Followers

Wednesday, July 30, 2014

Cita-Cita Yang Sama.

Betullah. Seorang lelaki itu adalah seorang abang, suami, ayah, plumber, tukang kebun, mekanik, tukang baiki rumah, welder, tukang pasang perangkap haiwan, doktor, tukang jahit, wireman, superman, ultraman, spiderman, batman dan segala jenis pekerjaan yang ada di dunia ini. Sehingga ke umur sekarang, pada saya, kesemuanya arwah abah buat sendiri memandangkan dia sendiri berlatarbelakangkan mekanikal. Termasukkan memasak untuk kami ketika bunda dalam pantang dan membuat segala kerja rumah ketika bunda berkursus tanpa gagal. Er.. kalau zip rosak beliau yang repair dan langsir, beliau yang jahit.

29 Ramadhan 1435H/27 Julai 2014/ Ahad.
"Cik Ha, apa cita-cita cik Ha?" Balqis memanjat kerusi dimeja makan ketika saya sedang mengeluarkan gelas untuk majlis takbir raya pada malam harinya.
"Cita-cita?" Saya berfikir sejenak. Nak cita-cita apa lagi dah tua pun makcik nih..
"Yelah. Takkan takde cita-cita. Balqis pun ada cita-cita" Jawabnya lancar, sesuailah usianya yang baru  mencecah 8 tahun. 
"Mm.. cita-cita masa kecik-kecik dulu ke masa sekarang?" Soal saya, padahal, masa sekarang nak cita-cita pebendanya. 
"Yelah, cik Ha tau buat kek, buat kuih, masak, bla..bla..bla../ 
Berkerut dahi saya mendengarkan senarai yang entah bila dia rakam dalam ingatan.
"Cik Ha taknak bercita-cita jadi Masterchef?" ok, ini pengaruh tv, ke?
Kriik..kriik.. (ok, itu bunyi unggas yang tetiba muncul)

err..saya nak cita-cita macam arwah, boleh..?

Tuesday, July 22, 2014

5 Hari Menuju Syawal 1435H.

"Pagi raya, Ha ambil kontrak buat nasi minyak tau!" Arah kak Jiha sebab tahun lepas, dia masterchef pada pagi raya. (Oh, kami kalau memasak, memang suka sorang-sorang kat dapur tanpa bantuan sesiapa. Sebab rimas)
"Ok, tapi nak kambing. Nak buat kurma"


Azan Maghrib berkumandang di siaran OASIS.
"Ha nak hidang apa, malam takbir raya?" Tanya kak Jiha sambil menghulur mangkuk sayur labu ke arah saya.
"Mm.. entahlah" Saya belum habis fikir lagi. Selagi satu perkara belum selesai, macam malas nak plan jauh-jauh takut tak capai target.
"Rumah bunda dan kak Jiha letak satay je kot" Ujar Kak Jiha agar saya pun mengambil pendekatan yang sama. Taklah renyah sangat. Tapi saya nak goreng bihun. Tapi, set pinggan Corelle yang saya beli di Langkawi tahun lepas, lepas untuk 4 orang makan sajalah. T_T
"Nanti kak Ha nak guna pinggan apa? Plastik? Kertas?" Celah Safiyyah yang tetiba saya rasa nak tendang dia masuk longkang. ;P

Friday, July 18, 2014

Plan No. 2 (Vol 4).

Saya sudah lama berhenti risau. Rezekikan, Dia telah tentukan..

13 Julai 2014/Ahad/15km ke KLCC
"Pakcik ada projek lain ni. Takut tak sempat" Terangnya sambil melihat-lihat sekitar rumah kosong itu. Motor di parkirkan di ruang kereta yang telah di renovate.
"Yang ni, toilet nak tukar? Bumbung nak buat konkrit ke A?" Tanyanya lagi dan ianya memang tidak saya plan dalam jangkamasa yang terdekat.
"Cat saja dulu, pakcik. Kalau dapat orang takbir malam raya pun alhamdullillah" Kertas yang saya catatkan kod warna dan ruang yang perlu dicat, saya serahkan padanya. Harapan saya, semoga urusan cat rumah selesai awal sebelum raya dan dapatlah cuci rumah dan pasang aksesori rumah yang lain.

