Followers

Wednesday, May 28, 2014

Awak diBayar Untuk Itu.

Take ownership people. 
I am sure your high salary requires you to take some accountability.
(kredit: Pn ZH)

Tepat jam 8.45 pagi, mukanya pasti muncul mengutip yuran mingguan. Ternampak seperti abang kawasan bila setiap gerai perlu membuat bayaran kepadanya.
"Sampai bila saya kena bayar RM XX ni? Bila permit saya nak siap?" Rujuk Zahir ( Zahir adalah kembar kepada Zahim) pada ingatan si pengutipnya berkenaan permohonan yang dibuat pada bulan Mac. 
Bulan Mac, ok? Permit yang sepatutnya hanya 2 minggu saja siap.
"Pada pegawai saya" Jawab si pengutip tidak bersalah.
Untuk info, sekiranya tidak mempunyai permit berniaga, bayaran adalah 2 kali ganda dari bayaran setelah mempunyai permit. 

Cuba kira, dari Mac hingga harini, sudah berapa hari..?

Tuesday, May 20, 2014

Kiblat.




Kau fikir, kau tahu bila penghujungmu..?


Yang Tertulis di Takdirnya.

"Ujian setakat ini?"
Dalam semangat berkobar, memang selalu ada ceritanya. 

4 Mei 2014/ Sebuah tempat nilai ringgit menjadi keutamaan.
"Yang ni, 3 botol, rm 10 kan?" Tanya seorang wanita berhenti di depan kedai kak Jiha.
"Ya. Satu, rm 4.00"
"Eh, apa pula. Kalau 3 botol rm 10, bermakna, satu rm 3.50, la.." Sambar makcik tersebut sambil meletak rm 3.50 atas meja meniaga dan lekas-lekas beredar.
Makcik? Kak Jiha jerit? Tak sempat. Cuma rasa terkesima dengan tindakan pantas macam tu.

10 Mei 2014/ Sebuah tempat nilai ringgit menjadi keutamaan.
Seorang wanita datang, meminta sebungkus roti parata yang memang sah tertulis RM5. Menyerahkan duit seringgit2 yang bergumpal. Selesai membuka gumpalan duit tersebut yang hanya ada 4 keping SAHAJA, makcik tadi laju-laju beredar.

Masalahnya sekarang, makcik yang sama.
Saya cuba hadam apabila mendengar cerita kak Jiha.
Ada sesuatu di sebalik semua ini.

(Komen yang negetif terhadap makcik tersebut, akan di delete)

Wednesday, May 14, 2014

Diari Seorang Cikgu Ganti.

"Zahim Asraf"
"Jadi, lepas konvo, apply cikgulah?" Tanyanya sambil menyusun buku pelajar yang habis ditanda.
"Eh, taklah. Saya nak apply Jurutera. Ini sementara saja" Terang Zahim menarik kerusi untuk duduk. Sesi persekolahan petang masih belum bermula selagi loceng untuk berhimpun belum berbunyi.
"Oh, engineering background ke? Bolehlah ajar Fizik. Form 4, lansung takde cikgu Fizik.." Dan cerita tentang subjek Fizik berakhir di situ saja kerana Cikgu sesi pagi tadi melancarkan perang rebut kerusi dengannya bila saja dia kembali dari perhimpunan ke bilik guru.

