Followers

Proses Beli Rumah Terpakai.

Saya sedikit kecewa bila bunda tak beri saya membeli rumah depan rumah kakak di Seremban 2. Walaupun RM350,00.00, ianya rumah baru. Dan saya terpaksa telan, dindingnya bukanlah bata tetapi konkrit dan akan sangat susah untuk tebuk dinding di kemudian hari.

Penghujung tahun lepas, seorang jiran bunda berhasrat ingin mengantungkan iklan 'untuk dijual' dipagar rumahnya. Belum sempat dia naikkan iklan, saya cop dulu. Tapi, apakan daya, tahu saja saya ingin membeli rumahnya, dia letak harga market value area situ. SANGAT MAHAL, ok. Saya goyang dan mula menukar hasrat mencari rumah di sekitar Rawang saja walau padahal, itu hanya hasrat dan lansung tidak mencari pun.

Awal Januari, tuan rumah sebelah, bersetuju nego harga dengan menurunkan harga rumah. Saya start survey interest rate bank, perkara yang saya titik beratkan adalah late payment charges, hidden charges, serta tempoh pembayaran semula. Kebetulan, kakak saya baru selesai urusan pembelian rumah, saya terus lantik lawyer kakak untuk menguruskan perjalanan membeli rumah terpakai saya.

Lawyer tersebut mencadangkan seorang pegawai bank(konsultan sebetulnya) untuk membantu smooth kan lagi permohonan housing loan. Saya mula menghantar dokumen berikut pada 9 Jan 2014.
Salinan IC, 3 bulan statement bank, 3 bulan slip gaji, EA form, penyata KWSP terkini, dan salinan buku tabung haji.

Letter offer kali pertama siap pada 15 Januari 2014. Petang 16 Januari pegawai bank datang ke office untuk semak dokumen. Saya pinda beberapa terms. Kali kedua selepas pinda, dokumen siap pada 22 Januari 2014. Saya sign pada 23 Januari 2014. Saya telefon lawyer untuk faxkan 3 mukasurat hadapan letter offer bagi penyiapan Surat Perjanjian Sewa Beli. Oh ya, saya ambil pinjaman islamik. Mari sini saya terangkan beza antara islamik dan konvensional. Macamni, BLR yang ditetapkan oleh bank negara adalah 6.6 %. Dia pernah naik sehingga 11% . Sebagai contoh,


Bank A memberi -2.4% interest rate. 
Jadi, 6.6% minus dengan 2.4% = 4.2%. 4.2 itulah interest rate yg kita bayar. 
Tetapi, sekiranya BLR naik, akan jadi 11%-2.4% = 8.6% lah interest rate kita. 
Kitakan bayar untuk tempoh 30-35 tahun..? 
Jadi, kalau konvensional, dia takkan tulis jumlah berapa kita bayar sbb BLR boleh berubah. Sedar-sedar, rasa mcm dah bayar banyak, tapi tak susut baki bayar rumah kita, malah rasa macam makin bertambah disebabkan oleh BLR ini.

Namun, jika ambil yang Islamik, dia macam ada satu had. Berbeza mengikut bank yang dipilih. Sebagai contoh, 

Katalah BLR 11%. Kita ambil yang Islamik di Bank A. 
Bank A punya had bagi Islamik adalah 10.35% sahaja dan tak boleh naik sehingga 11%. Jadi, naik tinggi mana pun BLR, islamik hanya pergi setakat 10.35% saja.
Islamik punya, lagi satu, konsep dia macamni, 
bank akan beli rumah tersebut dari tuan rumah lama (sbb kita sedang bercerita tentang beli rumah terpakai) kemudian, kita beli dari bank. 
Maksud kat situ, kat aggrement akan state terus harga rumah (kiraannya mengambil kira interest rate paling tinggi islamik boleh pergi). 
Boleh pergi sampai 1 juta lebih. Nampak banyak sangat, kan..?  


Nanti saya share contact no lawyer yang sangat bagus ini 
serta konsultan bank yang sangat membantu ini ya..?


Berikut adalah cash yang diperlukan jika harga rumah adalah RM 400K
RM 2, 000                     :  Bayaran awal duti setem, yuram guaman dan kos SPA
10 % dari harga rumah: Deposit rumah 

(Bayaran dibawah ini, boleh menggunakan akaun 2, KWSP)
Pengeluaran KWSP perlulah membayar zakat. Lihat SINI.

RM5, 830                       :  Bayaran baki 50% duti setem, yuram guaman dan kos SPA
RM 492                          :  Penyediaan borang RPGT 2A
RM 703                          :  Kebenaran menggadai tanah kepada bank

29 Januari 2014, deposit & lawyer 2K. Sign SPA, LA.
9 Februari 2014, Valuer bank turun site untuk nilaikan rumah.
10 Februari 2014, surat kebenaran pindah milik. 
13 Februari 2014, LA Sun Life 15 thn.
17 Februari 2014, Kebenaran pindahmilik kpd pejabat tanah.
14 Mac 2014, consent pindahmilik lulus.
28 Mar 2014, hantar borang KWSP.
31 Mar 2014, bayar baki lawyer, duti setem, buka current akaun.
15 Mei 2014, bank release full disbursement.
30 Mei 2014, Bayar rumah untuk kali pertama.
12 Jun 2014, second cheque.
16 Jun 2014 , Hadiah Hari Lahir -  <3
27 Jun 2014 , ambil S & P, cukai tanah, cukai pintu.

16 Jul 2014, tukar akaun TNB.
17 Jul 2014, tukar nama Pejabat Tanah & MPS. Start cat rumah.
26 Jul 2014, semua cat siap.
27 Jul 2014, cuci rumah berjemaah.


Oh by the way, selalu berbuat baik kepada ibu bapa, okey..?

No comments:

Post a Comment