17 Julai 2014/Khamis/15km ke KLCC
"Kak Ha letak kunci rumah kat mana? Pakcik Din datang nak cat rumah" Mesej diterima dari Zahim setelah 3kali panggilannya tidak dapat saya jawab.
Segera saya menghubunginya;
"Patutnya pakcik Din buat rumah bilal harini. Tapi, dia call bilal tak berangkat. tekan loceng, takde orang keluar. Tu yang terus buat rumah kak Ha dulu"

Tema?
Terracota dan Mocassin untuk luar rumah.
Alhamdullillah.

Monday, July 14, 2014

Panjat Kaki Langit.

Saat saya menaip entry ni, group kami dah khatam. Tak tahu nak gembira ke, apa ke sebab Allah SWT terbalikkan 360 darjah dapat group yang super erl-klia-klsentral. Banyaklah juga suka duka bersama group yang serba-sempurna-tajwidnya ni. (oh, pembahagian group adalah dengan mencabut undi). Malas nak cerita. Bulan puasa, kan?
Anggap sahaja Allah SWT mendengar keluh-kesah-kak-esah setiapkali undian tadarus dibuat. Tutup cerita.

Bersempena itu, kami buat port luck berbuka di rumah nenek di Dato Keramat. Selesai solat maghrib berjemaah, saya lepak di bilik nenek. Macam biasa, layan Farmville 2 yang dah level 25 ni. Nenek duduk sebelah saya, mula bercerita.
"Arwah atuk suruh tokwe pakai juga ni sekurang-kurangnya setahun sekali. Dah lama tak pakai" Mukadimah nenek bermula. Saya pandang nenek. Sekilas cuma dan kembali pada game di handphone. Ok, i tau, i tak senonoh.

Zaman kegemilangan nenek adalah berkebaya dan disebabkan itu, arwah atuk belikan keronsang kebaya yang berantai dalam bentuk emas. Emas tulin. Tulin, bang. T_T
Kenapa simbol menangis?
Sebab saya sudah meninggalkan zaman lagho tersebut dengan mengedarkan kebaya-kebaya jawa dan nyonyaku tanpa menoleh ke belakang lagi. Dan, dalam keluarga kami belah bunda, memang i dengan nenek sahaja yang berkebaya.

Kotak berbaldu merah, nenek keluarkan dari simpanannya. Keronsang emas tersebut dikeluarkan dari kotak tadi. T_T

Tuesday, July 1, 2014

Lari.

Niat yang tak baik, memanglah selalu tidak diperkenankan. Kan?

"Kak Ha balik dengan korang tau. Habis tazkirah" Pesan saya pada Zahim dan Zahir yang memang tidak join aktiviti tadarus setiap hari usai tazkirah.
"Eh? Ha tak join tadarus?" Bunda terpasang telinga memandang saya.
Alamak.
Saya.

Saya bukan taknak join. Tapi, pengalaman sebab 2 tahun group saya mesti menjadi kumpulan terakhir khatam Quran dikalangan 6 kumpulan masjid yang lain adalah paling menyayatkan hati. Mungkinlah kerana kumpulan saya, ahlinya tidak dedikasi. Maka, kedatangan hanya 2-3 orang sekali sesi berbanding kumpulan lain yang tetaphati 5-6 orang yang tak pernah tinggal. Tambahan pula kumpulan saya mesti group orang bekerja yang mana, tak dapat nak komit datang mengaji setiap pagi sabtu ahad pukul 9-12 pagi. Lalu, masa terbuang di situ.
See? Salah siapapun, i memang tak tahu. Ikut nasib sebab cabutan nombor kena pada group yang macamtu agaknya. T_T

Usai tazkirah malam tu, ustazah memandang saya. Sudah tentulah tak boleh nak buat-buat tak nampak sebab, ustazah dah siap remindkan hari pertama terawikh supaya saya mesti cabut nombor undi. Saya berjalan ke arah ustazah, salam. Kan habis tazkirah. Memang nak cabut balik. kehkehkeh.
"Meh, ambil nombor nih!"
Hambik.
Sobs.