Kolum Pesan Nenek, dimukasurat 119, majalah Solusi isu 66 begitu menarik perhatian. Topik yang dikupas adalah mengenai Jika Berjanji Membayar Upah dan beliau selitkan juga cerita tentang cucunya yang dijanjikan dgn sekian-sekian bayaran namun pada akhirnya tidak menerima seperti yang digula-gulakan. Sebetulnya banyak manusia mcmni. Mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain dan kebaikan orang lain.
30 Jan 2014
"Dah dapat gaji?"
"Belum"
"Bila kakak tu nak bagi?"
"Entah. Haritu dia cakap 30 Jan" Jawab Aisyah, adik kedua terbongsu keluarga saya.
4 Feb 2014
Saya tiba di rumah, serentak dengan ketika Aisyah yang kelihatan penat berjalan kaki dari train komuter ke rumah.
"Eh? Kerja lagi?"
"Kakak tu tak bayar gaji lagi" Jawab Aisyah dengan nada yang saya rasa seperti nak pergi serang majikannya; Seorang muslimah, penggiat fesyen dan pemilik butik serta pemilik mulut manis. Tetapi, saya tahankan diri dan kemudian terlupa sehinggalah Safiyyah, adik saya, kakak kepada Aisyah berbisik kepada saya pada satu hari.
"Kak Ha, majikan Aisyah bayar RM 200 sahaja"
"RM 200?" Macam nak mengamuk dan jumpa majikan Aisyah je rasa.
RM 200 untuk sebulan dan tambah seminggu yang kerja dari Isnin hingga Sabtu 8.30pagi sehingga 10malam?
Jahatnya manusia. Baiknya hati.
"Esok tak payah pergi kerja..!" Tegas saya pada Aisyah.
err....kenapa?kenapa tak dibayar nyer...
ReplyDeletedia bayar. tapi gaji sebulan rm 200 sahaja. tak baik buat org mcmtu. dahlah kerja dari 8.30 hingga 10mlm. cuma boleh doakan semoga dia sedar apa yg telah dia lakukan satu hari nanti.
DeleteKawan aku pernah "curi" pc dari ofis sebab dah lebih 3 bulan tak dapat gaji. Tapi sebelum sampai rumah tu dia buat report polis dulu sebagai back up. Geliga jugak otak dia ni.
ReplyDeleteSafiyyah, Aisyah... Cun ar nama adik beradik kau ni. Hehehee...
Adik aku baik orgnya.
Deletebtw, tu bukan nama sebenar..hehe
Adoi. Mati2 aku ingat nama sebenar! Pandai pulak kau pilih 'bukan nama sebenar'. Hahahaa!
DeleteHa, adik kau kerja lagi tak dengan orang tu?
ReplyDeletedia dah join syarikat lain.. alhamdullillah.
Deleteaik, akak butik pun dah pandai bayar gaji mcm tu?
ReplyDeleteaku ingat construction je guna trick mcm tu...
encik L baru je dapat gaji kat kontrak 300 sebulan. bayangkan la macam mana aku tak mengamok?
kitorang kejar maut punya, guna bro bagai. baru dapat 1000. tu pun ada lagi 2000 tak bayar.
inilah dunia bekerja. ye tak?