Followers

Monday, October 27, 2014

Lari (Part 2).

Oktober 2014/Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.


Doa-doa dalam hati, cepatlah. Cepatlah.

"Dah ke?" Tanya saya sebab lenguh letak ibu jari kanan pada mesin scan jari apa entahlah. Perempuan di hadapan saya, yang juga pengantin baru, mengangguk. 

Ini semua gara-gara kad atm dah expired dan akaun dah dormant lepastu entahlah berapa lama lepasni nak dormantkan lagi. kekeke.. Patutlah sesetengah bank tak bagi buka banyak-banyak sebab lepastu kita macam malas nak samaratakan amaun dalam setiap 5 akaun bank berbezakan? lepastu rajin sangat nak pergi bank sana nak pergi withdraw, bank sini nak pergi draw. Memang takde maknalah.

Akaun ni saya buka pun masa jadi minah kilang di Kulim hi-Tech dulu. Kilang yang i tak nampak matahari sebab masuk pukul 7pagi keluar pukul 6 petang dan lepastu pakai baju angkasawan yang kau jumpa orang tak kenal perempuan lelaki kalau ketinggian lebih kurang sebab hanya nampak mata dan sut putih angkasawan. Eh, jap. I nak cerita benda lain sebenarnya. Ok, masuk track semula.

Lelaki di hadapan saya masih berdiri dan mengharapkan saya menatap mukanya? Memang tidaklah sebab saya 'arif' body language macamni. kekeke..
"Cik selalu potong gaji masuk bank ni ke?" tanyanya.
Hoi, cepatlah budakni kemaskini buku i.. grr
"Tidak" Jawapan pemalas dan dengan harapan soalan tamat di situ.
Dia menarik sekeping jadual dan cuba menerangkan pakej yang ada yang selepastu memang lansung saya tak fokus sebab dah beri arahan kat diri sendiri, datang sini, untuk aktifkan akaun dan tukar kad ATM sahaja. Noktah.
Selesai urusan kad ATM baru, saya bangun tanpa cerita lelaki tadi habis.
"Ok, terima kasih"
Minta maaf banyak-banyak ya, pekerja bank.. hihi..

7 comments:

  1. huhuuu....tak berminat berurusan atau nak segera selesai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sbb dia suruh buat hutang.. zzzz..

      Delete
  2. Hek eleh, brader ni mesti promote kau ambik kad hutang kan? Tak pun personal loan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. memang itu sajakan promosi yg ada selain ASB. hehe..

      Delete
  3. dormant, bukan domain :-)


    akaun akan dormant klu takde transaksi keluar atau masuk duit selama 1 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh. Ok. Dah edit. Terima kasih info, Wan.. ;)

      Delete
  4. loan?? sy pernah kena.. kite nk print penyata kwsp (akak tau bank mana), sibuk promot loan.. bosannnn.. kata pinjam 2minit, dah jadi 20minit.. klu nk pulangkan balik 18minit tu xpela gak..

    ReplyDelete