Followers

Tuesday, December 30, 2014

Terbang Tinggi-Tinggi (Part 2).

"Jadi, u yang banyak tanya berkenaan 'uzur' tu?" Matanya memandang tepat ke arah saya. Memberitahu bahawa saya harus maklum tentang adanya kejayaan dalam bidang perubatan untuk hal sebegitu.
"U tahukan ada pil untuk tahan uzur tu?"
"Saya taknak kesan sampingan"
"No. Tiada kesan sampingan. It's just lambatkan tempoh period sahaja../ "Penerangan selanjutnya dengan medical terms saya biarkan lalu di telinga kanan dan keluar di telinga kiri.
Ya. Saya percaya pada rezeki.
Jika tertulis rezeki saya, adalah. Jika tiada, tentu Dia mahu saya datang semula. Mungkin dengan Imam saya yang sah di kemudian hari nanti. InsyaAllah.
"Saya percaya pada rezeki.." Pendek saya akhiri jawapannya.

26 Disember 2014/ Masjidil Haram, Makkah.
"So, u engineer? Bidang apa?" Soalnya selepas saja saya tahu bahawa dia salah seorang Pakar di KPJ Jalan Pahang. Patutlah penerangannya sangat details tempohari.
"Elektrik"
"I see. Anak i yang sulung tengah buat foundation in engineering juga. Tengah fikirkan nak suruh dia teruskan dalam bidang apa. U rasa, electrical engineer senang tak, dapat kerja?" Dia meletakkan Quran yang masih dibaca dari pegangannya di atas rehal saya.
"Lagipun i risau pointer dia. Mesti tengok pointer juga, kan?
Saya diam. Menarik nafas.
"Saya percaya pada rezeki, Doktor.."
"Ya. Rezeki" Tukasnya perlahan.


Wednesday, December 17, 2014

Mimpi Yang Sama (Part 2).

Surat yang di cop SULIT masih dihadapannya. 
"Saya tak terima surat ini. Pergilah bercuti. Rehat"

--    --    --


Jika kau masih berulang membaca buku yang sama, 
kau tidak akan bertemu cerita yang baru. 
(Iman Sarah, Mimpi Yang Sama, Disember 2014)

"Pisang goreng rm 5, keropok lekor rm 3 dan bungkus ABC 3"
"Mee calong special 2, kak"
Memang rasa tak menang tangan betul setelah menyudahkan potongan pisang berangan yang terakhir. Memang jarang gerai menggunakan pisang berangan untuk dibuat goreng memandangkan pisang jenis ini sedikit mahal namun, disebabkan ingin menjadi kesukaan dan mencari kepuasan, itulah yang sering habis awal sejam selepas gerai di buka. 

Petang itu, seperti biasa saat para nelayan mula menarik bot masing-masing di persisir pantai sambil anak-anak ketam berkejaran, dia akan pastikan beberapa keping keropok lekor siap bergoreng dan kuah calong siap seperiuk sebelum gerainya mula dipenuhi.
"Ummi tanya, bila kak Iman nak balik Kuala Lumpur?" Adelia mencapai bekas bancuhan tepung dari tangannya.
Seingatnya, sudah 3 minggu dia di situ. Di sisi Azrai Hisham.

--    --    --

Semporna, Sabah.
Instructor Mikail pada hari tersebut menunjukkan cara memasang tong oksigen pada BCD, sebelum mengarahkan mereka mencari buddy masing-masing untuk ujian di Open Water. Perkara yang paling tidak terfikir adalah, Shahida yang juga beria mengajaknya menyelam di laut Sabah telahpun mempunyai lesen.
"Iman Sarah, kamu partner dengan instructor. En Azrai jadi buddy kamu" 
Azrai keluar membawa BCD yang siap terpasang tong oksigen. Wetsuit terjulur dipinggangnya. Memang rasa pernah tengok lelaki ni. Tapi lupa. Risiko ber buddy kan lelaki ni, paling susah ialah bila part kecemasan yang memerlukan pengunaan octopus yang sama walaupun ada 2 octopus pada BCD tersebut.
"Jom cik Iman. Awak nak menyelam dalam kelas ni ke?" Azrai berdiri di hadapannya bersama weight belt. Segera dia menuruti Azrai dan beberapa rakan yang lain menaiki bot menuju ke Pulau Sibuan, Semporna Sabah sebagai lokasi pertama untuk dive.
"Rasa macam pernah jumpa.../ Iman masih cuba mengingati kalau-kalau masih ada tersimpan memori siapa lelaki di sebelahnya.
"Saya hari-hari tengok cik Iman. Dalam kamera bilik kawalan bangunan. Cik Iman kerja di Bangunan Darussalam kan? Saya team maintenance bangunan yang datang beraya office haritu"

--    --    --

"Saya membesar di perkampungan nelayan. Laut ni dah sebati dengan diri saya. Habis belajar, sambil kerja, saya ambil lesen menyelam hinggalah ke divemaster.."
"Tapi, macamana awak kat sini? awak kerja dengan Blue Sea ni ke? Bukan haritu awak cakap awak maintenance office saya ke? Ke, awak ikut saya ke, kebetulan ke macamana..?"
Azrai tergelak.
"Memanglah. Saya ikut cik Iman"

--    --    --

Entahlah apa silapnya, mereka terpisah dari team beginner menyelam tersebut pada hari keempat sesi menyelam dan berada pada kedalaman dasar yang tidak dibenarkan seperti yang tercatat pada jadual Recreational Dive Planner. Ketika mencari diver yang lain, meter pada information console menghala ke kecemasan dan dia terpaksa meminjam satu octopus pada BCD Azrai yang mana salah satunya telah bocor. Pada ketika itu, lah kali terakhir Azrai Hisham berada di sisinya.

--    --    --

"Saya teringin buka gerai mee calong di kampung saya. Kampung Beserah, Kuantan. Nanti Cik Iman jadi pembantu dapur saya, tahu?"

.

Ini Cerpen saja.
Masa awak baca blog ni, mungkin saya sudah berada dalam perut Saudi Arabia menuju ke Jeddah. Doakan perjalanan dan urusan saya dipermudahkan ya?
Salam.


Friday, December 12, 2014

Edisi Kental (8).

Hijrah secara menyeluruh hanya boleh dilakukan 
apabila dimulakan dengan Hijrah Hati.
(Majalah Solusi, Isu 74) 

"Visa dah settle" Suara kak Najiha menghilangkan segala kegusaran saya sebab teguran hati yang baik ini. Pagi sebelum berita dari kak Najiha di atas, saya mendengar motivasi pagi IKIM 7.30 pagi. Ceritanya lebih kurang dalam ni; tentang kelebihan beristighfar. (klik tau, kalau nak baca)

ok, take care semua.
16hb - 28hb Disember 2014.

Wednesday, December 10, 2014

Rintik.

