Followers

Showing posts with label Perjalanan Menuju Dia. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Menuju Dia. Show all posts

Tuesday, February 10, 2015

Pelajaran 2 : Saksi.

Ogos 2014
Rimas tau main ambil-ambil tempat orang macamtu. Muka saya, memang tarik habis. Cuma tahan je hati dari bersuara. Usai melipat sejadah, dia memandang saya. Sudah tahu saya paling pemalas nak bercakap dengannya, lagi nak ajak bersembang. Demi membaca air muka saya, dia meneruskan lipatan telekungnya. Malas nak cerita kenapa saya pemalas nak sembang dengannya. Anggap saja malas. ok. lupakan.
Jadi, bagai dijanjikan pada waktu yang sama, dia akan datang mengingatkan waktu-waktu saya terleka. Namun kadangkala ternampak terkantoi di situ apabila beria dia mengajak, macam nak pergi bank cucuk-duit-di-atm-dah-gayanya, sampai satu office pun tahu. Dan itulah paling saya tak suka! nak pergi, tak perlulah kocoh-kocoh. Dalam surau pun, sebolehnya taknak buka lampu semua mentol. Cukup tempat sujud saja. Ok, dah mengumpatlah nih.

Masjidil Haram/Disember 2014

Sejadah, kami hamparkan di lantai marmar. Diluar kawasan bercarpet. Kami hanya lewat 10minit dari kebiasaan. Dan kerana menyedari itu adalah tanah Haram, masing-masing kunci mulut.
"Tau tak, semalam kak Ha terdetik apa?" Soal saya sejurus Safiyyah menutup Qur'annya.
Safiyyah geleng.
"Semalam, kak Ha rasa, kan best kalau dekat dengan rak Quran. Tak perlu bangun lalu tempat kena curi. Dan, harini, tempat kita, betul-betul sebelah rak Qur'an" Terang saya pada Safiyyah yang saya tahu, dia tak selesa berubah-ubah tempat.
"Hari-hari kita berubah tempat.. Esok, kita keluar awallah sikit" Getus Safiyyah.
"Fiyyah. Tahu tak, kenapa kita mesti selalu solat berubah tempat?" Soal saya. Kerana saya pernah rasa tidak selesa semasa tempat solat saya di ambil orang.
"Supaya, pada akhirnya nanti, kita punya ramai saksi. Tempat kita sujudlah yang akan jadi saksi di akhirat nanti" 
Safiyyah ketap bibir. 

Friday, January 2, 2015

Dari KLIA ke Jeddah.

Tahap bosannya apabila berkurung dalam pesawat yang memakan masa 8 jam perjalanan itu, saya isikan dengan memerhatikan seorang lelaki yang asyik bermain dengan handphonenya. Atas flight pun busy juga, bang?  Macam, lah ada signalnya kot. Roaming agaknya, fikir positif saja. Saffiyah di sebelah masih rancak bersembang dengan cikgu bersara di sebelahnya.
"Yang ni, untuk apa ya..?" Saya tanya diri sendiri. Diri sendiri saja. Pun perlahan intonasinya. Sambil tangan memegang pemegang apa entahlah yang tercantum di kerusi hadapan saya. 
Tak sangka pula;
"Itu tempat letak cawan" Lelaki yang asyik memegang Iphone td bersuara memandang saya.
Eh? Saya diam. Terkejut. Habis, kau nampaklah i usha tadi. Cit! Kantoi.
Dan, sebahagian masa 6 jam seterusnya terisi dengan bersembang dengan lelaki-yang-saya-pun-lupa-tanya-nama-dia. bahahaha..

Kawan-kawan, saya share kan Panduan, Keperluan untuk Mengerjakan Umrah di sini. Boleh klik untuk rujukan, ya.

Friday, November 28, 2014

Hati Milik ...

Kau akan sampai pada satu tahap ini, pada satu hari nanti.

Julai 2011/ LPT menuju UMP Gambang, Pahang

"Kak Ha dengan bunda tidurlah dulu. Zahir drive. Nanti balik kak Ha nak drive pula" Zahiruddin mengambil tempat pemandu, memasang tali pinggang keledar. Tugas saya memang menghantar adik-adik balik Uni mereka setiap kali mereka balik rumah. Kalau tak ke Gambang, kena ke N. Sembilan dan Shah Alam. Salah satu.

Saya tersedar bila dentuman yang kuat. Saya pandang ke kanan. Ok, kita eksiden di lorong laju. Dari bumper depan sampai ke bumper belakang kemek teruk sebab mengheret penghadang jalan LPT dalam keadaan laju. 
"Bawa ke tepi jalan kiri" Saya bersuara, rasa macam bercakap biasa saja. Rasa macam tiada perasaan. Tiada rasa marah. Tiada sedih sebab kereta sendiri kemek teruk. Zahir keluar dan saya drive. Drive macam tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Zahir diam sepanjang jalan sehingga tiba di pintu rumah sewanya di UMP.

