Followers

Monday, September 22, 2014

Perkara Karut Paling Bijaksana.

Saya bukanlah tidak percaya kepada perkara ghaib. 
Tapi, kan kita sendiri boleh menilai orang tu betul-betul mengubat ikut Islam atau tidak.

Bangunan Heritage, Kuala Lumpur.
"Orang kuning tu yang beri akak batu ni. Tu yang buat cincin" Ceritanya penuh perasaan. 
"Akak pernah jumpa Hang Tuah.. bla..bla..bla....." Lepas dari itu, memanglah masuk telinga kanan terus berlayar keluar dari telinga kiri. Benda merepek apa yang saya dengar pun terus rasa, apa benda yang aku hadap ni.. T_T

Satu kemujuran, ustaz segara datang menyelamatkan suasana yang saya rasa macam nak beri tazkirah percuma. Kehkehkeh..
Masuk sahaja kelas mengaji, kakak tadi sesekali ditegur Ustaz dihadapan.
Elok, lah kak. Marilah kita kembali ke jalan Allah.

2011, Ampang Kuala Lumpur.
Jam menunjukkan angka 11 malam. Apa benda merepek yang saya buat, ni entahlah. Syuhada bersama suaminya duduk di hadapan tok (saya kira umur tok ni, lingkungan 40an) yang siap bercincin berapa keping dan ber bangle. Tu belum masuk rantai macam rantai motorsikal dilehernya lagi.
Ok. 
Saya hanya menemani Syuhada dan dalam masa yang sama nak tengok tok ni betul-betul mengamalkan perubatan Islam atau tidak. Sebab Syuhada ingin bawa emaknya berubat. Berusaha. Seusai saya curi dengar nasihat tok tadi pada emak Syuhada, Syuhada segera tolak saya mengadap tok tadi. 
Memang hoi betul, lah sebab kenapalah aku datang lepastu sebenarnya nak tengok tok yang mereka cerita ni betul ke penipu. 

Saya berkeras taknak. Memang taknak. Pedulilah masatu umur 29 tahun pun tapi masih takde orang masuk meminang. 
Dalam pada saya berkeras, tiba-tiba dan-dan orang lelaki di tepi tok tadi menggelupur. dan pula dan-dan tok tu cakap macamni;
"Ada pocong ikut kamu nih!"
Astagfirullahhalazim. Terasa kesesatan di situ.
Terus saya balik.

10 comments:

  1. akak, sy pun penakut gak.. mau termimpi² klu ada org ckp mcm tu.. mmg bongok..

    kak, kena mandi bunga x? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tina, akak sebut kat diri sendiri sebab rasa macam kenapalah bijaksana di perkotakkatik mcmtu sekali.. rasa mcm menuju kesesatan je.. hehehe..

      Delete
  2. aku rasa mesti `tok merapu' ni tak pernah tengok drama tanah kubur. kalau tengok, mesti meleleh air mata keinsafan. cis betul la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku nak cakap banyak kat syuhada pun tak guna sebab ramainya orang melayu beratur menunggu tok tu kat situ sambil bersangka baik, kot-kot orang yg beratur tu pun nak tgk tok tu betul2 ke tipu2.. haha..

      aku harap, 2014 ni, dia dah kembali ke jalan Allah..

      Delete
    2. takpe, kalau tok ni masih merapu, at least orang yang beratur ramai2 tu dapat sedar yang diorang tu dah kena tipu...

      Delete
    3. aku ingat2 lupa dah rumahnya..

      Delete
  3. hadoiiii pocong kah??kekeke..ke tok tu yg pocong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nya. dan-dan je ada. pening betul.

      Delete
  4. kalau nak cuba perubatan islam, boleh cuba darul syifa'... kat bangi ada. confirm islamic.

    bekas jiran saya semasa menetap kat bangi dulu pun adalah ustaz yang mengamalkan perubatan islam di darul syifa' bangi.

    kalau malas nak beratur panjang di darul syifa'... boleh je buat appointment dgn ustaz ni, berubat kat rumah dia je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dah pergi pun wan.
      Rasanya lepas balik dari rumah tok tu, terus gi Darul Syifa Bangi tu.

      Delete