Followers

Thursday, January 2, 2014

Hati Besar.

Kau tahu, perkara paling kenangan adalah 
bila first time perut kau kena cubit dengan cikgu yang super garang 
untuk bukan kesalahan kau?

Selamat memulakan alam persekolahan pada anak kawan-kawan sebaya yang mula berdaftar darjah satu..

Kenangan zaman sekolah rendah?

1991, Beserah, Kuantan Pahang

Saya bukanlah pelajar yang terlalu pandai dalam kelas, tetapi kategori grop A dalam kelas. Dalam kelas, susunan mejanya ada 3 baris. Satu baris, cikgu panggil grop A dekat dgn pintu kelas, satu baris (barisan tengah) grop C dan baris ketiga dekat tingkap kelas adalah grop B. Tugas grop A ni adalah, biasanya jadi mentor pada grop C bila time cikgu suruh buat kerja sekolah. Lebih kurang macam kami kena ajar mereka cara mengira, grammar atau bina ayat. Macamtu. 

Jadi, adalah seorang budak dari grop C ni. Intan namanya. Memang saya ingat namanya sampai harini. Dia nak join grop saya bila bermain di padang, buat kerja sekolah petang-petang sama-sama dan rehat sama-sama dengan cara, membelikan saya reben rambut yang sangat cantik dan pensel yang dakwatnya boleh tukar-tukar tu. yg bila dah tumpul, cabut dan letak ke belakang pensel untuk keluarkan mata pensel yang baru. Pada zaman tu, pensel tu dikira sangat mahal, lah untuk budak kampung macam kami.. dan Intan pun anak orang kaya tanpa banyak soal, saya terima sahaja pemberiannya.

Satu hari, cikgu Hayati yang super garang panggil saya ke hadapan meja guru bersama Intan dan seorang lagi wanita dewasa yang saya kira mak Intan.
"Kamu suruh dia mencuri ya?"
Saya mati-mati ingat mak Intan yang belikan dan memang tak sangka Intan mencuri duit maknya semata-mata untuk join kumpulan saya yg hanya 3 orang itu.
Tapi, memang tak, lah cikgu nak percaya. Dipiatnya perut saya dengan kukunya yang tajam.
Lepastu, saya geng dengan Intan..? 
Memang tidak, lah!

6 comments:

  1. aku simpati kat intan tu. dia pandang tinggi kat kau, sebab tu sanggup buat macam tu semata-mata nak join...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai botak. nak geng ngn kitorg dulu, tak perlu pun rasuah-rasuah bagai. join je.. tapi bila kena cubit depan kelas, malu kot.. mmg marah sgt masa tu kat dia. nasib baik, naik darjah 4, aku lompat 2 kelas ke atas, mmg tak tegur dia dah..

      Delete
  2. Replies
    1. haha..lepas kisah darjah 3 tu, sy mmg tak suka nama intan.. hehe..

      Delete
    2. kite ada persamaan...

      tak suke orang nama intan...

      err...?

      haha!

      Delete