Followers

Thursday, May 14, 2015

Di Akhir Nanti.

sambungan dari part 1.

"Tolong replace tempat aku. Wana bersalin petang tadi" Akhiri Razak ditalian. Ishak pandang kalendar di dinding biliknya. Rasanya minggu tersebut memang dia off dari turn Tandem Pilot. Dan sebelum subuh, dia memecut ke Bukit Jugra.
"Pernah paragliding sebelum ni?" Bualnya bagi mengelakkan keadaan menjadi kekok sebelum take off.


Perempuan dihadapannya bermasam muka dan menggeleng. Memang jelaslah muka tak berminat untuk berbual dengan lebih panjang. Alah, bukan nak mengorat pun. Ramai lagi awek cun dia boleh jumpa sejak ada lesen instructor ni.
Setakat macamni, yang macam baru lepas hilang ayam, dan berangin sepoi-sepoi jiwa harini tu, banyak di market. Bertabahlah untuk tempoh 30 minit di atas paras ketinggian 300 meter dari aras laut nanti. Ataupun, dia pendekkan menjadi 10minit mungkin. Tapi, terlalu jahat pula untuk itu.
Sebaik landing, dia tidak menawarkan diri seperti sebelum ini untuk membuka harness pada awek tadi.
Peduli. 

*    *    *

Letak saja pinggan di meja cafe tersebut, dia pandang untuk kali ke tiga.
Eh, memang sah 'awek hilang ayam' haritu.
Masih dengan muka mencuka seperti haritu.
Harap dia tidak cam.

3 comments:

  1. Replies
    1. Ada pilot kawalkan. ini yg tandem. kita duduk je sambil pegang kamera.

      Delete
  2. Huhu.

    Dtg lg la?

    Kata tk minat?

    Huuu

    ReplyDelete