Smart tag berbunyi sejurus melepasi palang tol Damansara di lorong paling kanan.
Eh? Bukankah Nadya telah tukarkan haritu? Yang saya minta jasa baiknya untuk tukarkan bateri lalu sarung bateri dan bateri yang diletakkan bersama sarung di ruang penyimpanan barang telah saya buangkan. Minta tolong pun sebab dia tumpang saya dan nak lalu tol ketika itu tanpa saya tengok tindaktanduknya selepas dia koyak plastik bateri Panasonic terbabit. Atau, menjadi positif lagi, marilah kita anggap; 
Oh, mungkin smart tag gila ini, rosak.

Skrin iOS terpapar notifikasi aplikasi WhatsApp di satu ketika.
"Wei, doakan aku sekali depan multazam, ya?" Smiley nakal di masukkan di penghujung ayatnya.
Saya membalas icon ok diikuti sedikit kegusaran.
"Nadya. Aku nak tanya, bateri smart tag aku minta tukar haritu, kau tukar tak?" Maaflah, stail bercakap saya selalunya berterus terang. Kadang-kadang sahaja bertapis.
"Mm.. tak berapa ingatlah.."
Tak berapa ingat mendanya? Kalau memang buat, mesti takkan lupa, kan?
gRrr.. 
  

Friday, November 28, 2014

Hati Milik ...

Kau akan sampai pada satu tahap ini, pada satu hari nanti.

Julai 2011/ LPT menuju UMP Gambang, Pahang

"Kak Ha dengan bunda tidurlah dulu. Zahir drive. Nanti balik kak Ha nak drive pula" Zahiruddin mengambil tempat pemandu, memasang tali pinggang keledar. Tugas saya memang menghantar adik-adik balik Uni mereka setiap kali mereka balik rumah. Kalau tak ke Gambang, kena ke N. Sembilan dan Shah Alam. Salah satu.

Saya tersedar bila dentuman yang kuat. Saya pandang ke kanan. Ok, kita eksiden di lorong laju. Dari bumper depan sampai ke bumper belakang kemek teruk sebab mengheret penghadang jalan LPT dalam keadaan laju. 
"Bawa ke tepi jalan kiri" Saya bersuara, rasa macam bercakap biasa saja. Rasa macam tiada perasaan. Tiada rasa marah. Tiada sedih sebab kereta sendiri kemek teruk. Zahir keluar dan saya drive. Drive macam tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Zahir diam sepanjang jalan sehingga tiba di pintu rumah sewanya di UMP.

Sept 2014/ Tol Damansara, KL

Semasa saya brek sejurus keluar dari lorong smart tag, sebuah mercedes laju melanggar dari belakang. Macam tersorong turun bukit di saat waktu puncak 6.30 petang. Berdentum kuat bunyi. Kami tidak berhenti walau saya lihat merc tadi mula bawa perlahan. Sepanjang jalan saya berfikir;
Tentu saya sudah buat salah kepada sesiapa..

Kata arwah abah yang selalu saya semat dalam hati;
"Itu semua harta dunia sahaja"

Guys,
Saya minta maaf di sepanjang penceritaan saya disini. Baik di instagram (naniezzalea) mahupun di twitter (@danizzalea). Doakan perjalanan saya dipermudahkan oleh Nya. 

Selamat datang Disember 2014.

Tuesday, November 25, 2014

Tanpa Paksaan, Tiada Keinsafan (Part 4).

Sejak pergi ke surau-surau singgahan yang tiada telekung, semakin jarang telekung digunakan dengan syarat baju tidak jarang, tidak melekap di badan serta tudung depan dan belakang dipinkan. Kadang gunakan kain atau standby stokin dalam beg. Senangkan?
Takdelah perlu rebut-rebut kain telekung yang mana dagu bersih, yang mana tak berbau atau yang mana tak terus ke leher sebab bahagian muka yang besar.
Satu hari, kak Najiha menegur tudung yang tidak menutup dagu ketika solat. 


"Ok, tak tudung ni?" Seperti hijabista, tudung saiz XL berdagu tersebut saya gayakan depan adik-adik. Haruslah kita tunjukkan barang kita baru beli sebab perangai adik-beradik semulajadi suka share barang yang baru dibeli. Kalau tiba-tiba dialog mereka.
"Eh, cantiklah. Nak", Maka, haruslah beri dan kemudian, pergi semula kedai tu dan beli lain untuk diri sendiri. Macamtu.. Barulah terasa adikberadik yang sporting gitu. Kekeke..
Tapi dialog mereka bukan macam di atas. Tapi seperti di bawah ini!
"Macam orang Indonesia"
T_T
Bagusnya korang support kakak macamni, kan..?
Sampai hati. Sobs!


Monday, November 10, 2014

Menjadi Perempuan Zaman Moden.

Alarm keretanya masih berbunyi. Sama seperti semasa saya keluar dari kereta untuk pergi mencari mangga muda. Stesen minyak yang dipenuhi kenderaan lansung satu pun tiada yang datang kepada kereta perempuan yang membingitkan suasana jam 8malam itu.
"Gear U macamana?"
"I sudah letak pada P" Paniknya.
eh, entahlah kenapa ramai-ramai bangsanya memenuhi stesen minyak tu, seorang pun tiada yang menunjukkan muka. I ialah ketam. Takkan ketam nak ajar anaknya berjalan catwalk pula, kan? Tapi still rasa macam i rasa macam tahu. Tapi at the end, mati kutu juga. bhahaha..

Bani saya hidupkan. Round di sekitar kereta yang pemandunya lelaki.
"Err, encik. Boleh tolong tengokkan auntie kereta depan tu. Kesian dia. I pun tak tahu nak tolong macamana.."
Dia angguk dan tinggalkan keretanya terus ke kereta sebangsanya. Eh, dah macam, i ni macam polis ronda pula main arah-arah..kekeke..  

baiklah, Ladies.
Selain kau kena tahu tugas perempuan yang rutin, kau juga, eloklah ambil tahu serba sikit tentang kereta yang kau bawa, mesin basuh yang rosak atau sinki yang sumbat atau tukar kabel dalam plug kalau bila nak iron, elcb trip.. Kata perempuan zaman moden.. wiwiwi..
Mari sini i explain mengikut kefahaman i.
Ada 3 situasi jika kereta berbunyi.

1. Jika kamu kunci kereta (auto) kamu guna remote, sila buka pintu, guna remote juga. Jangan guna kunci. Jika guna kunci juga (mungkin sebab bateri remote segan-hidup-mati-tak-mau-terus-buang-sambil-membebel), ( kereta akan berbunyi). Terus hidupkan enjin, cari butang yang selalunya terdapat pada bawah stereng kereta dan tekan.(butang adalah berbeza lokasi mengikut model kereta. Jadi, rujuk pada pusat servis kat mana butang tersebut terletak ataupun semak buku manual kereta uols, ya sayam..)

2. Kereta akan berbunyi kalau, masa kau matikan enjin letak dalam gear selain P sewaktu ingin hidupkan. Jadi, tukarkan ke gear P dulu.

3. Sesetengah kereta akan berbunyi sebab awak matikan enjin dalam keadaan lampu kereta tak tutup (tapi certain kereta takkan berbunyi. sedar-sedar esok pagi bateri kereta weak) macamtu.

Sila beri tunjuk ajar jika salah.

Friday, October 31, 2014

Semua Tentang Dirimu.

Pernah baca kisah penebang pokok dengan kapak besi nya?

Semenjak 2 menjak 3 menjak 4 menjak ni, rasa nak pergi Kelantan macam lain macam betul. Macam kena panggil-panggil macamtu. Macam yang entahlah nak cerita macamana. Ok, abaikan.

Disebabkan itu, saya selamba whatsApp urusetia satu unit ini dengan menawarkan diri ke Kelantan untuk sebarang urusan. Apa-apa sahaja. Asal ke Kelantan.
"Kau suka berjalan-jalan?" Soalnya yang saya anggap santai. Tanpa niat lain.
"Best juga kan" Padahal dalam hati, bestnya nak pergi Kelantan. Bestnya nak memborong kain batik. Bestnya nak makan nasi ulam kota bharu. Bestnya nak memborong keropok untuk mengembangkan lagi bisness. Dan segala yang best-best yang eh, kau dah kenapa macam ada udang sebalik mee ni, Ha? T_T 

Beberapa minit kemudian nombornya tertera di skrin telefon saya.
"Kita dah desperate sangat ni. Dah tak sempat nak cari orang lain.."
Alaa.. rasa nak menangis sebab ini. Saya pernah email dia untuk urusan macamtu, sila offer pada rakan-rakan saya yang lain. Beri peluang pada orang lain.
"Kat Genting ni. Lagipun, kau kan suka jalan-jalan.." Ceh! Guna ayat saya tadi.
"Aku nak minta tolong sangat ni.." 
Diam.

Ok, boleh abaikan tajuk di atas yer. 

Wednesday, October 29, 2014

Customer Service Yang Berjaya (Part 3).

Edisi : Pakcik Senior dan Semangat Waja.

Berdegar-degar dia bercerita sedang berapakali saya melihat pintu. Kenapalah pakcik ni kena cerita sejarah dia dari tahun yang i rasa, i pun tak lahir lagi dan siap bawa semua dokumen senarai projeknya dari mula hingga kini dan segala sijil miliknya hingga i rasa macam pening-pening kambing.
Pointnya sebenarnya pakcik ni kena ada email untuk buat pendaftaran dan dia tak faham dan tugas memahamkan adalah penggunaan dwibahasa yang mana memang fail sebab dia hanya faham bahasa ketiga; Mandarin/kantonis. Ambik.

Sedang dia bercerita tanpa beri peluang pada saya untuk mencelah sepatah perkataan pun, saya menulis arahan dalam bahasa antarabangsa. Semoga dia faham. Semoga dia tak datang lagi untuk kali ketiga untuk bercerita dalam tempoh 2 jam berikutnya.
T_T 
Pergi menangislah.. haha..


Tuesday, October 28, 2014

Dan.. (Part 2).


"Apa maksud surat profit/principle ni?" Gambar surat bank tersebut, saya whatsApp padanya. Senyap. Dan terus senyap.


2014/ Petaling Jaya Selangor.
"Kawan Cik Ha ke?" Soal salah seorang team i selepas meletakkan fail dokumen di meja i.
"Eh, taklah. Kan dia baru je datang" Berkerut dahi saya mendengarkan soalannya.
"Yelah. Macam dah kenal lama" 

Eh. Entahlah. Pakcik-pakcik/pelanggan perempuan/pelanggan lelaki yang saya jumpa terlalu peramah ke atau saya macam makcik-makcik jual keropok lekor pun taktahulah. Pernah pun satu tahap apabila mereka datang semula pada tahun berikutnya menegur saya.
"Cik ni, lah yang tolong saya haritu" Ramahnya di kaunter semasa saya menarik pintu office untuk ke bilik.
Dalam hati saya memang pelupa tahap minum kerengga gergasi punya.
"Eh, ya ke? Saya memang tak ingat" Kan?
"Takpelah cik lupa. Saya ingat cik.../ dan ayatnya yang macam nak bersembang panjang yang kemudiannya saya segeranya bahasa badan 'saya nak cepat' .
"Ok,lah. nanti cik free, kita sembanglah" Fahamnya.

April 2014/ Setiawangsa Kuala Lumpur.
"U memang layan pelanggan macamni ke?" Soalnya di WhatsApp.
"Ya" 


Maaf, jika awak tersalah tafsir dan lepastu blocked i kat WhatsApp. 

Monday, October 27, 2014

Lari (Part 2).

Oktober 2014/Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.


Doa-doa dalam hati, cepatlah. Cepatlah.

"Dah ke?" Tanya saya sebab lenguh letak ibu jari kanan pada mesin scan jari apa entahlah. Perempuan di hadapan saya, yang juga pengantin baru, mengangguk. 

Ini semua gara-gara kad atm dah expired dan akaun dah dormant lepastu entahlah berapa lama lepasni nak dormantkan lagi. kekeke.. Patutlah sesetengah bank tak bagi buka banyak-banyak sebab lepastu kita macam malas nak samaratakan amaun dalam setiap 5 akaun bank berbezakan? lepastu rajin sangat nak pergi bank sana nak pergi withdraw, bank sini nak pergi draw. Memang takde maknalah.

Akaun ni saya buka pun masa jadi minah kilang di Kulim hi-Tech dulu. Kilang yang i tak nampak matahari sebab masuk pukul 7pagi keluar pukul 6 petang dan lepastu pakai baju angkasawan yang kau jumpa orang tak kenal perempuan lelaki kalau ketinggian lebih kurang sebab hanya nampak mata dan sut putih angkasawan. Eh, jap. I nak cerita benda lain sebenarnya. Ok, masuk track semula.

Lelaki di hadapan saya masih berdiri dan mengharapkan saya menatap mukanya? Memang tidaklah sebab saya 'arif' body language macamni. kekeke..
"Cik selalu potong gaji masuk bank ni ke?" tanyanya.
Hoi, cepatlah budakni kemaskini buku i.. grr
"Tidak" Jawapan pemalas dan dengan harapan soalan tamat di situ.
Dia menarik sekeping jadual dan cuba menerangkan pakej yang ada yang selepastu memang lansung saya tak fokus sebab dah beri arahan kat diri sendiri, datang sini, untuk aktifkan akaun dan tukar kad ATM sahaja. Noktah.
Selesai urusan kad ATM baru, saya bangun tanpa cerita lelaki tadi habis.
"Ok, terima kasih"
Minta maaf banyak-banyak ya, pekerja bank.. hihi..

Friday, October 24, 2014

Dan..?

Eh? Konon-konon sibuk tak sempat updated hingga I Muharram 1436, kan? 
Tetiba harini nak share benda ni dengan awak, blog.. kekeke.. 

14 Oktober 2014/ PJ Newtown.
"Kata dah taknak layan?" Soalan Nadya saya biarkan sepi.
Memanglah. Berapa kali saya BLOCKED mamat tahi hidung masin lepastu UNBLOCKED dan kemudian DELETE dan lepastu ADD balik. Memanglah nilai memaafkan tu amatlah tebal dihati sampai entahlah sakit hati berapakali pun, Kau tetap kawan saya. Terpakai untuk semua kawan-kawan I. Mana-mana i sakithati, BLOCKED lepastu UNBLOCKED semula. Macamtu. Faham?

