Followers

Tuesday, March 31, 2015

Pada Zahir Yang Tertulis.

"Hemoglobin adik rendah" Terang nurse tersebut sejurus menitiskan setitis darah saya ke dalam secawan cecair apapun tak tahu.
Eh, takkan lah.
Selalu ok je saya bagi buku merah.

Kau tahu macamana perasaan sedih itu, apabila nurse taknak ambil darah kau?
Rasa dia macam, darah kau tak layak sangat.
Lalu menangis betul-betul sedih.
Dalam kereta arwah abah, kau menangis macam kena rotan.
Lepastu arwah abah pergi singgah farmasi pergi beli supplement untuk iron dan letak atas meja tak bagitau pun suruh makan sebab beliau tahu kau nak telan sebiji pil pun macam nak keluar semua isi perut.

Di tepi traffic light kelihatan seorang lelaki tua berjalan dari kereta ke kereta. By the time dia berjalan ingin menghampiri kereta kau, lampu terus hijau dan kereta belakang terus honk.
Sedih tak?

Dalam perbarisan, maksud i, nak order di Mali's Corner, kau kena beratur. Kat situ, ada ramai juga makcik/pakcik yang datang meja ke meja jual tisu. Perkara paling sedih adalah, kenapa pakcik/makcik tu dah lansung tak nak lalu sebelah kau walaupun dia berhenti setiap meja. 
Sedih, ok?

Rasa macam,
kenapa?
Balik rumah, i menangis.

Ok, kucing-kucing sekalian, mari datang sini. T_T

Monday, March 23, 2015

Yang Terpilu.

Tepi-tepi.
I nak cerita.
*Sambil buang sawang dan habuk*
Betullah kata orang. Kalau taknak rumah berhabuk, jangan berumah di kawasan laluan lori.
Eh, macam ada kaitan sangat dengan blog ni. behehehe..


Ada sesetengah orang, 
dia tak terfikir macamana kita fikir.

I seorang yang super duper panik punya type. Sekali panik tu agak-agak tetiba boleh sampai Krabi jam-jam tu juga. Macamtu. Tak kisahlah masa tu tiket berkali-kali ganda asalkan i rasa panik i tersembuh dengan cara begitu. Oleh itu, marilah hayati kisah panik gila i ini dengan penuh keinsafan dan rasa nak lempang diri sendiri. T_T

IOI Mall, Putrajaya. Ahad.
Pada satu hari yang ceria, sesubuh pagi ahad, i drive ke I0I mall dengan harapan tidak kecewakan ahli pasukan. So, game lebih kurang habis pukul 4 petang macamtu tambah tolak makan, beronggeng, cuci mata segala. Pukul 4 petang, i dapat call, bunda minta i call cousin yang baru berpindah dari Pulau Indah Klang ke Sg Besi sebab bapa cousin telefon bunda minta tolong anaknya pindah. Jadi, kita pun pergilah drive ke Sungai Besi sebelum cousin bagitau dia masih di Pulau Indah angkat barang naik lori.
Fine. Kita menujulah balik ke rumah sendiri.

Menjelang jam 6 petang dan i masih sikit kilometer menghampiri rumah, cousin call bagitau sudah sampai di Sungai Besi dan tiba-tiba azan Maghrib berkumandang. Memang baliklah rumah dulu pasal dah azankan?
Cousin call kemudian suruh tapaukan makanan 15 bungkus.
I diam.
Maksudnya disitu, sudah ada kakitangan untuk hangkut baranglah kan?

i sampai rumah cousin lepas siap tapau makanan pukul 9 lebih malam begitu.
Ada 10 kotak sahaja barang cousin.
Bawah apartmentnya banyak kedai makan.
Esoknya Isnin, i kerja manakala dia dan suami cuti.
I datang jauh kot, dari rumah.
dan sebenarnya dia ada kakitangan 15 orang tenaga lelaki untuk angkat 10 kotak pakaiannya daripada i tenaga perempuan yang kalau angkat berat sikit terus demam 2 hari.
Nampak tak, cerita kat sini?
Ok, pahala i habis disini sebab dah cerita.
T_T

Monday, March 9, 2015

Hal Yang Terlupakan.

Jejak sahaja tanah Banting, jam di dashboard menunjukkan lagi 5minit ke pukul 10 pagi. Ok, baguslah sebab janji pun pukul 10 pagi. Haruslah tepat sebab saya tak suka tunggu orang, jadi harap semoga janganlah terlalu lewat walaupun kadang-kadang tidak sengaja lewat.
"Aku naik office. Kau jenjalanlah dulu pekan Banting pergi breakfast ke. Tak makan lagi, kan? Nanti dah settle kerja, aku roger. Mungkin pukul 3 baru habis." Pesan saya dengan harapan dia taklah bosan menunggu mesyuarat terancang saya yang mungkin habis lewat petang. 
"Ok" Dia menurunkan saya sebelum kereta bergerak menuju ke destinasi entahlah mana-mana.

4.00 petang.  
"Sorry-sorry. Habis pukul 4. Makan kat mana tadi" Soalan ini lebih kepada, nak pergi makan sebab lapar sebab bagi settle semua kerja padahal lupa tak makan tengahari lagi.
"Aku tak makan pun. Dompet tertinggal kat office"
Astaghfirullah.
"Kenapa tak call, bagitahu?"
T_T