Followers

Tuesday, February 10, 2015

Pelajaran 2 : Saksi.

Ogos 2014
Rimas tau main ambil-ambil tempat orang macamtu. Muka saya, memang tarik habis. Cuma tahan je hati dari bersuara. Usai melipat sejadah, dia memandang saya. Sudah tahu saya paling pemalas nak bercakap dengannya, lagi nak ajak bersembang. Demi membaca air muka saya, dia meneruskan lipatan telekungnya. Malas nak cerita kenapa saya pemalas nak sembang dengannya. Anggap saja malas. ok. lupakan.
Jadi, bagai dijanjikan pada waktu yang sama, dia akan datang mengingatkan waktu-waktu saya terleka. Namun kadangkala ternampak terkantoi di situ apabila beria dia mengajak, macam nak pergi bank cucuk-duit-di-atm-dah-gayanya, sampai satu office pun tahu. Dan itulah paling saya tak suka! nak pergi, tak perlulah kocoh-kocoh. Dalam surau pun, sebolehnya taknak buka lampu semua mentol. Cukup tempat sujud saja. Ok, dah mengumpatlah nih.

Masjidil Haram/Disember 2014

Sejadah, kami hamparkan di lantai marmar. Diluar kawasan bercarpet. Kami hanya lewat 10minit dari kebiasaan. Dan kerana menyedari itu adalah tanah Haram, masing-masing kunci mulut.
"Tau tak, semalam kak Ha terdetik apa?" Soal saya sejurus Safiyyah menutup Qur'annya.
Safiyyah geleng.
"Semalam, kak Ha rasa, kan best kalau dekat dengan rak Quran. Tak perlu bangun lalu tempat kena curi. Dan, harini, tempat kita, betul-betul sebelah rak Qur'an" Terang saya pada Safiyyah yang saya tahu, dia tak selesa berubah-ubah tempat.
"Hari-hari kita berubah tempat.. Esok, kita keluar awallah sikit" Getus Safiyyah.
"Fiyyah. Tahu tak, kenapa kita mesti selalu solat berubah tempat?" Soal saya. Kerana saya pernah rasa tidak selesa semasa tempat solat saya di ambil orang.
"Supaya, pada akhirnya nanti, kita punya ramai saksi. Tempat kita sujudlah yang akan jadi saksi di akhirat nanti" 
Safiyyah ketap bibir. 

4 comments:

  1. Pernah dgr jugak mengenai galakan bersolat di dalam masjid yang berlainan... supaya banyak 'rumah Allah' menjadi saksi kepada ibadat kita... betulkan jika saya tersilap.

    ReplyDelete
  2. trm ksh kak.. ehh, tp klu g masjid, mmg sy suka duk tepi dinding..

    ReplyDelete
  3. baru mas tau benda ni. jarang tukar tempat main tengok ada ruang je. wallahualam.

    ReplyDelete