13 Oktober 2014/ 15 minit ke KLCC.
"U jangan banyak soal sangat, boleh? Kalau bagitau pun tempatnya lepastu mesti takjadi pergi" Bebelnya dalam WhatsApp. Kadang-kadang sakit hati juga cara dia selalu marah macamlah: eh, kita ni suami isteri ke, apa? Mesti dia lupa, I dah give up dengan 'kita'. Rasa tak nampak masa depan lansung.
Saya memang ada satu perangai pun. Kalau tetiba rasa macam malas. Memang malas betul nak perginya tak kisahlah dah rancang 3minggu lamanya pun. Ikut suka hati sendiri. Kalau rasa nak pergi, tak rancang pun tiba-tiba boleh sampai Kota Bharu.. buka mata dah sampai Phuket. Haa..macamtu.

Pancingnya, ada rumah anak yatim buat program amal yang dia memang tahu saya suka perkara semacam itu. Tapi sampai ke sudah taknak beritahu rumah anak yatim mana. Cuma suruh jumpa di IOI Puchong. Dibuatnya dia bawa lari kerat 18 I, macamana? 
Pengsan!

Lebih dari tu, saya pemalas dah nak fikir berkira dengan dia. Lepastu mengadu pada Nadya, aku stress dengan si pengkedekut tahi hidung masin kemudian boleh lagi maafkan dan lupakan.  
"I rasa, u lupalah. Kita tak berjaya tau. Tak perlu usaha apa-apa dan janganlah whatsApp I lagi.." Lepastu, saya terus BLOCKED dia. BLOCKED entahlah kali ke berapa.

Monday, October 20, 2014

Antara Kita.

Oh, Selamat Tahun Baru. 
Takut ini entry terakhir sebelum menuju 1 Muharam 1436H. 

1730/BHP, Jalan Kuching.
Tiba 5minit awal supaya tidak lama menunggu dan dia pun tidak tertunggu. Tepat 5.30petang, MyVi keluaran terdahulu dari saya, berhenti di belakang kereta saya. Seorang perempuan, saya kira seusia atau lebih kurang saya tersenyum di bahagian pemandu.
"Ok, ikut saya ya?"
Kami memandu dengan kelajuan sederhana menuju ke kota Metropolitan Wisma Warisan, Kuala Lumpur.

"Sarah, sini" Gesa saya sebelum seorang wanita berusia, lekas menarik kerusi yang sudah saya letakkan buku Sarah. Alahai makcik ni. Dengan mualaf pun nak berebut.

Kakak yang selalu duduk di hadapan saya menjengah ke belakang. Padahal semalam kita siap mengumpat orang-orang yang bawa kawan main masuk kelas yang sudah sediada penuh sesak sepadat-padat orang sampai turn nak habis 2 mukasurat sampai mengantuk gila. Tetiba, harini, saya bawa orang baru. Mualaf. Dan memang tak sangka Sarah kawan saya? Eh, jap. Saya baru je jumpa pun!


Kesimpulannya, jangan cakap orang! bhahhaha.. 
Ok. Sekian.

Tuesday, October 14, 2014

Hai, Saya Dari Kelantan.

"Rasa macam banyak kedai tutup lagi nih. Cuba cik jalan ke bahagian stesen bas" Terangnya sedaya upaya agar saya faham apa yang cuba disampaikan. 

Saya pandang Saffiyyah. Rasa macam saya tanya dalam loghat/bahasa Kelantan tadi dengan tahap kepekatan Siamese. Kita balik Kelantan pun dengan harapan, bolehlah kiranya gilap lidah supaya tidak dikatakan botol budu berkocak.
Namun begitu, terima kasih pada rakyat Kelantan sebab berusaha cakap bahasa standard untuk memberi penerangan..
hihi..

"Agaknya line sini berauna kot" Mesejnya apabila saya menerangkan tentang pertanyaannya kenapa saya balas lambat.
berauna?
apa itu berauna?
lama juga saya berfikir-fikir.
Adakah itu berona-kokna? aduhai. 

Friday, October 10, 2014

Dan, Hadiah Untuknya.

10 Oktober 1948 - 22 Mac 2010
Hari ini Hari Lahir Abah.
Al-Fatihah untuk arwah.

"Awak kerja apa dan bila nak balik sini semula?" Dihujung ayatnya, saya memikirkan ayat yang sesuai. Takkan nak tulis kerja sebenar? atau bukan kerja sebenar? atau kerja biasa-biasa. 

Jan 2010/ 15 minit ke KLCC.
Beberapa kerja A4 yang siap bertaip salasilah saya cantum menggunakan salotip. Beginilah bila moyang ada 3 isteri dan kemudian kita ada 11 nenda dan 97 pakcik dan makcik. Satu moyang berada di Selatan Thailand; Narathiwat, seorang di Kota Bharu dan seorang lagi di penghujung Takbai. (Jadi, orang Thailand? Bhaha..
"Pastikan siap semuanya dan cari saudara mara" Pesannya yang sentiasa saya semat dalam hati. 

2014, Kota Bharu.
"InsyaAllah, kita buat reunion tahun depan. Bila dapat kumpulkan yang ada dalam senarai ini" Terang TokTeh sambil membentang kertas bersaiz A1 di hadapan saya. Tok Teh yang saya kira, anak-anaknya saya tersasulkan panggil;
eh ni sapa, ni sapa dengan selamba.
Abah, ini hajat abah.

Wednesday, October 8, 2014

Friend Zone.

Dunia ni berpusing. 
Apa yang kita buat pada orang lain, akan kembali pada kita. Betul kah?
Entry ini pernah saya publishkan sekitar 2012 di blog yang lama. 
Bagi kawan-kawan yang pernah baca, 
harap tak komplen cerita yang sama. hiks. . 

Oktober 2014/ Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan.
"Ni member Lya, kak Ha. Sama-sama study 8 tahun yang lalu.." Akhiri ceritanya sambil memperbetulkan kain layah yang menutup separuh dari gaun yang dipakai.
Kawan study, ya? Saya pun ada kawan study yang rapat. Satu ketika dulu. Dulu.

2005.
"Takpe. Aku buat" Tawarnya tanpa dipinta. Saya bersama 2 rakan perempuan lain sangat bersyukur. Selamat satu assignment. Tugasan berupa kertas cadangan(proposal) untuk minta bajet bagi memulakan perniagaan bagi subjek Management, terselamat.
"Kau ok, kah buat seorang?" tanya saya sedari betapa banyak hal terpaksa ditempuhi untuk menyiapkan proposal tersebut seorang diri.
"Ok. Aku guna yang company aku punya proposal hantar kat bank dulu" Tawarnya. 
"Kami share 3 org buka company repair komputer dan supply barang komputer lepas diploma dulu.."

Saya tak pernah terfikir kenapa dia mesti menyertai kumpulan kami sekiranya ada assignment berkumpulan. Dan saya tak pernah kisah pun jika hanya dia seorang lelaki dalam kumpulan kami. 2-3 kerja berkumpulan banyak dibantunya tanpa diminta.

