Followers

Tuesday, June 2, 2015

Bagi Pihak.

Stail kami bersembang adalah soaljawab kepada bukan orang yang ditanya. I rasa, arwah abah yang mula. Nak tahu tentang A, tapi pergi tanya si B. Jadi, macam, kita kena cepat tangkap apa yang ditanya sambil perhati keadaan sekeliling. I rasa, macamtu, barulah tak rasa gelodak nak marah ke, nak geram ke, nak nangis ke, pasal, rasa nak gelak lebih banyak peratusnya. Sebagai contoh,

I sedih duduk di Slim River dan nak balik hari tersebut juga. Terus menangis dalam public phone call arwah abah. Zaman tu, takde kemampuan memiliki telefon bimbit. I rasa sekitar tahun 2000. Arwah abah, balik saja dari kerja di KL, terus gerak ke Slim River ambil i. Sesampai saja di pintu rumah makcik, terus tanya macamni;
"Harini, Slim River banjir ke?"
Haa.. macamtu. Padahal i ada kat situ. Nak nangis pun terus tak jadi. Apatah lagi nak marah sebab grrr dah kantoi depan makcik yang i nangis. Dan selalunya, yang akan jawabkan akan bagi kerjasama merekacipta jawapan. Takpun, yang dengar dan terasa diri sendiri akan jawab bagi pihak diri sendiri.

Tapi, i selalulah pening kalau tanya uols siapa nak air, siapa nak makan.
"Siapa nak air?" Selalu i akan tanya sebab suka bancuh teh tarik dan akan buat seteko kalau ada permintaan.
Selalunya yang tukang jawab, akan sebut nama orang lain padahal diri sendiri yang nak. Sebagai contoh, i kan ada adik kembar, si Zahim dan Zahir (boleh baca cerita mereka di bawah label Kemana tumpahnya kuah);
"Zahir" Zahim memang akan selalu sebut nama abang dia, padahal abang dia duk kemas kotak-kotak buku kat luar rumah dan takda kaitan pun. Macamtu.

Satu hari, i dan bunda pergi kenduri katering. 
"Sedaplah air dia" Bagitau bunda berbisik pada saya. Saya angguk mengiyakan. Memang sedap pun. Macam air campuran oren dan syrup.
Seusai makan, kami bersalaman dengan tuan rumah iaitu makcik katering.
"Anak saya cakap, sedaplah air tu. Kalau buat air tu, best juga" Tegur bunda kepada makcik katering.
I is terpinga-pinga.
Ha?
hehe..
Berdosa mengumpat mak.
Hiks.

2 comments:

  1. entah2 akak catering tu pun paham kot kalian punya stail. dalam hati dia, "pandai pulak makcik ni berdiplomasi". orang lama memang macam tu kan, ada stail dia sendiri.

    ReplyDelete
  2. Huahua...

    Mak memang comel...

    ReplyDelete