Followers

Tuesday, February 17, 2015

Kekasih Hati.

22 Februari 2010
Pada setiap baris yang dibaca dalam surah ke 36 itu, ditemani curahan airmata. Berderai bersama pecahan hati yang retak seribu.

2007, The Garden Kuala Lumpur
"Kat mana sekarang?" sms yang baru diterima tidak segera dijawab. Ruang legar The Garden semakin lengang. Sofa yang diletakkan ditengah shopping complex yang tidak bertuan segera dilabuhkan duduk.
"I nak balik.."
Dia menghulur kacang buah berangan kegemaran saya.
"Teman i sekejap sahaja. I balik pun tak buat apa. Bosan" Boon masih berkeras menghalang dari pulang.
"No. U nak lepak sini. Lepaklah. I balik" Langkah ke komuter saya lajukan. Komuter Midvalley. Dapat bayangkan jarak dari The Garden ke Komuter Midvalley? Laju-laju saya balas sms abah.
"Kakak on the way balik ni. Di komuter MidValley"

1997, Sebuah sekolah harian di Kuala Lumpur
Saya selesa mengenakan tshirt saiz L yang abah belikan untuk anak perempuannya yang bersaiz xs ini apabila hari sukan tiba. Tapi start tak selesa mengenakan Blazer hitam saiz L sebab labuh ke nak cecah lutut dan tak fit bila pakai bersama kemeja dan skirt putih. Macam pakai sarung guni beras. Geloboh dan besar. Tapi, blazer itulah yang berkhidmat dari 1997-1999.

Guys,
Jadilah kekasih hati pertama anak perempuan kamu supaya nanti, dia tidak keluar mencari cinta tiada hala tuju di usia remajanya. Supaya nanti, dia akan selalu mendahulukan kamu dari segala-gala yang ada dalam hidupnya.


Entry ini, dedikasi untuk arwah abah 10 okt 1948- 22 Feb 2010 
selepas membaca, 

5 comments:

  1. Haah, ada satu benda berkaitan anak perempuan yang rapat (atau manja) dengan bapa dia, yang aku nak tanya. Aku perasan macam ada satu persamaan la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak manja dengan ayah. dan aku rasa macam rugi. but one thing, aku tetap respect ayah sendiri kalo compare dengan ayah orang lain.

      mencukupi tak? huhu

      Delete
  2. insya allah..abah tetap no.1 dihati..

    al-fatihah.

    ReplyDelete
  3. sy mmg anak manja arwah abah sy..sgt².. dan arwah abah adalah lelaki yg terpaling sy cinta dan sayang... ok, nk nanges

    ReplyDelete