Followers

Monday, February 20, 2017

Memeluk Mimpi (Part 1).

2017

Sebut harga faccade dan laporan housekeeping bagi bulan lepas masih bertenggek di mejanya. Fokusnya pada incident report lift terkini. Ada yang berbaki belum diserahkan. Nadia muncul;
"Homeless rabu?" Purchase Order dan beberapa memo untuk dihantar ke department sebelah digenggamnya.
"Tak sure lagi, Nad. Esok malam ada game" Iman menutup fail incident report. Matanya beralih pada T&C pihak ketiga. Terlalu banyak untuk dikendong. Terlalu banyak untuk disusun. Satu-satu pergi dari memori. Memori hatinya.

* * *

2012

Segelas Moccha masih belum berusik. Hanif betul-betul maksudkan. Iman jurutera dan Hanif hanya seorang juruteknik dan dia pun bukanlah kaya bandar.
"Iman nak ke jadi miskin kota dengan saya? Pampers, susu, keperluan dapur, dan barangan semasa. Saya takut nanti kita terpaksa beratur bersama gelandangan bandar hanya untuk sesuap nasi bagi hari tersebut. Iman nak, begitu?"
Iman tahu, Hanif mengujinya. Takkan keretakan kaki akibat kemalangan 4tahun lepas Hanif jadikan lagi sebagai alasan tidak boleh berusaha lebih untuk tingkatkan ekonomi keluarga? Hakikatnya Hanif cuba melupakan ingatannya pada rumah 2 tingkat milik keluarga Iman. Juga beberapa urat gelang emas di lengan Iman. Iman takkan betah duduk di rumah kayu di Kampung Baru. Iman pasti tidak selesa hidup bertinggan. Iman orang senang.

Hanif bawa diri sejurus syarikatnya berpindah ke Putrajaya. Dia tahu terlalu jauh untuk Iman selalu mencarinya. Dia tahu Iman akan letih menghubunginya. Melalui rakan sepejabatnya, diutuskan kad jemputan walimatulurus buat Iman. Untuk Iman pergi lebih jauh dari hidupnya. Untuk Iman. Kebaikan dan kebahagiaannya.

* * *
2013
Puncak Kinabalu, Sabah.

0.7meter menuju puncak, Iman hampir menarik diri dari meneruskan niat untuk sampai ke puncak. Biarlah dipahatkan nama Hanif sampai di situ sahaja. Baru sahaja ingin melabuhkan punggung, lengannya ditarik oleh entahlah siapa.
"Sikit lagi sampai puncak, my dear. I bawa u" Lelaki bertopi kait merah putih menutup hampir 80% muka memandangnya.
"Bakhtiar. Afti Bakhtiar"

4 comments: