Followers

Wednesday, July 30, 2014

Cita-Cita Yang Sama.

Betullah. Seorang lelaki itu adalah seorang abang, suami, ayah, plumber, tukang kebun, mekanik, tukang baiki rumah, welder, tukang pasang perangkap haiwan, doktor, tukang jahit, wireman, superman, ultraman, spiderman, batman dan segala jenis pekerjaan yang ada di dunia ini. Sehingga ke umur sekarang, pada saya, kesemuanya arwah abah buat sendiri memandangkan dia sendiri berlatarbelakangkan mekanikal. Termasukkan memasak untuk kami ketika bunda dalam pantang dan membuat segala kerja rumah ketika bunda berkursus tanpa gagal. Er.. kalau zip rosak beliau yang repair dan langsir, beliau yang jahit.

29 Ramadhan 1435H/27 Julai 2014/ Ahad.
"Cik Ha, apa cita-cita cik Ha?" Balqis memanjat kerusi dimeja makan ketika saya sedang mengeluarkan gelas untuk majlis takbir raya pada malam harinya.
"Cita-cita?" Saya berfikir sejenak. Nak cita-cita apa lagi dah tua pun makcik nih..
"Yelah. Takkan takde cita-cita. Balqis pun ada cita-cita" Jawabnya lancar, sesuailah usianya yang baru  mencecah 8 tahun. 
"Mm.. cita-cita masa kecik-kecik dulu ke masa sekarang?" Soal saya, padahal, masa sekarang nak cita-cita pebendanya. 
"Yelah, cik Ha tau buat kek, buat kuih, masak, bla..bla..bla../ 
Berkerut dahi saya mendengarkan senarai yang entah bila dia rakam dalam ingatan.
"Cik Ha taknak bercita-cita jadi Masterchef?" ok, ini pengaruh tv, ke?
Kriik..kriik.. (ok, itu bunyi unggas yang tetiba muncul)

err..saya nak cita-cita macam arwah, boleh..?

2 comments:

  1. dah tua tua ni maybe tak dipanggil cita cita, maybe di panggil target.. target untuk beli itu, beli ini, ada itu, ada ini.

    ke cita cita dgn target tu benda yang sama??

    ReplyDelete
  2. Haha. Layankan jela budak2 tu kan. Nak bagi jawapan merapu meraban pun boleh jugak tu.

    ReplyDelete