Followers

Perjalanan Umrah.

Saya simpan di sini untuk rujukan diri sendiri di kemudian hari.

Umrah bermula dengan;

1) Mandi sunat ihram
2) Niat di Miqat (Samada Bir Ali/ Jakranah/ Tana'em/Hudaibiyah)
3) Solat sunat ihram lepastu sepanjang perjalanan nak ke tawaf, silalah Talbiah.
4) Tawaf (7 pusingan) (Masa tawaf, mesti tutup dagu! dan jangan pegang kain kaabah/ jangan masuk ijir ismail) 
5) Solat sunat tawaf
6) Minum air zamzam mengadap kaabah sambil doa (doa dalam buku)
7) Saie (7 )
8) Bergunting/bercukur (pegang rambut digunting dan baca niat)
Masa dalam ihram ni, tak dibenarkan berwangi-wangian tau!


Keperluan untuk Umrah.

1) Pasport
2) Suntikan ACYW 135 (saya ambil di klinik swasta dalam RM 120)
3) Gambar berukuran pasport 4 keping
4) Pakej saya ambil pada 17-28 Disember 2014 bersama CS Holiday untuk bilik 4 orang adalah RM 6,400
5) Tukarlah duit RM kepada SAR (Saudi Riyal. Masa ni 100Rial = rm 93- rm 96) Pergi tukar di Jalan Masjid India, berhadapan Balai Polis signboard warna hijau adalah berbaloi. Tak pun pergi Ampang Park (Sila rajin).

Keperluan untuk ke sana.

1) Stokin solat + jubah + seluar haji (pergi beli di Wisma Yakin seluar ni rm 19 saja. Kalau beli di jalan TAR/Jln Masjid India/Mydin dalam RM35. Mahal untuk kualiti lebih kurang. Lagipun kat depan Masjid Nabawi nanti dia ada jual dengan banyaknya berharga 10 rial macamtu) + sarung lengan + kain telekung
2) Sejadah bawa tau. (tak bawa pun tak mengapa. Tapi, kita tak tahu kita akan bersolat di mana sebab masjid akan penuh. Lagipun, kalau bawa sejadah, boleh sharing is caring dapat pahala pun)
3) Botol air wuduk (kalau-kalau terkentut/terbatal wuduk sebab kalau bangun dari tempat solat, biasanya tempat akan di ambil orang)
4) Penutup hidung (Saya tak guna pun walaupun masjidilharam tengah renovation sebab macam lemas sikit)
5) Perkara paling penting : SILA SOLAT TAUBAT, dulu sayang.
6) Mungkin sedikit ubat selsema (Claritane/Clarinase. Loratadine tak kuat sangat (lambat kering selsema)), minyak lenguh kaki. Tak ambil panadol pun takpe, yakin diri anda kuat, insyaAllah, Allah bantu. 
7) Stoking tawaf (boleh beli kat Mekah. Perlu juga ni kalau stok stokin solat adalah terhad dan kita nak buat umrah (Miqat Bir Ali, Jakranah, Tana'im, dan Hudaibiyah) 
8) Bawalah towel sehelai, hanger sebab sabun serbuk/syampoo/sabun mandi boleh beli di sana.
9) Bawa gunting untuk tahalul/bergunting sebagai mencukupi syarat Umrah. Kacip kuku siap-siap sebelum niat umrah.

3 Hari di Madinah yang dicintai.

Jadi, masa mula-mula sampai adalah pukul 2.30 pagi. Mandi, terus pergi masjid Nabawi. Masa ni hotel Shourfah adalah ibarat menara PKNS-PJ ke CIMB Bank depan ni je. Dekat sangat. Pukul 9 pagi macamtu dia bawa masuk Raudhah. Lepastu, pergi beli Qur an depan jam masjid Nabawi -kiosk pasang orang mengaji (tanya yang macam dalam masjid - untuk wakaf dalam Masjid Nabawi dan MasjidilHaram. Harga dalam 55 Rial macamtu) 

Kau bolehlah solat tahhiyatul masjid, solat taubat/solat hajat/solat qada solat wajib/tahajud tapi make sure sebelum subuh kena witir tau?  atau mengaji. Tapi, selain dari masjidilHaram, selepas subuh adalah haram solat sunat biasa kecuali solat dhuha.

