29 Ramadhan 1435H/27 Julai 2014/ Ahad.
"Cik Ha, apa cita-cita cik Ha?" Balqis memanjat kerusi dimeja makan ketika saya sedang mengeluarkan gelas untuk majlis takbir raya pada malam harinya.
"Cita-cita?" Saya berfikir sejenak. Nak cita-cita apa lagi dah tua pun makcik nih..
"Yelah. Takkan takde cita-cita. Balqis pun ada cita-cita" Jawabnya lancar, sesuailah usianya yang baru mencecah 8 tahun.
"Mm.. cita-cita masa kecik-kecik dulu ke masa sekarang?" Soal saya, padahal, masa sekarang nak cita-cita pebendanya.
"Yelah, cik Ha tau buat kek, buat kuih, masak, bla..bla..bla../
Berkerut dahi saya mendengarkan senarai yang entah bila dia rakam dalam ingatan.
"Cik Ha taknak bercita-cita jadi Masterchef?" ok, ini pengaruh tv, ke?
Kriik..kriik.. (ok, itu bunyi unggas yang tetiba muncul)
err..saya nak cita-cita macam arwah, boleh..?
dah tua tua ni maybe tak dipanggil cita cita, maybe di panggil target.. target untuk beli itu, beli ini, ada itu, ada ini.
ReplyDeleteke cita cita dgn target tu benda yang sama??