Followers

Tuesday, February 18, 2014

Yang Tersayang.

Antara 9 orang anak buah, saya rasa, 
anak buah yang perempuanlah yang lebih maknenek dan dewasa sebelum waktunya. 
Tak percaya..?

2013
Berdentum-dentum pintu bilik saya diketuk dari luar. Buka saja pintu bilik, tercegat dia bercekak pinggang dan siap berstokin.
"Tak solat lagi? Cepatlah, orang nak pergi jogging nih..!!"
T_T
Itu baru 3 tahun. Padahal baru saja betul-betul azan asar habis dan makcik Ha sorang ni asyik menonton dramaload.com.

2014
"Bear dia ada dalam beg tak?" Mesej kakak bila saja saya meninggalkan kawasan Rembau. Lekas-lekas saya suruh adik cek beg princessnya. Ada baju Little Caliphs, tudung, seluar. 
Eh, mana bear dia..?
Alamak.. mengamuk dia bila nak tidur, tanpa bear kesayangannya itu.
Adik lekas-lekas cuba cover sebelum dia mengantuk. Sebab bila dia mengantuklah, baru beria dia cari bear kesayangan sendiri itu.
"Yuni dah sekolah, lah cik Ha. Mana main dengan bear-bear nih. Kan, Yuni..?" 
"Haah, dah besar mana boleh main bear dah" Jawabnya konfiden.
Saya menarik nafas kelegaan. Memang hajat nak singgah Little Caliphs dah on the way balik Seremban, tapi abg ipar sempat singgah ambil, sebelum tadika tu tutup. Lalu sahaja depan Little Caliphs betul-betul depan Maktab Perguruan tu, saya rasa ada org menarik lengan saya dari belakang.
"Cik Ha, pergilah school Yuni. Yuni nak ambil bear.." Banjir terus MyVi saya..
Bhahaha..

10 comments:

  1. Replies
    1. bear dah takde tulang sbb mak dia selalu basuh..

      Delete
  2. hahaha...ingatkan lupa trus pasal bear dia.. rupenya msh ingat.. maybe ms tu dia nk pujuk hati sendiri, dats y ckp mcm tu.. gud girl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. tak boleh blah lansung ayat dia.. confident ok. rupanya sedih juga meninggalkan bear dia.. hehe

      Delete
  3. Yuni dengan bear nya. Budak Gundut dengan kain napkin dia. Tapi alhamdulillah napkin tu dia nak yang wangi aje. Yang busuk dia campak dalam bakul baju kotor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 9 orang tu niece sorang saja ke?

      Delete
    2. anak buah perempuan ada lagi. kesimpulannya, semua yg perempuan pesen mcmtu.. mak nenek betul... kekeke.. nanti dorg dah besar, nak kena cerita semula kat dorg..

      Delete
  4. lepas ni layan karenah anak sendiri pulak ye :-)

    ReplyDelete
  5. hahahahahaha.

    cute, ingatkan die dah lupa...

    ReplyDelete