Followers

Friday, November 28, 2014

Hati Milik ...

Kau akan sampai pada satu tahap ini, pada satu hari nanti.

Julai 2011/ LPT menuju UMP Gambang, Pahang

"Kak Ha dengan bunda tidurlah dulu. Zahir drive. Nanti balik kak Ha nak drive pula" Zahiruddin mengambil tempat pemandu, memasang tali pinggang keledar. Tugas saya memang menghantar adik-adik balik Uni mereka setiap kali mereka balik rumah. Kalau tak ke Gambang, kena ke N. Sembilan dan Shah Alam. Salah satu.

Saya tersedar bila dentuman yang kuat. Saya pandang ke kanan. Ok, kita eksiden di lorong laju. Dari bumper depan sampai ke bumper belakang kemek teruk sebab mengheret penghadang jalan LPT dalam keadaan laju. 
"Bawa ke tepi jalan kiri" Saya bersuara, rasa macam bercakap biasa saja. Rasa macam tiada perasaan. Tiada rasa marah. Tiada sedih sebab kereta sendiri kemek teruk. Zahir keluar dan saya drive. Drive macam tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Zahir diam sepanjang jalan sehingga tiba di pintu rumah sewanya di UMP.

Sept 2014/ Tol Damansara, KL

Semasa saya brek sejurus keluar dari lorong smart tag, sebuah mercedes laju melanggar dari belakang. Macam tersorong turun bukit di saat waktu puncak 6.30 petang. Berdentum kuat bunyi. Kami tidak berhenti walau saya lihat merc tadi mula bawa perlahan. Sepanjang jalan saya berfikir;
Tentu saya sudah buat salah kepada sesiapa..

Kata arwah abah yang selalu saya semat dalam hati;
"Itu semua harta dunia sahaja"

Guys,
Saya minta maaf di sepanjang penceritaan saya disini. Baik di instagram (naniezzalea) mahupun di twitter (@danizzalea). Doakan perjalanan saya dipermudahkan oleh Nya. 

Selamat datang Disember 2014.

6 comments:

  1. ye, btl kak, tu semua harta dunia..

    bgsnya akak blh rileks je kan..sy mcm tu bkn mrh, tp gelabah..sbb fkrkan diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time eksiden 2009 masa zaman mula-mula beli kete dulu, memang menangis sungguh-sungguh. siap marah-marah lagi. masatu arwah abah akak ada lagi. dia cool je bila akak citer. last sekali dia cakap mcmtu..

      Delete
  2. Benda dah jadi...nak bising2 pun x guna..tp kalau boleh elakkanlah.

    ReplyDelete
  3. kan...selama ni pun jarang nak amukkan kalo kereta kene langgar..huahuahua..kecuali part dia membahayakan anak2 ye ai akan mengamuk teruk..

    ReplyDelete
  4. hope Kak Nanie bersabar ye.

    ada hikmah disebalik kesukaran ni...

    ReplyDelete
  5. Kalau boleh bersabar memang elok bersbar. Tapi berapa kerat je yang boleh bersabar macam tu.

    ReplyDelete