Kemudian hari berikutnya ziarah ke Masjid Quba, Masjid 7, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Ladang Kurma (Sila beli kurma hidup di Masjid Quba yang warna merah sebab manis dan sedap dan makanlah aiskrim kat sini. nyumnyum) di Ladang Kurma (mahallah sikit) 

7 hari di Mekah yang diRindui.

Duduk di Oasis Ayjad Hotel. Kat sini selain solat tahhiyatul masjid, kau boleh buat tawaf tahhiyatul bait (7 pusingan tanpa saie dan gunting).

Selesaikan umrah iaitu, lepas niat di Bir Ali, solat sunat umrah, terus tawaf 7 pusingan, solat sunat tawaf, minum air zamzam, saie dari Safa ke Marwah, bergunting.

Bila selesai satu umrah, barulah boleh kau nak pergi cium Hajar Aswad, Solat sunat di Ijir Ismail, berdoa di Multazam atau pegang kain kaabah dan berdoa di bawah pancur emas.

Esoknya akan pergi miqat di Jakranah, barulah kau di bawa ke Jabal Rahmah (Arafah)(sini pun ada aiskrim juga), Jabal Nur dan Jabal Tsur. Dan mungkin ditunjukkan Mina, tempat melontar. Seterusnya miqat di Hudaibiyah dibawa ke Muzium Kaabah (Masa ni, Kerajaan Arab Saudi tidak benarkan lawatan ke Ladang unta sebab MESR tu)

Last sekali sebelum balik, silalah buat tawaf widak. Selepas tawaf widak, tak boleh membeli barang, tak boleh bergambar, tak boleh bersedekah serta tak boleh tidur takut dikira batal tawaf widak tu.

Sedikit tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa, kalau teringat.
1) sila belajar solat atas pesawat. Belajar cara ambil wuduk yang wajib guna air sembur-sembur untuk atas pesawat. 
2) Sila belajar sujud sejadah (sebab hari jumaat subuh akan buat), sila belajar solat jenazah sebab setiap waktu akan buat solat jenazah.
3) Oh ya, pakej saya ni diberi beg tarik, beg besar, uncang (masa saie pakai), uncang kasut. Sebab masa kat Masjid Nabawi dan Masjidilharam kasut kena pack sendiri dan diletakkan di rak kasut. Beg-beg ni kitorang ikat reben.
4) Nak rebut yang sunat, pakailah jubah warna putih masa first buat umrah tu. ambil pahala sunat. Umrah kedua, ketiga, terpulang sahaja.

i haritu bawa 6 helai jubah, 3 seluar haji, 2 telekung, 4 helai stokin solat, 3 helai stokin pakai harian diluar stokin solat kira 2 lapis pakai, baju tshirt biasa 2 helai, 1 kain batik, tudung dagu sehelai (solat dalam pesawat), (sampai mekah beli lagi sehelai seluar haji), beli juga stokin tawaf dan selipar ulangalik di Madinah. Kat sana dobi sehelai adalah 8 rial. Basuhlah sendiri, ok?

Dari KLIA ke Jeddah, 8 jam. Dari Jeddah ke Madinah, 5 jam. Dari Madinah ke Mekah 2 jam. Dari Mekah ke Jeddah 3 jam. 

1 comment:

  1. Semoga Allah menjemput saya ke tanah suci...teringin sangat nak pergi...cuma Allah belum beri keizinan...terima kasih atas perkongsian bermanfaat ni...:)




    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    ReplyDelete