8 Mei 2014/Surau Pelajar Sebuah Sekolah Menengah harian di Bandaraya Kuala Lumpur
Hujung seluar dilabuhkan selesai wuduk diambil. Gelagat 3 pelajar lelaki melipat sejadah dalam surau dengan tekun menarik perhatiannya. Dia cam budak-budak tersebut sebab pernah relief subjek matematik sebelum ni. Apahal rajin gila budak form 1 ni?
"Ustazah suruh kitorang lipat sejadah kat surau"
"Kenapa pula?"
"Sebab sejadah bersepah" Jawab salah seorang pelajar tersebut. Selesai solat asar, Zahim melipat sejadah sebelum ditegur dari belakang.
"Cikgu tahu, surau ni berhantu?"
Dia pura-pura menunjukkan muka berminat.
"Selalu ada bunyi-bunyi pelik dalam surau ni. Contohnya.." Lekas salah seorang dari mereka menendang pintu penuh perasaan untuk menghasilkan bunyi. Konon macam seramlah tu.
"Oh, bahaya juga macamtu..Kena baca Yaasin lah reramai dalam surau ni" Zahim masih dalam mood lakonan. Layankan sajalah. Zahim beredar menuju ke kantin sekolah memandangkan operator telefonnya di tahap Edge apabila berada dibilik guru. Berlonggok pelajar tadi mengekor dan kemudian, duduk bersamanya dan dia mula tersedar bila terdengar suara Penyelia Petang menjerit ke arah pelajar-pelajar yang duduk semeja kantin dengannya..
Aduhai.. akal memonteng memang panjang. ;p

"Habis macamana?" Tanya Zahim pada saya. 
Kena, lah tu. Cikgu loyar buruk, anak-anak murid double loyar buruk..bhehehe..
"Apa susah, ambil kabel letrik yang live tu, kasi current kat diorang sahaja!" kekeke.. (sila tonton drama 'Cikgu Gangster' di Astro Prima).

Friday, May 9, 2014

Dan, Lauknya Tertumpah di Nasi (Part 2).

Pandangan saya alihkan ke arah botol shisha yang asyik ditekuni oleh seorang pelanggan di gerai tersebut.
"Hisap shiha lagi teruk dari rokok. Sebab, kita sedut asap arang sekali dengan perisa direct"Bicara Zahim selepas meletakkan pinggan kuey teow di hadapan saya. Biarpun belum pernah menyentuh shisha, pengalaman Zahim pernah menemani rakan sekuliah lepak di kedai makan yang ada shisha 3 tahun yang lepas membawa kepada topik shisha.
"Arang tu kat mana?" Soal saya, sementara mata masih melekap memerhati botol shisha yg berwarna-warni tanpa mempedulikan org yg menghisapnya mula terperasankan pandangan aneh saya.
"Cuba tengok bahagian atas sekali. Yang menyala warna merah semasa dihisap, itulah arang dia terletak" Terang Zahim membelakangkan orang yang sedang menyisha dan mengadap saya.
Sesaknya dada. Macamanalah org boleh sedut..

2 Mei 2014/ Sebuah Sekolah Menengah harian di Bandaraya Kuala Lumpur.
Zahim memasuki kelas sejurus waktu rehat tamat. Seorang pelajar berdiri.
"Cikgu, cikgu main untuk Malaysia ke?" Mata pelajar tersebut merenung jersi Malaysia yang tersarung dibadannya.
"Eh, taklah. Saya memanah"
"Mesti tgn cikgu kuat. Jom lawan tangan"
"Ok. Tapi sekali sahaja!"
Dia terkebil. Melihat pelajar tadi, keluar dari kelas kemudian kembali bersama sekumpulan pelajar lelaki yg datang entah dari mana. Sekumpulan tadi, terus mengerumuninya.
Eh?
"Eh, apa ni? Saya takkan mula selagi tak masuk kelas masing2"
"Korang pergilah balik kelas" Arah pelajar tadi ke arah kawan-kawannya. Sekumpulan pelajar tadi kembali keluar kelas.

Sebelum kelas berakhir, pelajar tadi datang ke arah Zahim. Mencucuk lengan Zahim.
"Cikgu angkat besi ke?" Menyedari dia kalah kepada Zahim pada game sebentar tadi.
"Eh, taklah"
"Jom shisha, cikgu!" Pelawa pelajar tingkatan 2 tadi sebelum dia melangkah keluar kelas.

