Followers

Monday, July 14, 2014

Panjat Kaki Langit.

Saat saya menaip entry ni, group kami dah khatam. Tak tahu nak gembira ke, apa ke sebab Allah SWT terbalikkan 360 darjah dapat group yang super erl-klia-klsentral. Banyaklah juga suka duka bersama group yang serba-sempurna-tajwidnya ni. (oh, pembahagian group adalah dengan mencabut undi). Malas nak cerita. Bulan puasa, kan?
Anggap sahaja Allah SWT mendengar keluh-kesah-kak-esah setiapkali undian tadarus dibuat. Tutup cerita.

Bersempena itu, kami buat port luck berbuka di rumah nenek di Dato Keramat. Selesai solat maghrib berjemaah, saya lepak di bilik nenek. Macam biasa, layan Farmville 2 yang dah level 25 ni. Nenek duduk sebelah saya, mula bercerita.
"Arwah atuk suruh tokwe pakai juga ni sekurang-kurangnya setahun sekali. Dah lama tak pakai" Mukadimah nenek bermula. Saya pandang nenek. Sekilas cuma dan kembali pada game di handphone. Ok, i tau, i tak senonoh.

Zaman kegemilangan nenek adalah berkebaya dan disebabkan itu, arwah atuk belikan keronsang kebaya yang berantai dalam bentuk emas. Emas tulin. Tulin, bang. T_T
Kenapa simbol menangis?
Sebab saya sudah meninggalkan zaman lagho tersebut dengan mengedarkan kebaya-kebaya jawa dan nyonyaku tanpa menoleh ke belakang lagi. Dan, dalam keluarga kami belah bunda, memang i dengan nenek sahaja yang berkebaya.

Kotak berbaldu merah, nenek keluarkan dari simpanannya. Keronsang emas tersebut dikeluarkan dari kotak tadi. T_T

4 comments:

  1. serupa...zaman berkebaya telah berlalu...uhuks..rindu?tak lagi.. :)

    ReplyDelete
  2. awal betul khatam, tahniah.

    boleh repeat ni, boleh buat rekod sebulan 2 kali khatam.

    ReplyDelete
  3. waahhhh..express btl group ni, syabas!!

    xpe, blh gntikan kebaya tu dgn baju kurung.. kerongsang tu pakai kt tudung ke, selendang ke..hehehe

    ReplyDelete