Kau akan sampai pada satu tahap ini, pada satu hari nanti.

"Kak Ha dengan bunda tidurlah dulu. Zahir drive. Nanti balik kak Ha nak drive pula" Zahiruddin mengambil tempat pemandu, memasang tali pinggang keledar. Tugas saya memang menghantar adik-adik balik Uni mereka setiap kali mereka balik rumah. Kalau tak ke Gambang, kena ke N. Sembilan dan Shah Alam. Salah satu.
Saya tersedar bila dentuman yang kuat. Saya pandang ke kanan. Ok, kita eksiden di lorong laju. Dari bumper depan sampai ke bumper belakang kemek teruk sebab mengheret penghadang jalan LPT dalam keadaan laju.
"Bawa ke tepi jalan kiri" Saya bersuara, rasa macam bercakap biasa saja. Rasa macam tiada perasaan. Tiada rasa marah. Tiada sedih sebab kereta sendiri kemek teruk. Zahir keluar dan saya drive. Drive macam tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Zahir diam sepanjang jalan sehingga tiba di pintu rumah sewanya di UMP.
Sept 2014/ Tol Damansara, KL
Semasa saya brek sejurus keluar dari lorong smart tag, sebuah mercedes laju melanggar dari belakang. Macam tersorong turun bukit di saat waktu puncak 6.30 petang. Berdentum kuat bunyi. Kami tidak berhenti walau saya lihat merc tadi mula bawa perlahan. Sepanjang jalan saya berfikir;
Tentu saya sudah buat salah kepada sesiapa..
Kata arwah abah yang selalu saya semat dalam hati;
"Itu semua harta dunia sahaja"
Guys,
Saya minta maaf di sepanjang penceritaan saya disini. Baik di instagram (naniezzalea) mahupun di twitter (@danizzalea). Doakan perjalanan saya dipermudahkan oleh Nya.
Selamat datang Disember 2014.