Followers

Wednesday, October 8, 2014

Friend Zone.

Dunia ni berpusing. 
Apa yang kita buat pada orang lain, akan kembali pada kita. Betul kah?
Entry ini pernah saya publishkan sekitar 2012 di blog yang lama. 
Bagi kawan-kawan yang pernah baca, 
harap tak komplen cerita yang sama. hiks. . 

Oktober 2014/ Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan.
"Ni member Lya, kak Ha. Sama-sama study 8 tahun yang lalu.." Akhiri ceritanya sambil memperbetulkan kain layah yang menutup separuh dari gaun yang dipakai.
Kawan study, ya? Saya pun ada kawan study yang rapat. Satu ketika dulu. Dulu.

2005.
"Takpe. Aku buat" Tawarnya tanpa dipinta. Saya bersama 2 rakan perempuan lain sangat bersyukur. Selamat satu assignment. Tugasan berupa kertas cadangan(proposal) untuk minta bajet bagi memulakan perniagaan bagi subjek Management, terselamat.
"Kau ok, kah buat seorang?" tanya saya sedari betapa banyak hal terpaksa ditempuhi untuk menyiapkan proposal tersebut seorang diri.
"Ok. Aku guna yang company aku punya proposal hantar kat bank dulu" Tawarnya. 
"Kami share 3 org buka company repair komputer dan supply barang komputer lepas diploma dulu.."

Saya tak pernah terfikir kenapa dia mesti menyertai kumpulan kami sekiranya ada assignment berkumpulan. Dan saya tak pernah kisah pun jika hanya dia seorang lelaki dalam kumpulan kami. 2-3 kerja berkumpulan banyak dibantunya tanpa diminta.

"Zainal bagi" serah roomate saya dengan gembira. Lab report untuk subjek microprocessor dia buka dahulu.
"Weh, aku copy dulu" Rakan sekuliyah saya lekas menariknya dari tangan roomate saya.
"Eh, pulangkan balik kat dia" Tegas saya. Terlalu kerap Zainal berbudi tanpa dipinta.

Dan edisi rakan-rakan saya menyalin assignment dia sehingga ke asrama lelaki bermula tanpa pengetahuan saya. Bila merebaknya cerita Zainal selalu beri assignment pada saya(walhal saya rasa macam baru 3 dan itupun selalunya saya kembalikan padanya tanpa meniru. Eh, entahlah. Tak ingat. Tapi rasa macam assignment Power Electric memang blur nak buat) sehingga ke satu fakulti, timbullah cakap-cakap anasir luar sehinggalah setiapkali nak ke kelas naik lift yang sama pun saya elakkan dari menaiki lift yang sama dengan Zainal. Secara perlahan saya jauhkan diri darinya samada berkumpulan ataupun bertembung di mana-mana sehinggalah masing-masing membawa haluan masing-masing.

Zainal, terima kasih.
Haha.. jangan komenlah ya?

6 comments:

  1. Syok ar, ada lelaki. Kelas aku dulu semua jantan. Agak2 batch kau yang dulu takde buat reunion ke?

    Zainal.... Oh, Zainal... Mana dia sekarang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam aku pernah cerita. aku zaman belajar dulu, adalah yg super selekeh. jadi, agaknya org tgk aku pun mcm lelaki.. hahaha..

      entahlah mana perginya. aku rasa dia ada dlm FB aku. tapi aku setakat wish birthday dia jelah. tak sembang mcm dulu2 dah.. hahaha..

      Delete