Followers

Wednesday, December 17, 2014

Mimpi Yang Sama (Part 2).

Surat yang di cop SULIT masih dihadapannya. 
"Saya tak terima surat ini. Pergilah bercuti. Rehat"

--    --    --


Jika kau masih berulang membaca buku yang sama, 
kau tidak akan bertemu cerita yang baru. 
(Iman Sarah, Mimpi Yang Sama, Disember 2014)

"Pisang goreng rm 5, keropok lekor rm 3 dan bungkus ABC 3"
"Mee calong special 2, kak"
Memang rasa tak menang tangan betul setelah menyudahkan potongan pisang berangan yang terakhir. Memang jarang gerai menggunakan pisang berangan untuk dibuat goreng memandangkan pisang jenis ini sedikit mahal namun, disebabkan ingin menjadi kesukaan dan mencari kepuasan, itulah yang sering habis awal sejam selepas gerai di buka. 

Petang itu, seperti biasa saat para nelayan mula menarik bot masing-masing di persisir pantai sambil anak-anak ketam berkejaran, dia akan pastikan beberapa keping keropok lekor siap bergoreng dan kuah calong siap seperiuk sebelum gerainya mula dipenuhi.
"Ummi tanya, bila kak Iman nak balik Kuala Lumpur?" Adelia mencapai bekas bancuhan tepung dari tangannya.
Seingatnya, sudah 3 minggu dia di situ. Di sisi Azrai Hisham.

--    --    --

Semporna, Sabah.
Instructor Mikail pada hari tersebut menunjukkan cara memasang tong oksigen pada BCD, sebelum mengarahkan mereka mencari buddy masing-masing untuk ujian di Open Water. Perkara yang paling tidak terfikir adalah, Shahida yang juga beria mengajaknya menyelam di laut Sabah telahpun mempunyai lesen.
"Iman Sarah, kamu partner dengan instructor. En Azrai jadi buddy kamu" 
Azrai keluar membawa BCD yang siap terpasang tong oksigen. Wetsuit terjulur dipinggangnya. Memang rasa pernah tengok lelaki ni. Tapi lupa. Risiko ber buddy kan lelaki ni, paling susah ialah bila part kecemasan yang memerlukan pengunaan octopus yang sama walaupun ada 2 octopus pada BCD tersebut.
"Jom cik Iman. Awak nak menyelam dalam kelas ni ke?" Azrai berdiri di hadapannya bersama weight belt. Segera dia menuruti Azrai dan beberapa rakan yang lain menaiki bot menuju ke Pulau Sibuan, Semporna Sabah sebagai lokasi pertama untuk dive.
"Rasa macam pernah jumpa.../ Iman masih cuba mengingati kalau-kalau masih ada tersimpan memori siapa lelaki di sebelahnya.
"Saya hari-hari tengok cik Iman. Dalam kamera bilik kawalan bangunan. Cik Iman kerja di Bangunan Darussalam kan? Saya team maintenance bangunan yang datang beraya office haritu"

--    --    --

"Saya membesar di perkampungan nelayan. Laut ni dah sebati dengan diri saya. Habis belajar, sambil kerja, saya ambil lesen menyelam hinggalah ke divemaster.."
"Tapi, macamana awak kat sini? awak kerja dengan Blue Sea ni ke? Bukan haritu awak cakap awak maintenance office saya ke? Ke, awak ikut saya ke, kebetulan ke macamana..?"
Azrai tergelak.
"Memanglah. Saya ikut cik Iman"

--    --    --

Entahlah apa silapnya, mereka terpisah dari team beginner menyelam tersebut pada hari keempat sesi menyelam dan berada pada kedalaman dasar yang tidak dibenarkan seperti yang tercatat pada jadual Recreational Dive Planner. Ketika mencari diver yang lain, meter pada information console menghala ke kecemasan dan dia terpaksa meminjam satu octopus pada BCD Azrai yang mana salah satunya telah bocor. Pada ketika itu, lah kali terakhir Azrai Hisham berada di sisinya.

--    --    --

"Saya teringin buka gerai mee calong di kampung saya. Kampung Beserah, Kuantan. Nanti Cik Iman jadi pembantu dapur saya, tahu?"

.

Ini Cerpen saja.
Masa awak baca blog ni, mungkin saya sudah berada dalam perut Saudi Arabia menuju ke Jeddah. Doakan perjalanan dan urusan saya dipermudahkan ya?
Salam.


4 comments:

  1. Seronok nyer ke jeddah..

    Semoga selamat pergi & selamat kembalik yuk!

    ReplyDelete
  2. oooo cerpen...ingatkan kisah realiti.
    anyway..semoga dipermudahkan segala urusan anda di sana.

    ReplyDelete
  3. cerpen rupenya..gigih bc, ingtkan kisah akak dgn BUKAN NAMA SEBENAR..

    moga dipermudahkan urusan akak kt sn ye..

    ReplyDelete
  4. sama lah. ingatkan kisah realiti tadi...

    semoga urusan Kak Nanie, dipermudahkan.

    amin.

    ReplyDelete