"Zainal bagi" serah roomate saya dengan gembira. Lab report untuk subjek microprocessor dia buka dahulu.
"Weh, aku copy dulu" Rakan sekuliyah saya lekas menariknya dari tangan roomate saya.
"Eh, pulangkan balik kat dia" Tegas saya. Terlalu kerap Zainal berbudi tanpa dipinta.

Dan edisi rakan-rakan saya menyalin assignment dia sehingga ke asrama lelaki bermula tanpa pengetahuan saya. Bila merebaknya cerita Zainal selalu beri assignment pada saya(walhal saya rasa macam baru 3 dan itupun selalunya saya kembalikan padanya tanpa meniru. Eh, entahlah. Tak ingat. Tapi rasa macam assignment Power Electric memang blur nak buat) sehingga ke satu fakulti, timbullah cakap-cakap anasir luar sehinggalah setiapkali nak ke kelas naik lift yang sama pun saya elakkan dari menaiki lift yang sama dengan Zainal. Secara perlahan saya jauhkan diri darinya samada berkumpulan ataupun bertembung di mana-mana sehinggalah masing-masing membawa haluan masing-masing.

Zainal, terima kasih.
Haha.. jangan komenlah ya?

Monday, September 29, 2014

Menjaga Hati.

Semua orang pun buat salah
Maaf dan lupakan saja, ya?
Dalam seribu kebaikan dia, janganlah kau ungkit hanya kerana satu salahnya.

Bangunan Warisan, Kuala Lumpur
Sementara menanti kenderaan kak Ila, kami berbual pendek. Lebih kepada pengurusan masa. Mengejar jam 12 tengahari dari Petaling Jaya ke Putrajaya dan kemudian pulang semula ke Petaling Jaya hanya untuk kelas 1 jam itu, boleh memakan masa 3 jam termasuk pergi balik. 

Mungkin, saya perlu fikirkan alternatif supaya tidak mencuri waktu kerja hanya untuk kelas personal tersebut.
"Kelas biasa dia tak ajar makhraj, sebutan yang betul. Lagipun, Ha tak suka perangai orang gelak-gelak ni. Kesian pada orang yang ingin belajar" Terus terlintas pada ingatan saya menegur ustaz, lalu kena ceramah. Rasanya macam soalan berdasarkan apa yang tertulis pada buku iqra.. Lalu merajuk 2 bulan ponteng kelas. Bhahaha..
"Mungkin Ha boleh tumpukan pada kelas ini saja" Pendek jawapan bunda tanpa mengetahui ada lebih dari itu.

Lebih dari itu, saya kecewa sebetulnya. 
(Dalam entry ini, ada 3 cerita yang berbeza..)

Monday, September 22, 2014

Perkara Karut Paling Bijaksana.

Saya bukanlah tidak percaya kepada perkara ghaib. 
Tapi, kan kita sendiri boleh menilai orang tu betul-betul mengubat ikut Islam atau tidak.

Bangunan Heritage, Kuala Lumpur.
"Orang kuning tu yang beri akak batu ni. Tu yang buat cincin" Ceritanya penuh perasaan. 
"Akak pernah jumpa Hang Tuah.. bla..bla..bla....." Lepas dari itu, memanglah masuk telinga kanan terus berlayar keluar dari telinga kiri. Benda merepek apa yang saya dengar pun terus rasa, apa benda yang aku hadap ni.. T_T

Satu kemujuran, ustaz segara datang menyelamatkan suasana yang saya rasa macam nak beri tazkirah percuma. Kehkehkeh..
Masuk sahaja kelas mengaji, kakak tadi sesekali ditegur Ustaz dihadapan.
Elok, lah kak. Marilah kita kembali ke jalan Allah.

2011, Ampang Kuala Lumpur.
Jam menunjukkan angka 11 malam. Apa benda merepek yang saya buat, ni entahlah. Syuhada bersama suaminya duduk di hadapan tok (saya kira umur tok ni, lingkungan 40an) yang siap bercincin berapa keping dan ber bangle. Tu belum masuk rantai macam rantai motorsikal dilehernya lagi.
Ok. 
Saya hanya menemani Syuhada dan dalam masa yang sama nak tengok tok ni betul-betul mengamalkan perubatan Islam atau tidak. Sebab Syuhada ingin bawa emaknya berubat. Berusaha. Seusai saya curi dengar nasihat tok tadi pada emak Syuhada, Syuhada segera tolak saya mengadap tok tadi. 
Memang hoi betul, lah sebab kenapalah aku datang lepastu sebenarnya nak tengok tok yang mereka cerita ni betul ke penipu. 

Saya berkeras taknak. Memang taknak. Pedulilah masatu umur 29 tahun pun tapi masih takde orang masuk meminang. 
Dalam pada saya berkeras, tiba-tiba dan-dan orang lelaki di tepi tok tadi menggelupur. dan pula dan-dan tok tu cakap macamni;
"Ada pocong ikut kamu nih!"
Astagfirullahhalazim. Terasa kesesatan di situ.
Terus saya balik.

Wednesday, September 17, 2014

Melawan Ombak.

Ini adalah cerita kenangan. 
Setiapkali menggunakan earphone.

1990/ Kuantan Pahang.
Saya suka menyanyi. DULU.
Dulu, la.
Menyanyi tak kira tempat. Di dapur, di toilet, tepi pantai (dulu tinggal di perkampungan nelayan), ketika tidurkan adik-adik dan asal rasa nak nyanyi je, menyanyilah. Perangai menyanyi ini di panjangkan lagi ketika saya dengan senyap-senyap masuk pertandingan Bintang sekolah. Darjah 2 masatu. Tanpa pengetahuan sesiapa. Jadilah pakai baju raya saja dan kawan bermurah hati pinjamkan kasut masa buat persembahan. Memanglah menang. Tapi menang pertandingan menyanyi memanglah tak sama dengan menang permainan catur yang Imanuddin join.
Balik saja rumah, saya tunjukkan hadiah yang dimenangi. Rasanya sebuah buku cerita dan sekotak water colour Buncho. Oleh kerana Imanuddin yang tunjuk dulu hadiahnya, maka, saya lansung tak beritahu hadiah tu saya dapat sempena apa. Sampai sekarang.

Jun 2013
Semua mula menyelinap keluar dari Grand Ballroom Palm Spring Sepang tersebut. Yang pasti, tinggal saya dan Syikin mewakili syarikat dalam dewan tersebut. Memang cis betul.
Tiba-tiba, yang memegang microphone mengarahkan mic nya kepada saya.
"Kita duet, boleh?" Tanyanya.
Alahai, budaya syarikat XYZ ni, asal dinner, kena ke ada karaoke? kena ke, saya berkorban untuk syarikat. Memang gila, lah masatu. Bongok.

