"Ujian setakat ini?"
Dalam semangat berkobar, memang selalu ada ceritanya.
4 Mei 2014/ Sebuah tempat nilai ringgit menjadi keutamaan.
"Yang ni, 3 botol, rm 10 kan?" Tanya seorang wanita berhenti di depan kedai kak Jiha.
"Ya. Satu, rm 4.00"
"Eh, apa pula. Kalau 3 botol rm 10, bermakna, satu rm 3.50, la.." Sambar makcik tersebut sambil meletak rm 3.50 atas meja meniaga dan lekas-lekas beredar.
Makcik? Kak Jiha jerit? Tak sempat. Cuma rasa terkesima dengan tindakan pantas macam tu.
10 Mei 2014/ Sebuah tempat nilai ringgit menjadi keutamaan.
Seorang wanita datang, meminta sebungkus roti parata yang memang sah tertulis RM5. Menyerahkan duit seringgit2 yang bergumpal. Selesai membuka gumpalan duit tersebut yang hanya ada 4 keping SAHAJA, makcik tadi laju-laju beredar.
Masalahnya sekarang, makcik yang sama.
Saya cuba hadam apabila mendengar cerita kak Jiha.
Ada sesuatu di sebalik semua ini.
(Komen yang negetif terhadap makcik tersebut, akan di delete)
Bersangka baik sahaja la Kak Jiha. Memang perit bila dikenang semula, tapi niatkan sahaja untuk sedekah. Kan lebih baik kan?
ReplyDeletekomen negatif akan didelete? tak jadilah komen.
ReplyDeleteterdesak kot..atau itu je duit yg dia ade
ReplyDeleteteringat seorang pembeli masa aku berniaga kat jalan TAR dulu, buat perkara sama berulang kali tapi minggu berlainan. masa tu perasan macam ada unsur mistik pulak. (kerut dahi)
ReplyDeletebersangka baik..anggap je sedekah, Allah akan ganti yang lagi baik :p
ReplyDelete