Operasi mengecat rumah pun berakhir. Satu perkara yang pasti, warna yang ada di rumah ini adalah warna yang ada juga di rumah bunda. Dapur yang biru.
Ahad/27 Julai 2014
Langkah seterusnya adalah mencuci satu rumah. Kerja-kerja memberus, mop dan tarik air bermula jam 6.45 pagi selesai subuh berjemaah dan berakhir jam 8.30 pagi. Paling tak tahan bila terpaksa sental marmar/tiles dinding dapur zaman-dulu-warna-putih-yang-kehitaman-di-dapur (maklumlah, rumah lama). Saya sembur mr muscle sebelum membiarkan beberapa saat dan kerja menyental pun bermula. Tapi, dengan cat-cat sekali tertanggal. T_T (Sila fikirkan alternatif/pencuci lain untuk kerja sental tiles/marmar jenis ini).
Bilik air paling menangis sebab dinding marmar/tiles nya yang berkulat/kuning/berkarat yang rasa kalau-aku-kaya-terus-tukar-keseluruhan-bilikair-dan-dinding. -_- (Tolong beri cadangan, pencuci mana yang berkesan. Nak tunjuk gambar pun i tak sanggup gila..) T_T
Jemaah takbir raya memenuhi ruangtamu rumah dan bersila pada jam 11.30 malam. Saya sedikit lega bila berangan last minute nak pasang lampu oren di ruangtamu akhirnya berjaya ditunaikan. 2 Mangkuk bihun yang saya goreng selesai jemaah maghrib tadi sambil mengimport pinggan mangkuk bunda saya susun cantik-cantik di ruang tengah."Ha, cuba pandang atas" Kak Nasiha, kakak kedua saya menunjukkan jari ke arah atas. Saya mendongak.
Astaghfirullahhalazim. Kipas lupa nak basuh!


