Followers

Friday, April 10, 2015

Kentut (Part 2).

Ok, mesti korang dah baca tentang entry memilih baju para-para sakura pengantin tu kan? ini adalah lanjutan untuk berfikir secara kritis bagi pemilihan warna tudung pula. Sila hayati dan bertabahlah seorang diri.

Adik bongsu saya, oh. Belum beri nama padanya.
Memperkenalkan Sarah sebagai adik bongsu saya yang hijabister yang shawl labuh sampai lutut pun, dia boleh lilit kasi singkat itu. Dia bukan seorang color block, namun begitu sepatutnya dia harus ikuti fesyen semasa.

Satu hari, Saffiyah bawa Sarah masuk bilik saya. Ingatkan nak share secret ke, pebenda ke, maklumlah, beza kita yang 13 tahun ni mana nak share sangat kisah boifren-tak-matang aka muda remaja dengan kita. Paling koman pun kisah-cinta-bestfriend-forevernya tetap sampai ke telinga saya melalui Saffiyah sebab kadangkala Saffiyah pun kebuntuan nak kasi nasihat. Begitu.
Hoih, panjang berjelanya introduce Sarah kat korang eh.

Pada awalnya, saya memilih untuk guna warna kelabu sebagai shawl/tudung matchkan dengan jubah biru kekelabuan tersebut. Tapi, Saffiyah nak purple pink. Manakala Sarah nakkan warna-warna orang muda. Ok, then.
Kakak pun tak kisahlah kamu nak kaler apa wahai adik-adik. Kakak ikutkan saja.
Lalu.
Dibilik tersebut.
"Mana match tudung purple pink" Rujuk Sarah pada cadangan Saffiyah.
Itu color block, dik. Boleh je nak gunanya. Namun, disebabkan Sarah bukanlah color block punya type, sekeras hati ditentangnya. kekekeke..
"Ok. Habis, korang nak warna apa nih?" Celah saya yang hati 95% pada kisah bersiri Time Slip Dr Jin.
"Apa kata kita pakai warna kelabu?" Bagitau Sarah selepas saya meletakkan Tab ke tepi dan membawa fokus dari Time Slip Dr Jin kepadanya.

Mari tumbuk perut Sarah!

3 comments:

  1. kahkahkah.. tiru idea akak je.. sarah n safiyyah sm je kan perangai.. kikiki..comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahnya pun. padahal awal2 lagi akak dah ajak guna warna kelabu, Beria nak juga warna orang mudalah konon, Akak ingatkan dia nak warna lain. Alih-alih warna kelabulah jua.. hehehe

      Delete
  2. hihihi.

    kite sokong kaler saffiyah.

    tp kalo warna biru pastel mcm tu, kite nak pakai tudung warna2 gold or kuning.

    kite memang pelik bab pilih kaler ni.

    hehe.

    ReplyDelete