolekkan saya ke belakang..bhahaha)

Sabtu, 8 Jun 2013.

Perjalanan bermula seawal jam 8.30 pagi dari Gate Timpohon yang mengambil jarak kira-kira 6 km ke Laban Rata Guest House. Kira-kira 6 jam macamtu. Jadi saya sampai ke Laban Rata jam 3 petang tepat sebab hujan lebat di kilometer 5. Sebenarnya, jika sampai awal di Laban Rata, boleh tidur lebih sikit (ambil tenaga untuk pendakian malamnya)

Oh ya. perjalanan dari Timpohon ini, taklah sejuk sangat. Boleh pakai tshirt biasa, tracksuit, tongkat pendakian (kalau beli di kedai outdoor dalam RM30), beg yang ada sarung baju hujannya sendiri (ada air-saya minum tak sampai 1 liter (guna streamer) sebab macam tak terhidrat sangat. Tapi pada yang suka minum air banyak-banyak, kenalah bawa 2-3 botol kecil, energy bar, kitkat, baju hujan) dan saya pakai sandal sahaja sebab track bertangga. Dan bertangga. Tangga lagi. Dan tangga..(memang kena rajin turun naik tangga Batu Caves). 

Barang lain untuk bermalam di Laban Rata, boleh bayar kepada portal untuk bawakan. Barang lain, merangkumi jaket, sarung tangan, snow cap, kasut (sbb kat bawah pakai sandal), stokin, tshirt 2 helai, tracksuit, long john) (1kg = RM8-naik dan turun gunung). Sepanjang jalan adalah keseorangan sebab masing-masing punya stamina level adalah berlainan.

Baiklah. Tiba di Laban Rata, water heater is tiada. TIADA. Air paipnya sesejuk satu mug air, campur dengan 10 ketul ais macamtu. Mengigil tadah tangan di sinki. (Err..tak berpeluh pun jadi, memang badan confirm tak berbau..haha..). Waktu makan ialah pukul 4.30 petang. Jadi, tunggulah waktu makan sebelum paksa diri tidur untuk tenaga di malam hari nanti. 

Ahad, 9 Jun 2013

Seawal jam 2.30 pagi, makan supper breakfast yang disediakan oleh pihak Laban Rata Guest House. Masa ni kena bersedia sapu segala mak nenek deep heat kat kaki. Pakai long john/thermal wear satu set, tshirt lengan panjang 2 helai, jacket, sarung tangan, snow cap, lampu kepala dan kasut. Oh ya, tampallah siap-siap Chemical Warmer kat tapak tangan atau di badan. Sebenarnya masa nak naik ni, tak perlu bawa beg barang banyak. Beban nanti. Sepatutnya hanya bawa beg streamer(beg air), pouch bag sangkut kat pinggang (ada ubat-ubat/power bar/energy bar/kamera/hp/begduit) saja. Perjalanan adalah 2.7 km menuju Low Peak (Puncak Kinabalu). Jadi, tambah tolak sejuk sangat-sangat, dan oksigen yang berkurangan saya tiba di puncak jam 6.45 pagi.

Oh, sebelum terlupa, kau mesti sampai di check point Sayat-Sayat sebelum jam 5.00 pagi jika ingin ke puncak. Selepas 5 pagi, checkpoint tu takkan benarkan kau naik atas faktor keselamatan. Saya sampai di Sayat-Sayat jam 4.15 pagi. 

Track dari Laban Rata ke Low Peak adalah berbatu-batuan yang batu semata-mata. Ada tali. Dan tongkat pendakian adalah tidak dinasihatkan penggunaannya di sini.

Ambil gambar sampai muntah dan lebam.

Turun. Tiba di Sayat-Sayat kembali jam 8.00 pagi. Menuju ke Laban Rata Guest House sebab wajib check out sebelum jam 10.30 pagi.(Kalau lebih dari 10.30 pagi, kena charge RM100 per hour) dan makan breakfast sebelum 10.30 pagi. Saya tiba di Laban Rata Guest House jam 9.15 pagi. Pack barang, Gerak dari Laban Rata Guest House jam 10.30 pagi dan tiba di Timpohon Gate jam 2.45 petang.

Kronologi.

8.30 pagi - Gerak dari Timpohon Gate
3.00 petang - Sampai di Laban Rata Guest House
2.30 pagi - Gerak dari Laban Rata Guest House
4.15 pagi - Sampai di Sayat-Sayat
6.45 pagi - Tiba di Puncak Kinabalu
8.00 pagi - Sampai di Sayat-Sayat
9.15 pagi - Tiba di Laban Rata Guest House
10.30 pagi - Gerak dari Laban Rata Guest House
2.45 petang - Tiba di Timpohon Gate.