Jadi, dipendekkan cerita, yang mempelawa saya menyanyi sama tadi telah meminta dimainkan lagu Broery Marantika dan sapa entah pasangan duetnya yang mana suara tinggi picthing terus ke laut China Selatanlah saya perginya, kan..?
Tak semena-mena, saya arahkan mic kepada salah seorang syarikat XYZ, dan dengan baik hati dia mengambil alih tempat saya.
Lega disitu sebab saya telah lama berhenti 'menyanyi'.

Wednesday, September 10, 2014

Pelajaran 1 : Wuduk.

Air dalam baldi yang semacam tong sampah warna hitam itu saya tenung lama. Tak termampu rasanya nak berkumur bila mengenangkan, bukankah itu tong sampah? kenapa tadah air? Paip air surau di medan selera itu saya usaha pulas sekali walaupun maklum kelumpuhan air bercatu di Shah Alam.
"Kak Ha nak pergi beli mineral, lah" Saya sarung kasut kembali sebelum Saffiyah menanggal kan tudungnya.
"Air mineral buat apa?"
"Kumurlah" Sambil mata saya arahkan pada tong hitam yang macam seram tu. hehe..
Saffiyah senyum.
"Kumur tu sunat. Buat yang wajib saja kalau darurat" Terang Saffiyah sebelum saya mula mengingati yang selama ni tengok makcik-makcik masjid, selamba je minum air dan kemudian terus solat tanpa kumur. 
ok. Fine.


Pergi baca rukun wuduk.

Tuesday, September 9, 2014

Mimpi Yang Sama.

Jam sudah ke angka 3 dan dia masih duduk di situ biarpun rakan-rakan sudah beredar. Iman ke hulu ke hilir di tepinya lansung tidak menegurnya sebagai tetamu. Tuan rumah apa benda pun tak tahulah. Perutnya semakin kebas setelah hampir kesemua makanan telah dirasa.

"Kau pasti ke ni? Aku rasa macam kita takde jemputan" Tegur Ishak sambil menilik monitor cctv di hadapannya. Sejak kejadian surat-surat hilang, mereka lebih fokus pada bahagian peti pos.
"Ni, apa?" Hulurnya. Kad tersebut entah siapalah yang tercicirkan sehinggakan pada awalnya dia ingin pulangkan pada yang tertera nama namun demi melihat nama penjemputnya, terus dia menukar niat kepada ingin turut sertai majlis tersebut. Memang dengan niat ingin menegur perempuan yang selalu diperhati melalui cctv dihadapannya. 

Namun, demi melihat Iman secara berdepan, lemah segala lutut untuk berdiri pun. Ini kan pula jika tiba-tiba pandangannya tertangkap oleh Iman sekali sekala.
"Woi, jomlah. Zohor" Ishak menepuk bahunya mematikan niatnya yang tekad untuk bertegur sapa. Dia bingkas berdiri menuju ke pintu sebelum Iman menurutinya dari belakang.
"Awak, terima kasih datang ya?" Ada senyum terukir dibibirnya.

CERPEN
(Ini adalah pengaruh cerita The Master's Sun. Sila jangan anggap Iman sebagai saya.. )

Thursday, September 4, 2014

SuperHero dan Sisi Jahatnya.

Hak bertanya adalah hak peribadi. Kan?
Jahatnya ada di situ.

Secara semulajadi, saya terpengaruh dengan perangai abang saya yang saya namakan sebagai Imanudin. Err..perangai arwah abah pun 2x5. kekeke..

Perangainya yang dulu saya anggap sebagai suka menganjing sebenarnya lebih kepada salah satu cara salam perkenalan. Kenapa saya anggap sebagai suka menganjing? Sebab, dia memang expert benda tersebut, tetapi buat-buat macam zero lepastu tanya sampai letih orang menerangkannya. Nampak tak, kat situ?

2004.
Cerita Imanuddin. (oh ya, beliau sebaya kau, abang kawasan..)
Beliau baru lepas menformat pc saya yang gila sebab software electrical electronic banyak dan besar lepastu tetiba hang memanjang dan tugas saya adalah memenuhkan C dan D dengan eagle, pspice, matlab dan entahlah apa-apa. Jadi, dia meng install segala saudaramara software, tambah RAM, hard disk, buat satu lagi partition E serta masukkan antivirus sebab adik kesayangannya ni tahu guna dan lenjan. Lepastu, dia siap ajar cara tambah kad, cara memadam pada RAM, tukar cdroom  serta cara melempang monitor kalau-kalau dia buat perangai lagi. 

Cousin saya datang dari Kelantan ke lowyat untuk membeli barang-barang pc sambil rancak bercerita pada soalan-soalan Imanudin tentang itu dan ini yang saya rasa nak sampuk beritahu, apa yg beliau cerita tu, semua dalam poket Imanuddin saja lepastu kasi penendang pada Imanuddin sebab kura-kura dalam perahu. 

2009.
Cerita arwah abah.
Saya join candat sotong TM buat sempena Tahun Melawat Terengganu 2009 tak silap. Ke sempena apa pun tak ingatlah. Arwah paling bersemangat sebab dia gembira ada anak lelakinya tetiba menuju ke perbidangan memancing. Eh, anak perempuannya. Seingat saya, toolbox arwah bukan setakat toolbox mengimpalnya (dia suka pergi pameran mesin), ada kotak peralatan kimpalan, jahitan, barang elektrik dan kotak peralatan memancing. Jadi, bagi memberi sokongan tidak terhingga, dia pun bawalah saya ke Kepong Tackle (kalau kaki pancing, mesti tahu kedai ni). 

Sedang arwah mencari umpan untuk sotong, datanglah seorang pembantu kedai, perempuan mendekati arwah. 
"Pakcik cari umpan apa?" Konfiden soalannya. 
"Umpan sotong" Jawab arwah abah, sambil membelek batang joran yang bersesuaian dengan anak perempuan 148cm (kalau joran yg besar dan berat tambah batu ladung yang berkilo, tentulah lenguh tangan i)
"Oh, bahagian umpan di sini.." Ajaknya menghala ke arah umpan ikan.
Saya pandang arwah, arwah buat dono. Rasa nak mengekeh gelak bila beria pembantu kedai tersebut bercerita pada arwah tentang umpan yang salah tersebut. Arwah pun layankan dengar dan pura-pura baru tahu. 
Jahat.

Tuesday, September 2, 2014

RM 500K.

"Majlis ni, lah harga RM 500K" Tukas abang Wak di sisi saya kepada isterinya. Dahi saya berkerut setelah telinga degil ni mencuri dengar perbualan suami isteri tersebut. Ok, khemah 9 biji ni bernilai RM 500K? Mari kita tengok.

Oh, saya belum cerita siapa abang wak ni, ya?
Beliau adalah jiran saya. Jiran warganegara bukan Malaysia yang telah menetap disini 33 tahun yang lalu. Yang saya selalu rimas setiapkali ketika membongkok, tertunggang terbalik bila basuh kereta, kawan-kawannya dan-dan lepak luar rumah dan pengakhiran kepada hal ini, saya selalu basuh kereta di carwash saja. Habis cerita. 

