Followers

Monday, April 7, 2014

Perempuan Lupa Daratan.

"Kocok boto budu" 
Dialog ni memang tak asing di pendengaran tetapi nak buat macamana pun kalau sendiri memang fail sangat-sangat nak ber slanga sana? Budu tu, bukan takat jadi mcm sambal belacan pada saya, jadi kuah terus pun pernah, time makan nasi. Tapi, tahap kekerasan lidah adalah tidak dapat di maafkan.

2002/ Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.
"Berapo so ni?" Tanya saya susah-susah menjinakkan lidah walhal sedar bunyinya begitu buruk sekali.
Bla..bla..bla..
"Ore mano ni?" Makcik tersebut sedaya upaya bertanya penuh tertib.
"Tupak"
"Bakpo kecek supo kelate sie?"
Ok, Fine.
Jadi, sejak itu. Saya menggunakan bahasa biasa sebagai pertuturan. Bukan tak mencuba, tapi rasanya, segan mengaku orang ic 03 itu bila bercakap mcm kelantan siam.. kehkehkeh..

5 comments:

  1. nak ikut komen ewan la,

    huk aloh mung ni Ha.

    Haha.

    ReplyDelete
  2. kak Nanie, kelate sie...

    pure tu bahasa kalo ikutkan

    :)

    ReplyDelete
  3. boleh cuba lagi...kalau selalu kecek keate InsyaAllah lambat laun nnt boleh kecek kelate...

    budu..sy dah lama tak makan budu...

    ReplyDelete