Followers

Tuesday, March 31, 2015

Pada Zahir Yang Tertulis.

"Hemoglobin adik rendah" Terang nurse tersebut sejurus menitiskan setitis darah saya ke dalam secawan cecair apapun tak tahu.
Eh, takkan lah.
Selalu ok je saya bagi buku merah.

Kau tahu macamana perasaan sedih itu, apabila nurse taknak ambil darah kau?
Rasa dia macam, darah kau tak layak sangat.
Lalu menangis betul-betul sedih.
Dalam kereta arwah abah, kau menangis macam kena rotan.
Lepastu arwah abah pergi singgah farmasi pergi beli supplement untuk iron dan letak atas meja tak bagitau pun suruh makan sebab beliau tahu kau nak telan sebiji pil pun macam nak keluar semua isi perut.

Di tepi traffic light kelihatan seorang lelaki tua berjalan dari kereta ke kereta. By the time dia berjalan ingin menghampiri kereta kau, lampu terus hijau dan kereta belakang terus honk.
Sedih tak?

Dalam perbarisan, maksud i, nak order di Mali's Corner, kau kena beratur. Kat situ, ada ramai juga makcik/pakcik yang datang meja ke meja jual tisu. Perkara paling sedih adalah, kenapa pakcik/makcik tu dah lansung tak nak lalu sebelah kau walaupun dia berhenti setiap meja. 
Sedih, ok?

Rasa macam,
kenapa?
Balik rumah, i menangis.

Ok, kucing-kucing sekalian, mari datang sini. T_T

8 comments:

  1. Klu makcik tu x lalu meja kita maybe kita boleh amik inisiatif bangun kejap dan pergi kat dia :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang boleh buat mcmtu.
      sebab kalau nak seribu daya.
      tapinya, dalam cerita ini, nampak tak, apa yg saya cuba sampaikan?

      Delete
  2. makcik tu terlepas pandang kot..

    err, saya di bahagian kawalan kredit skrg ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila jadi mcmtu, rasa tak sedap hati.
      good luck tempat baru Izwa

      Delete
  3. akak..psl jual tisu, jd kt sy..tp jual kopok ikan.. makcik tu dtg kt meja sy, kebetulan husband xde, duit mmg xde kt tgn.. sy ckp la maaf xdpt beli.. makcik berlalu, sebelum pergi, dia kata dia dh jalan dr td xde sorang pun beli.. sedih x kak? siyesli sy nanges lps makcik tu pergi.. dtg je husband, sy mengadu kat husband n husband terus cari makcik tu, bersungguh dia lari n beli kopok..

    bukan nak tunjuk baik kak, tp bila nampak mcm ni, sy suka andaikan diorg mak atau ayah saya..

    akak nk derma darah tp xlepas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tak lepas. sejak tak lepas tu, selepas tu, memang lansung tak lepas sampai sekarang. masalah yang sama dan masalah tak selesai sbb akak tak makan pil iron tambah darah. makan kerang2, kekacang, bayam. tapi mcmtu juga..

      Delete