Followers

Sunday, April 27, 2014

Melihat Bintang Yang Sama.

"Saya anggap awak seperti kawan. Sampai bila-bila.." Akhirinya sebelum berlalu pergi.
Dialog yg sama. Hari yang berbeza.
Dan seperti yang pertama, saya terjaga. Diikuti azan Subuh memecah keheningan pagi.

Tuesday, April 22, 2014

Pengurusan Stress Tanpa Melibatkan Emosi.

Bila hidup penuh dugaan, pergilah menderma. 
Kau senangkan orang lain, Allah SWT mudahkan kau
(sumber #thecalaman)

"Okey, harini stress" Saya duduk di kerusi depan bunda. Mengadap bunda yang baru makan tengahari pada jam 7.00 petang.
"Ok, siapa nak teman kak Ha pergi Mali?" Bunda bersuara dengan nada supaya adik-adik yang berada di ruang tamu mendengar. Tempat biasa saya pergi kalau stress. Lebih kepada menyalur cas negetif keluar untuk hari seterusnya. 

Zahim muncul ke dapur.
"Ok, lepas maghrib ya?" Saya naik ke bilik.

Thursday, April 17, 2014

Sempurna (Vol 1).

Kolum Pesan Nenek, dimukasurat 119, majalah Solusi isu 66 begitu menarik perhatian. Topik yang dikupas adalah mengenai Jika Berjanji Membayar Upah dan beliau selitkan juga cerita tentang cucunya yang dijanjikan dgn sekian-sekian bayaran namun pada akhirnya tidak menerima seperti yang digula-gulakan. Sebetulnya banyak manusia mcmni. Mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain dan kebaikan orang lain.

30 Jan 2014
"Dah dapat gaji?"
"Belum"
"Bila kakak tu nak bagi?"
"Entah. Haritu dia cakap 30 Jan" Jawab Aisyah, adik kedua terbongsu keluarga saya.

4 Feb 2014
Saya tiba di rumah, serentak dengan ketika Aisyah yang kelihatan penat berjalan kaki dari train komuter ke rumah.
"Eh? Kerja lagi?"
"Kakak tu tak bayar gaji lagi" Jawab Aisyah dengan nada yang saya rasa seperti nak pergi serang majikannya; Seorang muslimah, penggiat fesyen dan pemilik butik serta pemilik mulut manis. Tetapi, saya tahankan diri dan kemudian terlupa sehinggalah Safiyyah, adik saya, kakak kepada Aisyah berbisik kepada saya pada satu hari.
"Kak Ha, majikan Aisyah bayar RM 200 sahaja"
"RM 200?" Macam nak mengamuk dan jumpa majikan Aisyah je rasa.
RM 200 untuk sebulan dan tambah seminggu yang kerja dari Isnin hingga Sabtu 8.30pagi sehingga 10malam?
Jahatnya manusia. Baiknya hati.
"Esok tak payah pergi kerja..!" Tegas saya pada Aisyah.

Monday, April 7, 2014

Perempuan Lupa Daratan.

"Kocok boto budu" 
Dialog ni memang tak asing di pendengaran tetapi nak buat macamana pun kalau sendiri memang fail sangat-sangat nak ber slanga sana? Budu tu, bukan takat jadi mcm sambal belacan pada saya, jadi kuah terus pun pernah, time makan nasi. Tapi, tahap kekerasan lidah adalah tidak dapat di maafkan.

2002/ Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.
"Berapo so ni?" Tanya saya susah-susah menjinakkan lidah walhal sedar bunyinya begitu buruk sekali.
Bla..bla..bla..
"Ore mano ni?" Makcik tersebut sedaya upaya bertanya penuh tertib.
"Tupak"
"Bakpo kecek supo kelate sie?"
Ok, Fine.
Jadi, sejak itu. Saya menggunakan bahasa biasa sebagai pertuturan. Bukan tak mencuba, tapi rasanya, segan mengaku orang ic 03 itu bila bercakap mcm kelantan siam.. kehkehkeh..

Wednesday, April 2, 2014

Bukan Rancangan.

1 Apr 2014/ Bank xxx, Setiawangsa.
"Jumpa saya" Mesejnya pendek.
Dengan nota pendek macamtu bersama satu missed call, ada rasa begitu urgent sangat tambah kecut perut bila kau berada di bank pada waktu pejabat.

2 April 2014/Petaling Jaya.
"Macamana, raksasa?" Saya duduk di hadapannya membawa jadual yang diletak atas meja saya semalam.
"Semalam, ok. Kamu ke mana semalam?"
"Uruskan rumah..blablabla. Kereta pun habis tahun depan" Hoi, mana entah ku belajar teknik sembang kencang mcmni pun ntahlah.. kekeke..
"Skang peugeot tengah buat promosi. Taknak beli kereta baru?" Tanya raksasa kemudian. Kereta baru? 
"Ha..?" Rasa nak tercekik telan liur. Agaknya raksasa ingat gaji i ni 6K ke?
"Continental. Kalau nak ambil Honda pun, saya ada kawan kalau nak diskaun"
Ok, part ni, tak mampu nak apply EI.