Sept 2014/ Tol Damansara, KL

Semasa saya brek sejurus keluar dari lorong smart tag, sebuah mercedes laju melanggar dari belakang. Macam tersorong turun bukit di saat waktu puncak 6.30 petang. Berdentum kuat bunyi. Kami tidak berhenti walau saya lihat merc tadi mula bawa perlahan. Sepanjang jalan saya berfikir;
Tentu saya sudah buat salah kepada sesiapa..

Kata arwah abah yang selalu saya semat dalam hati;
"Itu semua harta dunia sahaja"

Guys,
Saya minta maaf di sepanjang penceritaan saya disini. Baik di instagram (naniezzalea) mahupun di twitter (@danizzalea). Doakan perjalanan saya dipermudahkan oleh Nya. 

Selamat datang Disember 2014.

Tuesday, November 25, 2014

Tanpa Paksaan, Tiada Keinsafan (Part 4).

Sejak pergi ke surau-surau singgahan yang tiada telekung, semakin jarang telekung digunakan dengan syarat baju tidak jarang, tidak melekap di badan serta tudung depan dan belakang dipinkan. Kadang gunakan kain atau standby stokin dalam beg. Senangkan?
Takdelah perlu rebut-rebut kain telekung yang mana dagu bersih, yang mana tak berbau atau yang mana tak terus ke leher sebab bahagian muka yang besar.
Satu hari, kak Najiha menegur tudung yang tidak menutup dagu ketika solat. 


"Ok, tak tudung ni?" Seperti hijabista, tudung saiz XL berdagu tersebut saya gayakan depan adik-adik. Haruslah kita tunjukkan barang kita baru beli sebab perangai adik-beradik semulajadi suka share barang yang baru dibeli. Kalau tiba-tiba dialog mereka.
"Eh, cantiklah. Nak", Maka, haruslah beri dan kemudian, pergi semula kedai tu dan beli lain untuk diri sendiri. Macamtu.. Barulah terasa adikberadik yang sporting gitu. Kekeke..
Tapi dialog mereka bukan macam di atas. Tapi seperti di bawah ini!
"Macam orang Indonesia"
T_T
Bagusnya korang support kakak macamni, kan..?
Sampai hati. Sobs!


Monday, September 29, 2014

Menjaga Hati.

Semua orang pun buat salah
Maaf dan lupakan saja, ya?
Dalam seribu kebaikan dia, janganlah kau ungkit hanya kerana satu salahnya.

Bangunan Warisan, Kuala Lumpur
Sementara menanti kenderaan kak Ila, kami berbual pendek. Lebih kepada pengurusan masa. Mengejar jam 12 tengahari dari Petaling Jaya ke Putrajaya dan kemudian pulang semula ke Petaling Jaya hanya untuk kelas 1 jam itu, boleh memakan masa 3 jam termasuk pergi balik. 

Mungkin, saya perlu fikirkan alternatif supaya tidak mencuri waktu kerja hanya untuk kelas personal tersebut.
"Kelas biasa dia tak ajar makhraj, sebutan yang betul. Lagipun, Ha tak suka perangai orang gelak-gelak ni. Kesian pada orang yang ingin belajar" Terus terlintas pada ingatan saya menegur ustaz, lalu kena ceramah. Rasanya macam soalan berdasarkan apa yang tertulis pada buku iqra.. Lalu merajuk 2 bulan ponteng kelas. Bhahaha..
"Mungkin Ha boleh tumpukan pada kelas ini saja" Pendek jawapan bunda tanpa mengetahui ada lebih dari itu.

Lebih dari itu, saya kecewa sebetulnya. 
(Dalam entry ini, ada 3 cerita yang berbeza..)

Wednesday, September 10, 2014

Pelajaran 1 : Wuduk.

Air dalam baldi yang semacam tong sampah warna hitam itu saya tenung lama. Tak termampu rasanya nak berkumur bila mengenangkan, bukankah itu tong sampah? kenapa tadah air? Paip air surau di medan selera itu saya usaha pulas sekali walaupun maklum kelumpuhan air bercatu di Shah Alam.
"Kak Ha nak pergi beli mineral, lah" Saya sarung kasut kembali sebelum Saffiyah menanggal kan tudungnya.
"Air mineral buat apa?"
"Kumurlah" Sambil mata saya arahkan pada tong hitam yang macam seram tu. hehe..
Saffiyah senyum.
"Kumur tu sunat. Buat yang wajib saja kalau darurat" Terang Saffiyah sebelum saya mula mengingati yang selama ni tengok makcik-makcik masjid, selamba je minum air dan kemudian terus solat tanpa kumur. 
ok. Fine.