Mac 2014
Kak Yati menjengah diluar pagar rumah. Ada kerumitan di wajahnya. Saya mempelawa masuk sebelum dia dengan sungguh hati bercerita tentang tuan rumahnya menghalaunya sekeluarga dari rumah dengan cara menjual rumah yang disewanya kepada orang lain. Lalu, setiaphari orang tersebut datang menuntut rumah tersebut. (Okey, saya pun taktahu tindakan tuan rumah tersebut berhatimulia atau tidak sebab tidak tahu hujung pangkal cerita) Kak Yati, dulu sebelum berkeluarga, menyewa bersama abang Wak di rumah yang sama sebelum duduk berasingan setelah bekeluarga.
"Boleh ya, kak. Saya mau sewa" Ada sendu di hujung suaranya kepada bunda.
Bukan saya tak sudi sewakan rumah saya. Masih ada penjual duduk di rumah saya, manakala rumah kak Najihah, 90% perlu di repair.

Friday, August 29, 2014

Diari Seorang Guru Ganti (Vol 2).

Little Caliphs.
Dua kanak-kanak berwajah iras itu berbisik sesama sendiri sebelum mendekatinya.
"Teacher, do you speak in English?" Tegurnya pada Saffiyah.
Saffiyah angguk sebelum memandang wajah anak kecil di belakang yang bertanya tadi.
"Why?"
"She's starving" sambil menunjuk ke arah kembarnya yang sedang memegang perut. 
Alahai, 5 tahun dah guna starving. Hungry kan boleh..? 

Sekolah Menengah Harian di Ibukota Kuala Lumpur.
"Kunci kereta. Kunci kereta!" Jerit seorang guru lelaki menjengah ke bilik guru, menatang seorang pelajar yang mukanya mula membiru dengan buih penuh di mulut.
Semua guru, terpaku dikerusi masing-masing bagai malaikat lalu.
Johan masuk, terus diserah pelajar tadi kepadanya. Tanpa dompet, handphone dan sekotak rokok, mereka menuju ke klinik kesihatan berdekatan.

ya, kedua-dua adik i sekarang jadi cikgu ganti sementara tunggu konvo. Sorang ke Little Caliphs, seorang lagi ke sekolah menengah, jadi Ustaz. Jurutera jadi Ustaz pun okey.

Tuesday, August 19, 2014

Kehadapan Yang diRindui.

Saya memang kaki sesat. Walaupun ada waze dalam handphone, tetap lost dimana-mana. Ke, tak reti tengok map ke, entahlah. Jam 9.00 malam memang mengentarkan urat perut bila memikirkan nak makan nasi kenduri selepas jam 9.00mlm? memang makin kembanglah diri sendiri. Still tak boleh lawan abang kawasan Putrajaya yang sekeping papan itu. hiks.
"Kita pergi Puchong dulu. Kemudian baru waze lokasi dia"
Kita memang confident gila Puchong itu di Puchong. Padahal sebelah je kot ke Putrajaya. Memang cis betullah. Bleghh.. hamboih, pinjam ayat dari orang setengah barat setengah melayu ni. kekeke..

Sampai di lokasi majlis adalah jam 9.30malam yang nasib baik perut sempat lapar sebab sesat dan masih boleh masuk lagi walaupun sebelum maghrib dah menghadap 4 rumah sebelum itu. Mampu? Tak sedar diri size perut macam botol perfume 50ml tapi masih nak sumbat macam kapasiti 100ml.

"I rindulah zaman-zaman ada orang update aktiviti seharian dia walaupun i jenis tak peduli" Saya membuka kotak gift dari kenduri sebentar tadi. Timing kami makan adalah 15minit saja memandangkan lepasni nak bersesat lagi cari jalan pulang ke rumah semula. Nadya pandang saya. Penumpuannya terhadap pemanduan sedikit terjejas apabila saya menyebut kisah lama.
"Dia dah nak anak dua dah. Kau cari lain, boleh?"
Berkerut. Eh, Apa ni?
Bila masa saya sebut saya rindu dekat ex?
Excuse me.

Friday, August 15, 2014

Edisi Kental (6).

Dia punya tahap geram tu, sampai kalis akhir-akhir ini. 

"Kamu dah semak XYZ Sdn Bhd, xxx punya tu?" Soalnya apabila saya terpaksa membuat borang pindaan yang disebabkan olehnya juga. Merata saya cari permohonan tu. End up, dah siap. Dan yang best, dia yang tanya, dia yang siapkan. Kental tak, rasa?


Monday, August 11, 2014

Dan, Lauknya Tertumpah di Nasi (Part 3).

Sejak dua menjak ni, entah kenapa jadi pemalas gila nak drive bani. Kalau ada penumpang, biasanya i suruh penumpang yang pandukan. Lepastu memang sudah tidak berdisiplin sebab rasa leher tercekik setiapkali mengenakan tali pinggang keledar. 

Sewaktu perjalanan menuju ke Selatan tanah air, Zahim mula bercerita tentang sekolah barunya. Serta rasa gundah gulana yang bertandang di sanubarinya.

6 Ogos 2014/ Sebuah sekolah menengah harian di Bandaraya Kuala Lumpur.
Sewaktu dibawa melangkah masuk ke kelas tersebut, kaki Zahim terpaku pada setiap wajah-wajah di hadapan. Kesemua mereka kelihatan usia yang berbeza serta mempunyai keistimewaan yang berbeza setiap orang. Matanya tiba-tiba berhenti pada seorang pelajar perempuan yang berbaring tidur terlentang di bawah meja selang 3 meja dari hadapan.
"Eh, kenapa tu?" Soalnya pada guru kelas terbabit.
Lekas guru perempuan tersebut menarik baju sekolah pelajar tadi yang tersingkap sehingga menampakkan baju dalamnya. Pelajar terbabit membuka kembali bajunya. Dan insiden tutup dan buka itu berakhir dengan guru perempuan tadi memukul perut pelajar perempuan itu dengan kayu pembaris. Berlari pelajar perempuan tersebut ke arah belakang sekolah mendekati tangki air sambil menjerit;
"Nak bunuh diri. Nak bunuh diri!"

Zahim terdiam. Saya terdiam.
Apa nak komen. Kelas pendidikan khas.

Thursday, August 7, 2014

Rindukanlah.

2003/ Sony Malaysia, Bangi.
Keluar dari BMW Mr Lee, saya pandang keseluruhan parking Sony. Pertama kali sampai dan memang terlupa menghubungi rakan sekuliah yang menjalani latihan amali di situ. Terngiang-ngiang perbualan Mr Lee (Manager QA/QC Department) dengan jurutera di bawahnya.
"Takpe. I bawa dia. Kesian nanti dalam report, dia tak tahu nak tulis apa"
Terharu sebab sekurang-kurangnya dia peduli tentang satu-satunya anak melayu yang menjalani latihan amali di Kilang mereka. Pergi ke sana sekadar mengambil udara baru atas nama semak goods yang defect padahal staf dia yang buat.
"Terima kasih, Mr Lee"

2013/ Petaling Jaya.
"I turun site Putrajaya. Kalau orang call, minta call handphone, ya?" Pesan saya pada team kami. 
"Ok. Pergi seorang ke?" Tanya beliau. Memang kerapkali saya minta dia temankan memandangkan perempuan tinggi 148cm ni macam kurang dipercayai sebagai 'seorang yang telah bekerja'. Boleh pulak ingat i nak buat praktikal di premisnya.. T_T (Insiden suatu ketika dulu: 2009)
"Tak. I bawa budak praktikal.. Kesian nanti dalam report, dia tak tahu nak tulis apa.."
  

