Hak bertanya adalah hak peribadi. Kan?
Jahatnya ada di situ.
Perangainya yang dulu saya anggap sebagai suka menganjing sebenarnya lebih kepada salah satu cara salam perkenalan. Kenapa saya anggap sebagai suka menganjing? Sebab, dia memang expert benda tersebut, tetapi buat-buat macam zero lepastu tanya sampai letih orang menerangkannya. Nampak tak, kat situ?
2004.
Cerita Imanuddin. (oh ya, beliau sebaya kau, abang kawasan..)
Beliau baru lepas menformat pc saya yang gila sebab software electrical electronic banyak dan besar lepastu tetiba hang memanjang dan tugas saya adalah memenuhkan C dan D dengan eagle, pspice, matlab dan entahlah apa-apa. Jadi, dia meng install segala saudaramara software, tambah RAM, hard disk, buat satu lagi partition E serta masukkan antivirus sebab adik kesayangannya ni tahu guna dan lenjan. Lepastu, dia siap ajar cara tambah kad, cara memadam pada RAM, tukar cdroom serta cara melempang monitor kalau-kalau dia buat perangai lagi.
Cousin saya datang dari Kelantan ke lowyat untuk membeli barang-barang pc sambil rancak bercerita pada soalan-soalan Imanudin tentang itu dan ini yang saya rasa nak sampuk beritahu, apa yg beliau cerita tu, semua dalam poket Imanuddin saja lepastu kasi penendang pada Imanuddin sebab kura-kura dalam perahu.
2009.
Cerita arwah abah.
Saya join candat sotong TM buat sempena Tahun Melawat Terengganu 2009 tak silap. Ke sempena apa pun tak ingatlah. Arwah paling bersemangat sebab dia gembira ada anak lelakinya tetiba menuju ke perbidangan memancing. Eh, anak perempuannya. Seingat saya, toolbox arwah bukan setakat toolbox mengimpalnya (dia suka pergi pameran mesin), ada kotak peralatan kimpalan, jahitan, barang elektrik dan kotak peralatan memancing. Jadi, bagi memberi sokongan tidak terhingga, dia pun bawalah saya ke Kepong Tackle (kalau kaki pancing, mesti tahu kedai ni).
Sedang arwah mencari umpan untuk sotong, datanglah seorang pembantu kedai, perempuan mendekati arwah.
"Pakcik cari umpan apa?" Konfiden soalannya.
"Umpan sotong" Jawab arwah abah, sambil membelek batang joran yang bersesuaian dengan anak perempuan 148cm (kalau joran yg besar dan berat tambah batu ladung yang berkilo, tentulah lenguh tangan i)
"Oh, bahagian umpan di sini.." Ajaknya menghala ke arah umpan ikan.
Saya pandang arwah, arwah buat dono. Rasa nak mengekeh gelak bila beria pembantu kedai tersebut bercerita pada arwah tentang umpan yang salah tersebut. Arwah pun layankan dengar dan pura-pura baru tahu.
Jahat.
miahaha...msti arwah abah akak niat xnk malukn pembantu kedai tu, so dia layan je..
ReplyDelete*rindu arwah abah sy..sobsss*
~Kedua2 arwah abah dengan imanuddin (bukan nama sebenar) ni mesti power buat lawak muka serius kan? Kadang2 orang tak berapa kenal pun tak perasan dia melawak.
ReplyDelete~Sedap nama imanuddin tu. Power jugak kau cari nama rekaan...