Followers

Monday, November 10, 2014

Menjadi Perempuan Zaman Moden.

Alarm keretanya masih berbunyi. Sama seperti semasa saya keluar dari kereta untuk pergi mencari mangga muda. Stesen minyak yang dipenuhi kenderaan lansung satu pun tiada yang datang kepada kereta perempuan yang membingitkan suasana jam 8malam itu.
"Gear U macamana?"
"I sudah letak pada P" Paniknya.
eh, entahlah kenapa ramai-ramai bangsanya memenuhi stesen minyak tu, seorang pun tiada yang menunjukkan muka. I ialah ketam. Takkan ketam nak ajar anaknya berjalan catwalk pula, kan? Tapi still rasa macam i rasa macam tahu. Tapi at the end, mati kutu juga. bhahaha..

Bani saya hidupkan. Round di sekitar kereta yang pemandunya lelaki.
"Err, encik. Boleh tolong tengokkan auntie kereta depan tu. Kesian dia. I pun tak tahu nak tolong macamana.."
Dia angguk dan tinggalkan keretanya terus ke kereta sebangsanya. Eh, dah macam, i ni macam polis ronda pula main arah-arah..kekeke..  

baiklah, Ladies.
Selain kau kena tahu tugas perempuan yang rutin, kau juga, eloklah ambil tahu serba sikit tentang kereta yang kau bawa, mesin basuh yang rosak atau sinki yang sumbat atau tukar kabel dalam plug kalau bila nak iron, elcb trip.. Kata perempuan zaman moden.. wiwiwi..
Mari sini i explain mengikut kefahaman i.
Ada 3 situasi jika kereta berbunyi.

1. Jika kamu kunci kereta (auto) kamu guna remote, sila buka pintu, guna remote juga. Jangan guna kunci. Jika guna kunci juga (mungkin sebab bateri remote segan-hidup-mati-tak-mau-terus-buang-sambil-membebel), ( kereta akan berbunyi). Terus hidupkan enjin, cari butang yang selalunya terdapat pada bawah stereng kereta dan tekan.(butang adalah berbeza lokasi mengikut model kereta. Jadi, rujuk pada pusat servis kat mana butang tersebut terletak ataupun semak buku manual kereta uols, ya sayam..)

2. Kereta akan berbunyi kalau, masa kau matikan enjin letak dalam gear selain P sewaktu ingin hidupkan. Jadi, tukarkan ke gear P dulu.

3. Sesetengah kereta akan berbunyi sebab awak matikan enjin dalam keadaan lampu kereta tak tutup (tapi certain kereta takkan berbunyi. sedar-sedar esok pagi bateri kereta weak) macamtu.

Sila beri tunjuk ajar jika salah.

8 comments:

  1. sy pernah alami situasi ni..tp bkn dr 3 situasi yg akak bgtau tu.. xtau pasal apa, tetibe kereta jd gila.. sudahnya, kunci kereta manual je.. petang balik keje, helok pulak kejadiannya.. hurmm, minta kena tampar agaknya kereta tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cek sensor kt bengkel?
      hehe..
      kadang Bany akak tu gila sikit. kalau buka pintu selain pintu utama lebih dari 8minit, dia autolock semua pintu. rasa mcm selamat, tapi bila part nak ambil barang balik belibelah, memang penatlah nak tekan button ON dua tiga kali selagi tak buka pintu utama.

      Delete
  2. zaman moden ni perempuan memang suka bersaing dengan lelaki, so no wonder mereka perlu tahu apa yg lelaki tahu :-)

    dan kadang2 tu mereka lebih tahu dalam byk perkara berbanding lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah tu wan. belajar tahu buat, bukan untuk bersaing dengan lelaki!

      kamu kena ambil kira, perempuan yang tak kahwin lagi di usia 30an. Takkan selamanya nak call kawan2 lelaki/ adik beradik lelaki minta tolong kasi setel benda-benda yang kau sendiri boleh belajar buat.

      sama macam lelaki bujang tak kahwin lagi. takkan kamu selamanya nak makan kedai, tentulah nak juga masak sendiri sebagai penjimatan kos, kan? tentu juga nak merasa mesin kain sendiri daripada hantar dobi, kan?

      jangan fikir isu persaingan saja.
      sekali sekala, fikir positif juga baguskan..

      Delete
    2. Haaaaa......kan dah kena marahhhhh

      Delete
    3. Haaaaa......kan dah kena marahhhhh

      Delete
  3. pernah jadi situasi macam ni.. hahaha.. cuak gila tapi try cool kan diri.. alhamdulillah ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula. betul, pernah masa start enjin, dia punya bunyi satu parking lot SOGO bergegaran. Bila cek balik, rupanya, masa mati enjin, gear kat D. memang pelupa nak tukar gear masa parking. ini kejadian masa memula belajar memandu kereta..hehe

      Delete