Friday, August 1, 2014

Takbir Malam Raya.

Sabtu/ 26 Julai 2014 
Operasi mengecat rumah pun berakhir. Satu perkara yang pasti, warna yang ada di rumah ini adalah warna yang ada juga di rumah bunda. Dapur yang biru. 

Ahad/27 Julai 2014
Langkah seterusnya adalah mencuci satu rumah. Kerja-kerja memberus, mop dan tarik air bermula jam 6.45 pagi selesai subuh berjemaah dan berakhir jam 8.30 pagi. Paling tak tahan bila terpaksa sental marmar/tiles dinding dapur zaman-dulu-warna-putih-yang-kehitaman-di-dapur (maklumlah, rumah lama). Saya sembur mr muscle sebelum membiarkan beberapa saat dan kerja menyental pun bermula. Tapi, dengan cat-cat sekali tertanggal. T_T (Sila fikirkan alternatif/pencuci lain untuk kerja sental tiles/marmar jenis ini). 

Bilik air paling menangis sebab dinding marmar/tiles nya yang berkulat/kuning/berkarat yang rasa kalau-aku-kaya-terus-tukar-keseluruhan-bilikair-dan-dinding. -_- (Tolong beri cadangan, pencuci mana yang berkesan. Nak tunjuk gambar pun i tak sanggup gila..) T_T

Jemaah takbir raya memenuhi ruangtamu rumah dan bersila pada jam 11.30 malam. Saya sedikit lega bila berangan last minute nak pasang lampu oren di ruangtamu akhirnya berjaya ditunaikan. 2 Mangkuk bihun yang saya goreng selesai jemaah maghrib tadi sambil mengimport pinggan mangkuk bunda saya susun cantik-cantik di ruang tengah.
"Ha, cuba pandang atas" Kak Nasiha, kakak kedua saya menunjukkan jari ke arah atas. Saya mendongak.
Astaghfirullahhalazim. Kipas lupa nak basuh!

Wednesday, July 30, 2014

Cita-Cita Yang Sama.

Betullah. Seorang lelaki itu adalah seorang abang, suami, ayah, plumber, tukang kebun, mekanik, tukang baiki rumah, welder, tukang pasang perangkap haiwan, doktor, tukang jahit, wireman, superman, ultraman, spiderman, batman dan segala jenis pekerjaan yang ada di dunia ini. Sehingga ke umur sekarang, pada saya, kesemuanya arwah abah buat sendiri memandangkan dia sendiri berlatarbelakangkan mekanikal. Termasukkan memasak untuk kami ketika bunda dalam pantang dan membuat segala kerja rumah ketika bunda berkursus tanpa gagal. Er.. kalau zip rosak beliau yang repair dan langsir, beliau yang jahit.

29 Ramadhan 1435H/27 Julai 2014/ Ahad.
"Cik Ha, apa cita-cita cik Ha?" Balqis memanjat kerusi dimeja makan ketika saya sedang mengeluarkan gelas untuk majlis takbir raya pada malam harinya.
"Cita-cita?" Saya berfikir sejenak. Nak cita-cita apa lagi dah tua pun makcik nih..
"Yelah. Takkan takde cita-cita. Balqis pun ada cita-cita" Jawabnya lancar, sesuailah usianya yang baru  mencecah 8 tahun. 
"Mm.. cita-cita masa kecik-kecik dulu ke masa sekarang?" Soal saya, padahal, masa sekarang nak cita-cita pebendanya. 
"Yelah, cik Ha tau buat kek, buat kuih, masak, bla..bla..bla../ 
Berkerut dahi saya mendengarkan senarai yang entah bila dia rakam dalam ingatan.
"Cik Ha taknak bercita-cita jadi Masterchef?" ok, ini pengaruh tv, ke?
Kriik..kriik.. (ok, itu bunyi unggas yang tetiba muncul)

err..saya nak cita-cita macam arwah, boleh..?

Tuesday, July 22, 2014

5 Hari Menuju Syawal 1435H.

"Pagi raya, Ha ambil kontrak buat nasi minyak tau!" Arah kak Jiha sebab tahun lepas, dia masterchef pada pagi raya. (Oh, kami kalau memasak, memang suka sorang-sorang kat dapur tanpa bantuan sesiapa. Sebab rimas)
"Ok, tapi nak kambing. Nak buat kurma"


Azan Maghrib berkumandang di siaran OASIS.
"Ha nak hidang apa, malam takbir raya?" Tanya kak Jiha sambil menghulur mangkuk sayur labu ke arah saya.
"Mm.. entahlah" Saya belum habis fikir lagi. Selagi satu perkara belum selesai, macam malas nak plan jauh-jauh takut tak capai target.
"Rumah bunda dan kak Jiha letak satay je kot" Ujar Kak Jiha agar saya pun mengambil pendekatan yang sama. Taklah renyah sangat. Tapi saya nak goreng bihun. Tapi, set pinggan Corelle yang saya beli di Langkawi tahun lepas, lepas untuk 4 orang makan sajalah. T_T
"Nanti kak Ha nak guna pinggan apa? Plastik? Kertas?" Celah Safiyyah yang tetiba saya rasa nak tendang dia masuk longkang. ;P

Friday, July 18, 2014

Plan No. 2 (Vol 4).

Saya sudah lama berhenti risau. Rezekikan, Dia telah tentukan..

13 Julai 2014/Ahad/15km ke KLCC
"Pakcik ada projek lain ni. Takut tak sempat" Terangnya sambil melihat-lihat sekitar rumah kosong itu. Motor di parkirkan di ruang kereta yang telah di renovate.
"Yang ni, toilet nak tukar? Bumbung nak buat konkrit ke A?" Tanyanya lagi dan ianya memang tidak saya plan dalam jangkamasa yang terdekat.
"Cat saja dulu, pakcik. Kalau dapat orang takbir malam raya pun alhamdullillah" Kertas yang saya catatkan kod warna dan ruang yang perlu dicat, saya serahkan padanya. Harapan saya, semoga urusan cat rumah selesai awal sebelum raya dan dapatlah cuci rumah dan pasang aksesori rumah yang lain.

17 Julai 2014/Khamis/15km ke KLCC
"Kak Ha letak kunci rumah kat mana? Pakcik Din datang nak cat rumah" Mesej diterima dari Zahim setelah 3kali panggilannya tidak dapat saya jawab.
Segera saya menghubunginya;
"Patutnya pakcik Din buat rumah bilal harini. Tapi, dia call bilal tak berangkat. tekan loceng, takde orang keluar. Tu yang terus buat rumah kak Ha dulu"

Tema?
Terracota dan Mocassin untuk luar rumah.
Alhamdullillah.