Followers

Thursday, June 30, 2016

Ketersamaan Kita.

Beberapa bungkusan Nasi Tumpang dan brownies tersusun di troli tersebut. Sementara menunggu turn, saya bersandar ke meja hero kacak sebelum Laila(bukan nama sebenar) tegur.
"Kurusnya Ha"
... 

Cerita 1
"Aku sebenarnya minat si Azroy(bukan nama sebenar)"
Mendengarkan pengakuannya itu, dengan penuh kegigihan, saya yang hanya pandang Azroy itu sebelah mata sebab dia tiada berkaitan dengan kerjaku pun bertukar 360. Jadi, satu hari, Azroy melalui cubicle aku. Selalulah padahal. Sebab dia ulangalik bilik server yang saya selalu rimas orang ulangalik depan mata.
"Lain rambut harini"
Dengan niat, lepasni kita ada 'sembang besar', la selepas berlalunya small talk. Begitu.
Lalu bolehlah aku teruskan niat mengkenenkan Cik PencariHati dengan Azroy ni. Kerjaya dari zaman U lagi.
Tapi, selepas je dialog tu, setahun kemudian aku lansung tak nampak Azroy. Mungkin dia melalui lebuhraya LPT atau mengambil jalan Grik untuk terus ke destinasi pun, entahlah.
Kali terakhir jumpa, rambut dia, dah normal. Seperti lelaki-lelaki lain dalam tv. 


Cerita 2
Akhbar kedua saya selak selepas tiada berita yang menarik untuk disembangkan. Kami adik beradik memang suka bercerita isu semasa dan kemudian apa aku tertinggal, mereka kemaskini dan apa mereka taksempat baca, saya ceritakan. Macamtu.
Jejaka Berpakaian Kemas berdiri tepi saya.
"Apa berita menarik, harini?"
Kau, kalau Jejaka Berpakaian Kemas lepastu wangi pula tegur, jantung kau terletak kat situ ke berlari-lari?
"Nah, semua tulisan rumi kat situ, tiada yang jawi, aku yakin" Saya hulurkan surat khabar sebelum dia ambil dan berlalu dan menegur saya.
"Baju kau pakai ni, bukan dah pakai 3 minggu lepas ke?"
Lepastu, memang baju tu duduk setahun dalam almari yang aku pun akhirnya tak muat dah.
T_T

Cerita 3
Dari ruang cermin tengah, saya pandang ke level bawah. Dengan harapan, cermin-cermin pecah lalu aku boleh balik awal dan berehat. Naim(bukan nama sebenar) berdiri sebelah saya.
"Tembus ke mana tu"
Saya pandang Naim dan kemudian kembali pandangan ke level 5.
"Oh, by the way. Cantik baju kau harini"
Lepas dialog tu, cuba teka mana pergi blaus dan skirt kesayaman I, itu?

Oh, sebenarnya nak bagitahu.
Berat I turun 3Kg.
Yeay.