Followers

Monday, August 11, 2014

Dan, Lauknya Tertumpah di Nasi (Part 3).

Sejak dua menjak ni, entah kenapa jadi pemalas gila nak drive bani. Kalau ada penumpang, biasanya i suruh penumpang yang pandukan. Lepastu memang sudah tidak berdisiplin sebab rasa leher tercekik setiapkali mengenakan tali pinggang keledar. 

Sewaktu perjalanan menuju ke Selatan tanah air, Zahim mula bercerita tentang sekolah barunya. Serta rasa gundah gulana yang bertandang di sanubarinya.

6 Ogos 2014/ Sebuah sekolah menengah harian di Bandaraya Kuala Lumpur.
Sewaktu dibawa melangkah masuk ke kelas tersebut, kaki Zahim terpaku pada setiap wajah-wajah di hadapan. Kesemua mereka kelihatan usia yang berbeza serta mempunyai keistimewaan yang berbeza setiap orang. Matanya tiba-tiba berhenti pada seorang pelajar perempuan yang berbaring tidur terlentang di bawah meja selang 3 meja dari hadapan.
"Eh, kenapa tu?" Soalnya pada guru kelas terbabit.
Lekas guru perempuan tersebut menarik baju sekolah pelajar tadi yang tersingkap sehingga menampakkan baju dalamnya. Pelajar terbabit membuka kembali bajunya. Dan insiden tutup dan buka itu berakhir dengan guru perempuan tadi memukul perut pelajar perempuan itu dengan kayu pembaris. Berlari pelajar perempuan tersebut ke arah belakang sekolah mendekati tangki air sambil menjerit;
"Nak bunuh diri. Nak bunuh diri!"

Zahim terdiam. Saya terdiam.
Apa nak komen. Kelas pendidikan khas.

8 comments:

  1. Replies
    1. budak yang nak bunuh diri, akhirnya, cikgu kena telefon parents dia untuk pujuk kembali. Bayangkan satu kelas yang berbeza-beza watak.. itu yg adik saya mula goyah semangat mengajarnya..

      Delete
  2. kelas pendidikan khas. memerlukan kesabaran sentiasa di peringkat tertinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wan. dengar cerita dari adik saya, cikgu-cikgu kena biarkan diorang nak pergi makan ke, nak tidur ke, tak boleh marah. nanti mengamuk. lepastu, kena teman mereka pergi makan di kantin, pergi toilet sebab mereka anak-anak istimewa biarpun usia sgt dewasa.

      Delete
  3. adik kau ada ambik kursus pendidikan khas ke? ekstrem jugak kes macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak. dia background sama aku. sementara tunggu konvo, dia apply guru ganti kat PPD. Dapat mengajar situ. Tula. aku pun rasa patutnya kelas mcmtu hanya utk guru terlatih saja. sekolah tak patut letak guru ganti kat kelas mcmtu. mana reti mereka nak handle kes-kes mcmtu.

      Delete
  4. kak, ms sy tingkatan 6, kelas kami dekat je dgn kelas budak pendidikan khas.. paling ekstrem, sorang pelajar pempuan dtg kt kelas sy, menyeringai tepi tingkap smbil usha classmate lelaki, pastu ckp, "abangggg, i love you".. mmg xboleh mrh, nt lg ganas tindakannya.. yg sorang lak, lelaki, kaki rempit.. bw motor, pastu pulas² minyak smbil gelak, kt dlm kwsn sekolah.. ms tu cuma mmpu istighfar je la.. dh la cikgu dia pempuan, muda, bujang, comel, lembut lak tu.. phewwww

    ReplyDelete
  5. Pening jugak mengajar dekat kelas macam ni. Memang kena tahap kesabaran tahap tinggi ni.Tapi kalau memikirkan masalah kesihatan diorang ni, rasanya yang mengajar boleh sabar lagi.

    ReplyDelete