Followers

Friday, June 27, 2014

Tidurlah, Sayang.

Rezeki kan untuk dikongsi? Sebab itu, bila tawaran dipanggil beri ceramah, saya lebih suka menyebut nama rakan lain berbanding terus bersetuju. Begitu juga bila dipaksa menjadi panel, sehinggakan terpaksa buat surat rasmi mencadangkan beberapa nama. Tapi..

Namanya tertera di skrin telefon saya. Yang memang saya boleh jangka isi tutur selepas itu.
"Nak jemput kau jadi panel ni" terangnya lambat. Yang geramnya, berapakali saya tolak, berapakali juga offer yang datang.
Adooi.
"Razif dah tanya?"
"Razif adahal"
"Ghazi?"
"Ghazi pun dah"
"Naim?"
"Naim belum"
"Hah, pergi tanya Naim dulu"arah saya pura-pura garang.
"Tapi, kebaikannya bila kau jadi panel ni ialah; boleh balik awal"
"Takpayah cakap banyak. Aku ambil waktu balik pukul 4ptg"
"Selain itu, kau dapat pahala sebab tolong aku" pujuknya lagi.
Grrr..
"Yelah. Yelah. Hari apa..?"
"Khamis"
"Ok"
"Jumaat pun../
Amboi.

Ok, boleh abaikan tajuk di atas yer.

Wednesday, June 25, 2014

Selalu Ada.

Kita tak pernah kenal. 
Tapi saya tahu, kebaikan itu ada di mana-mana.


9 Jun 2013/Puncak Kinabalu
Pemandangan di hadapan hanya kelihatan cahaya-cahaya yang lahir dari lampu-lampu kecil yang terpasang di kepala masing-masing. Jam menunjukkan pukul 4 pagi ketika itu. Entah kemanalah perginya team saya sehingga, satu pun yang berselisih di sepanjang jalan, tidak saya kenali.

Tiba sahaja pada check point km 8.0 (3929m), lagi 0.7km mencapai puncak Gunung Kinabalu, berbekal oksigen yang sangat-sangat berkurangan, saya hampir lemah berseorangan tambah suhu yang mencecah negetif. Pada saat ingin sahaja give up, tangan saya segera disambut oleh seseorang. Manakala rakannya seorang lagi, menampalkan chemical warmer pada perut saya sebab, nak bercakap pun sudah terlalu tidak mampu. Dan kami mendaki memegang-tangan-secara-bertiga-tanpa-kenal-siapa-pun-kita. (oh, adakah saya beritahu bahawa kedua-dua strangers ini adalah 2 gadis cina?) terima kasih pada awak berdua.


Salam Ramadhan 1435H

Friday, June 20, 2014

Musim Yang Bermula.

2010, Tuan Rumah : Afrika Selatan
Saya memang buta bola. Tapi, tidaklah sampai tidak tahu yang Malaysia memang tiada dalam ranking Piala Dunia. 

Belakang mereka, saya berdiri. Melihat tuan punya carta mencatat sesuatu di kertas perlawanan.
"Ha sokong mana?" Tanyanya bila sedar saya melihat carta besar tersebut.
"Tak minat"
"Ok, aku bagi kau sokong Malaysia.." Penuh konfiden dia memandang saya.
Boleh?

Monday, June 16, 2014

Selamat Datang, Angka 32.

"So, apa wish list tahun ini, kak Ha?" Tanyanya duduk betul-betul sisi saya secara berbisik. Pinggan saya masih berisi laukpauk segera saya perlahankan kadar menelannya. Tiada fokus.
Wish list? Macam baru nak plan untuk things to do setahun pula.
"Nak renovate toilet.." jawab saya. Memang aim macamtu pun. Nak dinding tiles dari lantai hingga syiling toilet. Toilet duduk pun nak tukar jadi yang selesa duduk.

"Lepastu..?" Tanyanya lagi.
Eh, hello. Adakah kak Ha tanya awak tu dah berisi ke belum sebab nikah bulan 11 yang lepas? Takde, kan..?
"Lepastu, nak kumpul duit buat kitchen cabinet" Jawab saya. Penuh makna. 
Biarpun saya memahami jawapan yang dia kehendaki, saya jawab, apa yang betul-betul saya aimkan. Bukan angan-angan macam bila baca novel cinta remaja.

Wake up. Ini bukan zaman, semua lelaki anak dato'. Bukan zaman semua lelaki kerja Pilot. Bukan. Bukan macam novel yang membuai hati awak, wahai gadis-gadis. Ini realiti. Yang kau harus telan, lepas kahwin, perlu cari rumah untuk berteduh, beli barang elektrik dapur untuk masak (takkan makan luar berpanjangan. Kopak kot..), mesin basuh (awak bukan selamanya mempunyai masa yang banyak untuk memberus pakaian) dan beberapa perkara yang saya rasa perlu awak senaraikan sebelum bertanya pada orang;
"Bila nak kahwin.."
(Betullah, setiap perkahwinan ada rezeki datang bersamanya. 
Itu saya tak menolak. Tapi, back up plan juga perlu, kan..? Dapat?)

Monday, June 2, 2014

Berdiri di Kaki Langit.

*Sambil diiringi Lagu Hall of Fame*

"Orang bujang tak mengapa. Takde life.." Sembangnya perlahan. Dihadapan dua staff saya. Betul, lah. Tiada life kalau pagi pergi kerja, malam balik tidur.

Jangan lupa, awak pun ada anak perempuan, kan..?
Dunia ni berpusing sebenarnya.