Pergi baca rukun wuduk.

Monday, July 14, 2014

Panjat Kaki Langit.

Saat saya menaip entry ni, group kami dah khatam. Tak tahu nak gembira ke, apa ke sebab Allah SWT terbalikkan 360 darjah dapat group yang super erl-klia-klsentral. Banyaklah juga suka duka bersama group yang serba-sempurna-tajwidnya ni. (oh, pembahagian group adalah dengan mencabut undi). Malas nak cerita. Bulan puasa, kan?
Anggap sahaja Allah SWT mendengar keluh-kesah-kak-esah setiapkali undian tadarus dibuat. Tutup cerita.

Bersempena itu, kami buat port luck berbuka di rumah nenek di Dato Keramat. Selesai solat maghrib berjemaah, saya lepak di bilik nenek. Macam biasa, layan Farmville 2 yang dah level 25 ni. Nenek duduk sebelah saya, mula bercerita.
"Arwah atuk suruh tokwe pakai juga ni sekurang-kurangnya setahun sekali. Dah lama tak pakai" Mukadimah nenek bermula. Saya pandang nenek. Sekilas cuma dan kembali pada game di handphone. Ok, i tau, i tak senonoh.

Zaman kegemilangan nenek adalah berkebaya dan disebabkan itu, arwah atuk belikan keronsang kebaya yang berantai dalam bentuk emas. Emas tulin. Tulin, bang. T_T
Kenapa simbol menangis?
Sebab saya sudah meninggalkan zaman lagho tersebut dengan mengedarkan kebaya-kebaya jawa dan nyonyaku tanpa menoleh ke belakang lagi. Dan, dalam keluarga kami belah bunda, memang i dengan nenek sahaja yang berkebaya.

Kotak berbaldu merah, nenek keluarkan dari simpanannya. Keronsang emas tersebut dikeluarkan dari kotak tadi. T_T

Tuesday, May 6, 2014

Jalan Ke Syurga.


"Ni Ustazah ke Jurutera?"

Dis 1994/15minit perjalanan ke KLCC.
"Kak Jiha rasa, Ha mesti tak dapat. Tengoklah, basuh kereta abah, pakai tudung, seluar berlipat sampai lutut. Macamanalah nak sekolah agama macamtu?" Bebel kakak pertama saya pada kakak yang kedua. Oh, by the way, saya ada 2 kakak. 2-2nya sekolah Maahad. Tetiba adik perempuannya ni muncul, habis patah riuk rangka anak patung kakak pertama dan selalu bersepahan barang kesayangan kakak kedua.

Posmen muncul tiba-tiba. Saya memang paling tak ambil hati dengan kata-kata kakak sebab, dah merosakkan barang mereka dari kecil, kira, hadamkan sajalah sebab dulu buat salah.. kekeke..
"Abah, surat jawapan exam haritu!" Jerit saya menunjukkan surat yang paling saya tunggu bila intake baru ke tingkatan 1 sekolah Maahad telah dibuka.
"Tawaran ke tingkatan 1 di Maahad Machang, Kelantan"
Saya sempat baca yang itu sahaja dari tangan abah sebelum semuanya senyap beberapa minggu sehinggalah kemasukan ke sekolah harian biasa, Jan 1995.

"Sekolah tu hulu, kot" Suara kak Jiha masih terngiang di awal tahun 1995 bersama kegembiraan saya sebab takperlu masuk sekolah agama.. bhehehe..

Tahun 1996, Kak Jiha yang menyambung pengajian di UiTM Machang ditempat yang saya pernah digelakkan sebelumni.. hihi..

Wednesday, February 19, 2014

Tanpa Paksaan, Tiada Keinsafan (Vol 3).

Pernah baca entry saya tentang; 
"Tanpa Paksaan, Tiada Keinsafan" 
di blog lama..?

Hari kedua, hand sock.
"Tengok Ha pakai, mcm longgar je. Dah kurus ya?" Tanyanya sambil menarik lengan saya.
"Eh, taklah. Ini bahagian tapak tangan sebab tu dia lebar sikit"
"Saffiyah beli, ya..?" Tekanya yang memang betul pun.

9 Januari 2014
Parcel yang baru sampai semalam, adik buka di bilik bunda. Kami memang begini. Jika beli barang baru, suka nak share bagi semua adik-beradik tengok, lepastu kita sama-sama feel "bestnya". Ha.. mcmtu.
5 helai hand socks yang sangat cantik berlubang dihujungnya khas untuk ibu jari. Sedang Saffiyah mengirai kepelbagaian warna hand sock tersebut;
"Yang ni, kak Ha punya!" Letaknya hadapan saya.
Eh, apa pula..?
T_T (gambar bukan tgn saya)
Doakan saya istiqamah.