Kita tak pernah kenal.
Tapi saya tahu, kebaikan itu ada di mana-mana.
9 Jun 2013/Puncak Kinabalu
Pemandangan di hadapan hanya kelihatan cahaya-cahaya yang lahir dari lampu-lampu kecil yang terpasang di kepala masing-masing. Jam menunjukkan pukul 4 pagi ketika itu. Entah kemanalah perginya team saya sehingga, satu pun yang berselisih di sepanjang jalan, tidak saya kenali.
Tiba sahaja pada check point km 8.0 (3929m), lagi 0.7km mencapai puncak Gunung Kinabalu, berbekal oksigen yang sangat-sangat berkurangan, saya hampir lemah berseorangan tambah suhu yang mencecah negetif. Pada saat ingin sahaja give up, tangan saya segera disambut oleh seseorang. Manakala rakannya seorang lagi, menampalkan chemical warmer pada perut saya sebab, nak bercakap pun sudah terlalu tidak mampu. Dan kami mendaki memegang-tangan-secara-bertiga-tanpa-kenal-siapa-pun-kita. (oh, adakah saya beritahu bahawa kedua-dua strangers ini adalah 2 gadis cina?) terima kasih pada awak berdua.
Salam Ramadhan 1435H
Alhamdulillah... sabar itu ada hikmahnye... :)
ReplyDeleterasa macam pertolongan turun dari langit masatu.. tak percaya, tapi itulah yg berlaku.
Deletemasih ada orang baik dalam dunia ni..kalau kita buat baik dengan orang, In sha Allah balasannya pun baik juga
ReplyDelete