Rezeki kan untuk dikongsi? Sebab itu, bila tawaran dipanggil beri ceramah, saya lebih suka menyebut nama rakan lain berbanding terus bersetuju. Begitu juga bila dipaksa menjadi panel, sehinggakan terpaksa buat surat rasmi mencadangkan beberapa nama. Tapi..Namanya tertera di skrin telefon saya. Yang memang saya boleh jangka isi tutur selepas itu.
"Nak jemput kau jadi panel ni" terangnya lambat. Yang geramnya, berapakali saya tolak, berapakali juga offer yang datang.
Adooi.
"Razif dah tanya?"
"Razif adahal"
"Ghazi?"
"Ghazi pun dah"
"Naim?"
"Naim belum"
"Hah, pergi tanya Naim dulu"arah saya pura-pura garang.
"Tapi, kebaikannya bila kau jadi panel ni ialah; boleh balik awal"
"Takpayah cakap banyak. Aku ambil waktu balik pukul 4ptg"
"Selain itu, kau dapat pahala sebab tolong aku" pujuknya lagi.
Grrr..
"Yelah. Yelah. Hari apa..?"
"Khamis"
"Ok"
"Jumaat pun../
Amboi.
Ok, boleh abaikan tajuk di atas yer.