Tuesday, May 6, 2014

Jalan Ke Syurga.


"Ni Ustazah ke Jurutera?"

Dis 1994/15minit perjalanan ke KLCC.
"Kak Jiha rasa, Ha mesti tak dapat. Tengoklah, basuh kereta abah, pakai tudung, seluar berlipat sampai lutut. Macamanalah nak sekolah agama macamtu?" Bebel kakak pertama saya pada kakak yang kedua. Oh, by the way, saya ada 2 kakak. 2-2nya sekolah Maahad. Tetiba adik perempuannya ni muncul, habis patah riuk rangka anak patung kakak pertama dan selalu bersepahan barang kesayangan kakak kedua.

Posmen muncul tiba-tiba. Saya memang paling tak ambil hati dengan kata-kata kakak sebab, dah merosakkan barang mereka dari kecil, kira, hadamkan sajalah sebab dulu buat salah.. kekeke..
"Abah, surat jawapan exam haritu!" Jerit saya menunjukkan surat yang paling saya tunggu bila intake baru ke tingkatan 1 sekolah Maahad telah dibuka.
"Tawaran ke tingkatan 1 di Maahad Machang, Kelantan"
Saya sempat baca yang itu sahaja dari tangan abah sebelum semuanya senyap beberapa minggu sehinggalah kemasukan ke sekolah harian biasa, Jan 1995.

"Sekolah tu hulu, kot" Suara kak Jiha masih terngiang di awal tahun 1995 bersama kegembiraan saya sebab takperlu masuk sekolah agama.. bhehehe..

Tahun 1996, Kak Jiha yang menyambung pengajian di UiTM Machang ditempat yang saya pernah digelakkan sebelumni.. hihi..

Friday, May 2, 2014

Dan, Lauknya Tertumpah di Nasi.

"Memanglah, arwah atuk dulu cikgu. 
Makcik, cikgu dan satu perempat dari keturunan adalah cikgu"

Dalam duk bising-bising suruh Zahim siapkan resume untuk dihantar ke mana-mana, saya terlepas pandang dia mengisi kekosongan guru ganti di PPD. Telah interview dan telahpun diterima masuk mengajar subjek Geografi, PJK dan Muzik. Muzik, okey..? Pebenda sekolah menengah belajar muzik? Tak faham..kekeke

Dalam duk membebel sebab cousin yang straights A+ kesemua subjek termasuk Fizik, Bio, Kimia, Akaun tetapi pada akhirnya memilih ustazah sebagai kerjaya dengan memilih Maktab Perguruan, adik sendiri menghulur diri menjadi cikgu ganti. Patutlah, masa suruh siapkan resume, beria cakap nak rest lah, nak tunggu konvo, la.. grrr..

"Macamana kelas harini?"
Zahim mula bersila, mengadap bunda.

30 April 2014/ Sebuah Sekolah Menengah harian di Bandaraya Kuala Lumpur.

Dia masuk ke kelas tatkala semua pelajar masih bergelimpangan meriuhkan kelas. Nasib tiada cat/spray, kalau tak, confirm dinding kelas bercorak-corakkan. Mengambil tempat di meja guru, namun tiada seorang pun murid yang peduli. Level hormat adalah di tahap zero.
"Siapa nama kamu?" Soalnya pada seorang pelajar perempuan yang suaranya paling pecah siling kelas.
"Tiada nama" Jawab pelajar tersebut tanpa berdiri, membelakanginya.
Dia mengurut dada. Generasi Z.
"Dari mana?" Dia menghampiri pelajar perempuan tadi, mengadap pelajar tersebut.
"Perut ibu!"
Ada rasa nak lempang? Patutlah, saya tak jadi cikgu.. kekeke..

Saat Azan asar memecah suasana langit sekolah tersebut tatkala subjek Muzik yang tiada perkara untuk diajarkan, seorang pelajar lelaki mendekatinya,
"Bang, jom, asar!"