Followers

Sunday, February 2, 2014

Perbezaan Kita.

Kami menjalankan operasi memusnahkan dokumen lama. Semua dokumen zaman belajar dari 1998-2006. Terlalu lama simpan pun, hanya makan space. Tambahan pula, bilik yang menjadi perpustakaan kami dulu, kakak plan untuk jadikan bilik tidur menjadikan bilik tidur di rumah adalah 5buah. Sedang adik men shred kan assignment lama, nota-nota lama;

"Kak Ha, sini kejap" Laluan saya asalnya nak ke dapur, berpatah semula ke ruang tamu. Ruang tamu yang dipenuhi dengan kertas-kertas shred. Dah macam rumah kedai jual paper lama gayanya.
"Abang sebelah cakap sewa rumah dia naik. Jadi RM 900.." adik berhenti dan kemudiannya menyambung,
"...rumah bawah yang baru cat tu kak Ha tau dia sewakan berapa?" Tanya adik saya yang baru habis belajar. Ok, kursus kami sama, kejuruteraan elektrik.
"Berapa..?" Tanya saya.
"RM 1, 300.00 . Itupun sebab dalam rumah tu dah sedia ada perabot. Rumah depan rumah kita ni pun baru RM 900.00"
RM 900.00 okey? Apahal murah sangat untuk rumah teres atas tanah ni..?

Maksudnya apa di situ? Nak suruh kakak sewakan murah..?
Saya letak RM 1,500.00 untuk penyewaan rumah yang baru saya beli. Dalam range sewa area yang boleh pergi serendah RM 600. Sebab?
Sebab, bayar bank ialah RM 1,500. RM 1,500 ok?
Dan no wonder harga boleh turun serendah RM 600 sebab tuan rumah dah settle hutang dengan bank. 
I? I kan baru nak mula.. T_T

13 comments:

  1. letak la half-furnished.... mesin basuh, peti sejuk... sejuk skit hati bakal penyewa nak sewa rumah rm1500 sebulan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak barang eh..? mm.. mmg cost mcmtu, kalau akaun saya sorg.. hehe..

      Delete
    2. mesin basuh + peti sejuk lebih kurang RM1K je, beli yg murah2 sudah.... anyway, hanya cadangan :-)

      Delete
    3. mm..sy mmg jarang beli yg murah. biasa beli yg kualiti terus.. ok, terima kasih atas cdgn itu, Wan.. sy akan cuba masukkan dlm senarai perancangan bila siap pindahmilik nanti..

      Delete
  2. Tahun 2001 (kalau tak silap) aku menyewa kat keramat au3, apartment 2 bilik fully furnished. Sewa RM500.

    Kalau ikut matematik "dah abis bayar", mungkin sekarang ni dah jadi RM300 kot. Fuuhhh!!! Mungkin rumah kau nanti boleh sewakan permulaan rm900, baki tu owner tanggung. Itu perkara biasa. Tahun kedua barulah naik, tapi kena buat agreement la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg letak rm600 sbb harga rumah dulu lagi murah. jadi, takdelah dia byr byk sgt pd bank. contoh, 20tahun dulu rumah tu berharga RM 150K. Bulanan, dalam RM 500 mcmtu. itu yg boleh letak sampai RM 600.

      owner byr baki eh.. aku cuma plan nak letak RM 1,500. Sambil-sambil boleh kumpul duit buat kitchen kabinet atau plaster siling. Tapi.
      Tapi kalau aku pun kena 30-70 dgn penyewa, lambat juga aku nak kumpul duit buat apa yg aku plan tu.
      Mm..tapi, tgk atas permintaan, andaikata ada org nak sewa dan setuju harga tu, aku proceed. Kalau tak, aku jelah duduk.. hehe..

      Delete
    2. oh, aku ingat kau beli rumah baru siap. lain pulak risiko dengan rumah 2nd hand ni.

      contohnya tahap (dan tempoh) maturity ni pun kira main peranan nak letak berapa sewa. lepas tu, bayaran bulanan barulah dikira faktor kedua atau ketiga. ada yang boleh buat untung, ada yang paras-paras je nak bayar bank.

      :-)

      Delete
    3. tak faham.
      tahap matuarity..? mcmana tu..?

      Delete
    4. apa yang aku perasan, setiap hartanah ni ada had matang dia. ish, nak explain kang panjang berjela pulak. takut makin tak faham. heheheee...

      Delete
    5. maksudnya kena explain masa kau turun PJ nanti tu.
      Tapi risiko tu risiko yg mcmn?

      Delete
  3. sewa saya tak naik-naik lagi.
    no wonder lah, saya sewa bilik je.
    heeee.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk sewa area mana Gee?
      nak sewa bilik rumah saya tu..?
      ingat kalau takde penyewa rumah, nak cari penyewa bilik utk single2 ladies dan nak buat half furnished.. hihi..

      Delete
  4. wow...

    separuh harga turun...

    kalo nak sewa kena carik yg mcm tu jugak ler...

    hehe

    ReplyDelete