Followers

Wednesday, September 17, 2014

Melawan Ombak.

Ini adalah cerita kenangan. 
Setiapkali menggunakan earphone.

1990/ Kuantan Pahang.
Saya suka menyanyi. DULU.
Dulu, la.
Menyanyi tak kira tempat. Di dapur, di toilet, tepi pantai (dulu tinggal di perkampungan nelayan), ketika tidurkan adik-adik dan asal rasa nak nyanyi je, menyanyilah. Perangai menyanyi ini di panjangkan lagi ketika saya dengan senyap-senyap masuk pertandingan Bintang sekolah. Darjah 2 masatu. Tanpa pengetahuan sesiapa. Jadilah pakai baju raya saja dan kawan bermurah hati pinjamkan kasut masa buat persembahan. Memanglah menang. Tapi menang pertandingan menyanyi memanglah tak sama dengan menang permainan catur yang Imanuddin join.
Balik saja rumah, saya tunjukkan hadiah yang dimenangi. Rasanya sebuah buku cerita dan sekotak water colour Buncho. Oleh kerana Imanuddin yang tunjuk dulu hadiahnya, maka, saya lansung tak beritahu hadiah tu saya dapat sempena apa. Sampai sekarang.

Jun 2013
Semua mula menyelinap keluar dari Grand Ballroom Palm Spring Sepang tersebut. Yang pasti, tinggal saya dan Syikin mewakili syarikat dalam dewan tersebut. Memang cis betul.
Tiba-tiba, yang memegang microphone mengarahkan mic nya kepada saya.
"Kita duet, boleh?" Tanyanya.
Alahai, budaya syarikat XYZ ni, asal dinner, kena ke ada karaoke? kena ke, saya berkorban untuk syarikat. Memang gila, lah masatu. Bongok.

Jadi, dipendekkan cerita, yang mempelawa saya menyanyi sama tadi telah meminta dimainkan lagu Broery Marantika dan sapa entah pasangan duetnya yang mana suara tinggi picthing terus ke laut China Selatanlah saya perginya, kan..?
Tak semena-mena, saya arahkan mic kepada salah seorang syarikat XYZ, dan dengan baik hati dia mengambil alih tempat saya.
Lega disitu sebab saya telah lama berhenti 'menyanyi'.

6 comments:

  1. boleh cuba masuk kilauan emas...oppssss

    ReplyDelete
  2. lama tak dengar cik ha nyanyi..mmg ade bakat..

    ReplyDelete
  3. kak,jom karaoke, kt alamanda..hehehe..sy pun suke menyanyi, akak nyanyi tepi pantai, sy nyanyi bwh pokok kelapa sawit.. tp xdela smpi msuk pertandingan..

    mesti akak mengaji pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. takmo takmo.
      takdelah best ngaji. dulu, bolehlah buat lagu bila mengaji. sekarang, sejak dah kesedaran ada tajwid, memang susahlah nak buat lagu.. hehe tak reti..

      Delete