Followers

Tuesday, December 30, 2014

Terbang Tinggi-Tinggi (Part 2).

"Jadi, u yang banyak tanya berkenaan 'uzur' tu?" Matanya memandang tepat ke arah saya. Memberitahu bahawa saya harus maklum tentang adanya kejayaan dalam bidang perubatan untuk hal sebegitu.
"U tahukan ada pil untuk tahan uzur tu?"
"Saya taknak kesan sampingan"
"No. Tiada kesan sampingan. It's just lambatkan tempoh period sahaja../ "Penerangan selanjutnya dengan medical terms saya biarkan lalu di telinga kanan dan keluar di telinga kiri.
Ya. Saya percaya pada rezeki.
Jika tertulis rezeki saya, adalah. Jika tiada, tentu Dia mahu saya datang semula. Mungkin dengan Imam saya yang sah di kemudian hari nanti. InsyaAllah.
"Saya percaya pada rezeki.." Pendek saya akhiri jawapannya.

26 Disember 2014/ Masjidil Haram, Makkah.
"So, u engineer? Bidang apa?" Soalnya selepas saja saya tahu bahawa dia salah seorang Pakar di KPJ Jalan Pahang. Patutlah penerangannya sangat details tempohari.
"Elektrik"
"I see. Anak i yang sulung tengah buat foundation in engineering juga. Tengah fikirkan nak suruh dia teruskan dalam bidang apa. U rasa, electrical engineer senang tak, dapat kerja?" Dia meletakkan Quran yang masih dibaca dari pegangannya di atas rehal saya.
"Lagipun i risau pointer dia. Mesti tengok pointer juga, kan?
Saya diam. Menarik nafas.
"Saya percaya pada rezeki, Doktor.."
"Ya. Rezeki" Tukasnya perlahan.


5 comments:

  1. Kalau terlalu berserah dan percaya pada yang dah tersurat (yang mana kita sendiri pun langsung tak tau apa suratan untuk kita tu) takut nanti kita lupa untuk lebihkan usaha2 kecil. Contohnya macam pil tu.

    Hehehehee. Uncle botak sudah sengih dapat anak buah baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..

      maaflah, aku tak cerita detail. Ada kisah sebab kenapa aku tak ambil sebarang pil.

      sebenarnya, kakak aku ambil pil tu tahun lepas. Tapi, dah memang tertakdir dia tetap period juga. Sebabtu aku serah je pada takdir (tawakal) selepas doa. Andai kata aku period juga, takdelah aku nak salahkan pil tu tak berkesan sebab awal-awal aku dah ingatkan diri sendiri, Allah pilih tetamuNya. InsyaAllah masa akan tiba juga nanti.

      tentang hal kedua pula. bila doktor tu sebut tentang pointer.
      Aku taknak cerita panjang sebab ada kawan aku, pointer bawah 2.10 pun jadi engineer TM. Yang Dean List, jadi cikgu. Yang Dean List, jadi salah seorang manager di Perusahaan Otomobil yang sekarang duk push aku masukkan dia dalam company tempat aku kerja sebab dia kerja macam warga asing..
      Macamana kau rasa?
      Bukankah benda ni adalah rezeki?

      sudah tentulah harus berusaha. Betul.
      Tapi, setelah apa yang aku tengok/alami/tafsirkan, semuanya atas rezeki.

      Delete
    2. Umang aih, panjang... Sori, aku tak tau secara details. Hehehe...

      Delete
  2. kalau dah rezeki, tak ke mana. tahniah sebab sudah sampai ke sana. hopefully, one day turn saya sekeluarga pulak.

    ReplyDelete
  3. klu mmg itu rezeki kite, xkan kemana.. so, apa cerita detailsnya kak?

    ReplyDelete