Followers

Tuesday, May 5, 2015

Di Akhir Nanti.

Harini, kita cerpen. 
Cerpen sebab abang kawasan dah buat kacau di kawasan ni. 
T_T
Habis lari potensi.

"Kau pergi office Danaharta" Ishak menyerahkan duty roster pada Hakimi.
"Apa kes?"
"Bumbung bocor. Aku syak laluan aircond bocor tu" Ishak kembali ke tempatnya. Kalau ikutkan, memang turn nya dan Hakimi hanya standby sahaja. Mengingatkan kembali 'orang Danaharta' makan bersama  oranglain, mematikan semangatnya untuk melihat tingkat Danaharta sekalipun. Dan dia memang selalu elak makan di waktu 'beliau' makan. Kalau tertembung memang dia akan buat-buat buta lalu pengsan keluar buih putih kat mulut. ok. tipu.

Muncul sahaja Hakimi dari balik cermin, dia pura-pura bertenggek di meja Hakimi. Nak juga tahu kisah di tingkat Danaharta.
"En Yusof dah luluskan ke, cuti aku minggu depan?" Mata Hakimi masih di buku log laporan maintenance. Tekun menulis.
"Aku tak perasan pula. Cuti kahwin ke?"
"Kahkahkah. Kalau Najwa sanggup bagi diskaun, esok aku dah kahwin. Kenduri doa selamat sikit. Adik aku fly bulan depan" Hakimi bangun membawa buku log ke almari kabinet. Ishak masih di mejanya. 
"Badminton petang, ni?" Terus teringatkan tournament dengan TNT akhir bulan nanti. Banyak skill yang masih belum di try and error.
Ishak masih disitu. Membelek2 fail daftar barang masuk termasuk laporan bulanan pemeriksaan panel papansuis.
"Hak?"
"Oh ya Hak. Danaharta tu office budak yang kau selalu usha.. " Belum habis ayat Hakimi, Ishak menarik kerusi terus duduk di sebelahnya.

Jadi?
bersambunglah kira-kiranya..

3 comments:

  1. Tengah sedap baca, baru nak fahamkan, tiba2 'cis' betul la. Bersambung pulak. Potong ar ini amoy...

    Kirim salam kat kau punya 'abang kawasan' dengan 'si potensi' tu. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka akhirnya berkahwin...

      **wink, wink buat conclusion sendiri.

      Delete