Sabtu/ 26 Julai 2014
Operasi mengecat rumah pun berakhir. Satu perkara yang pasti, warna yang ada di rumah ini adalah warna yang ada juga di rumah bunda. Dapur yang biru.
Ahad/27 Julai 2014
Langkah seterusnya adalah mencuci satu rumah. Kerja-kerja memberus, mop dan tarik air bermula jam 6.45 pagi selesai subuh berjemaah dan berakhir jam 8.30 pagi. Paling tak tahan bila terpaksa sental marmar/tiles dinding dapur zaman-dulu-warna-putih-yang-kehitaman-di-dapur (maklumlah, rumah lama). Saya sembur mr muscle sebelum membiarkan beberapa saat dan kerja menyental pun bermula. Tapi, dengan cat-cat sekali tertanggal. T_T (Sila fikirkan alternatif/pencuci lain untuk kerja sental tiles/marmar jenis ini).
Bilik air paling menangis sebab dinding marmar/tiles nya yang berkulat/kuning/berkarat yang rasa kalau-aku-kaya-terus-tukar-keseluruhan-bilikair-dan-dinding. -_- (Tolong beri cadangan, pencuci mana yang berkesan. Nak tunjuk gambar pun i tak sanggup gila..) T_T
Jemaah takbir raya memenuhi ruangtamu rumah dan bersila pada jam 11.30 malam. Saya sedikit lega bila berangan last minute nak pasang lampu oren di ruangtamu akhirnya berjaya ditunaikan. 2 Mangkuk bihun yang saya goreng selesai jemaah maghrib tadi sambil mengimport pinggan mangkuk bunda saya susun cantik-cantik di ruang tengah.
"Ha, cuba pandang atas" Kak Nasiha, kakak kedua saya menunjukkan jari ke arah atas. Saya mendongak.
Astaghfirullahhalazim. Kipas lupa nak basuh!
busy betul mengemas rumah di akhir2 ramadhan tu. Saya kalau bulan puasa ni, nak start buat keje kena start lepas asar, so bila dah selesai kerja, waktu berbuka pun dah hampir.
ReplyDeleteklu start keje pagi, penat dia lain macam bila nak menunggu waktu berbuka yang lama lagi tu. hihi
kak.. bertabah la..
ReplyDeletekite raya ni pn, 3hari kemas rumah yg baru ditinggalkn setahun tak siap2..
hilang lemak.. zzz..
heheheeh.....pejam mata je la tgk kipas!
ReplyDeleteakak..sy punyela xsempat plus malas, upah org je kemas umah.. akak, yg part pencuci bilik air tu, sy pakai apa tah nama dia lupa, tp gmbr itik klu xsilap.. mmg berkesan..xpun akak siram je dgn air panas yg dh cmpur garam.. menjadi gak..
ReplyDelete