Followers

Tuesday, May 6, 2014

Jalan Ke Syurga.


"Ni Ustazah ke Jurutera?"

Dis 1994/15minit perjalanan ke KLCC.
"Kak Jiha rasa, Ha mesti tak dapat. Tengoklah, basuh kereta abah, pakai tudung, seluar berlipat sampai lutut. Macamanalah nak sekolah agama macamtu?" Bebel kakak pertama saya pada kakak yang kedua. Oh, by the way, saya ada 2 kakak. 2-2nya sekolah Maahad. Tetiba adik perempuannya ni muncul, habis patah riuk rangka anak patung kakak pertama dan selalu bersepahan barang kesayangan kakak kedua.

Posmen muncul tiba-tiba. Saya memang paling tak ambil hati dengan kata-kata kakak sebab, dah merosakkan barang mereka dari kecil, kira, hadamkan sajalah sebab dulu buat salah.. kekeke..
"Abah, surat jawapan exam haritu!" Jerit saya menunjukkan surat yang paling saya tunggu bila intake baru ke tingkatan 1 sekolah Maahad telah dibuka.
"Tawaran ke tingkatan 1 di Maahad Machang, Kelantan"
Saya sempat baca yang itu sahaja dari tangan abah sebelum semuanya senyap beberapa minggu sehinggalah kemasukan ke sekolah harian biasa, Jan 1995.

"Sekolah tu hulu, kot" Suara kak Jiha masih terngiang di awal tahun 1995 bersama kegembiraan saya sebab takperlu masuk sekolah agama.. bhehehe..

Tahun 1996, Kak Jiha yang menyambung pengajian di UiTM Machang ditempat yang saya pernah digelakkan sebelumni.. hihi..

6 comments:

  1. everything happened for a reason...klu tak skrg ni dah jadi ustazah mengajar agama dan bahasa arab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak sekarang, bukan ustazah. cikgu rasanya.. ;)

      Delete
  2. Kenapa kau tak masuk sana Ha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab pada masa tersebut, Machang ke KL adalah jauh.. arwah abah tak harap nak hantar anak 'lelaki' dia sorg ni jejauh.. hihihi..

      Delete
  3. Ayat "Posmen muncul tiba-tiba" macam intro pada scene thriller sebab saiz font. Haha.

    ReplyDelete