Followers

Monday, June 16, 2014

Selamat Datang, Angka 32.

"So, apa wish list tahun ini, kak Ha?" Tanyanya duduk betul-betul sisi saya secara berbisik. Pinggan saya masih berisi laukpauk segera saya perlahankan kadar menelannya. Tiada fokus.
Wish list? Macam baru nak plan untuk things to do setahun pula.
"Nak renovate toilet.." jawab saya. Memang aim macamtu pun. Nak dinding tiles dari lantai hingga syiling toilet. Toilet duduk pun nak tukar jadi yang selesa duduk.

"Lepastu..?" Tanyanya lagi.
Eh, hello. Adakah kak Ha tanya awak tu dah berisi ke belum sebab nikah bulan 11 yang lepas? Takde, kan..?
"Lepastu, nak kumpul duit buat kitchen cabinet" Jawab saya. Penuh makna. 
Biarpun saya memahami jawapan yang dia kehendaki, saya jawab, apa yang betul-betul saya aimkan. Bukan angan-angan macam bila baca novel cinta remaja.

Wake up. Ini bukan zaman, semua lelaki anak dato'. Bukan zaman semua lelaki kerja Pilot. Bukan. Bukan macam novel yang membuai hati awak, wahai gadis-gadis. Ini realiti. Yang kau harus telan, lepas kahwin, perlu cari rumah untuk berteduh, beli barang elektrik dapur untuk masak (takkan makan luar berpanjangan. Kopak kot..), mesin basuh (awak bukan selamanya mempunyai masa yang banyak untuk memberus pakaian) dan beberapa perkara yang saya rasa perlu awak senaraikan sebelum bertanya pada orang;
"Bila nak kahwin.."
(Betullah, setiap perkahwinan ada rezeki datang bersamanya. 
Itu saya tak menolak. Tapi, back up plan juga perlu, kan..? Dapat?)

5 comments:

  1. Kalau nak buat interior design untuk toilet dengan kitchen cabinet tu,, aku boleh kawtim baik punya. Siap 3D presentation. Harga adik-beradik. Ada bran?

    ReplyDelete
  2. Hepi birthday Ha! setuju sesangat dengan your opinion...hidup tak semudah dalam novel :p

    ReplyDelete
  3. kelengkapan rumah kira lain ha..mintak beliau sediakan semua dulu..hantaran mintak lain..ekeke....hepi besday ke 32 cik ha..

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala perancangan tu...

    ReplyDelete
  5. epi besday kak ha..semoga semua impian akak terlaksana.. ermmm, klu dh smpi seru, jgn lupa jemput sy ye.. btw, blh je mnta hantaran cenggitu.. hehehe

    ReplyDelete