Followers

Friday, May 9, 2014

Dan, Lauknya Tertumpah di Nasi (Part 2).

Pandangan saya alihkan ke arah botol shisha yang asyik ditekuni oleh seorang pelanggan di gerai tersebut.
"Hisap shiha lagi teruk dari rokok. Sebab, kita sedut asap arang sekali dengan perisa direct"Bicara Zahim selepas meletakkan pinggan kuey teow di hadapan saya. Biarpun belum pernah menyentuh shisha, pengalaman Zahim pernah menemani rakan sekuliah lepak di kedai makan yang ada shisha 3 tahun yang lepas membawa kepada topik shisha.
"Arang tu kat mana?" Soal saya, sementara mata masih melekap memerhati botol shisha yg berwarna-warni tanpa mempedulikan org yg menghisapnya mula terperasankan pandangan aneh saya.
"Cuba tengok bahagian atas sekali. Yang menyala warna merah semasa dihisap, itulah arang dia terletak" Terang Zahim membelakangkan orang yang sedang menyisha dan mengadap saya.
Sesaknya dada. Macamanalah org boleh sedut..

2 Mei 2014/ Sebuah Sekolah Menengah harian di Bandaraya Kuala Lumpur.
Zahim memasuki kelas sejurus waktu rehat tamat. Seorang pelajar berdiri.
"Cikgu, cikgu main untuk Malaysia ke?" Mata pelajar tersebut merenung jersi Malaysia yang tersarung dibadannya.
"Eh, taklah. Saya memanah"
"Mesti tgn cikgu kuat. Jom lawan tangan"
"Ok. Tapi sekali sahaja!"
Dia terkebil. Melihat pelajar tadi, keluar dari kelas kemudian kembali bersama sekumpulan pelajar lelaki yg datang entah dari mana. Sekumpulan tadi, terus mengerumuninya.
Eh?
"Eh, apa ni? Saya takkan mula selagi tak masuk kelas masing2"
"Korang pergilah balik kelas" Arah pelajar tadi ke arah kawan-kawannya. Sekumpulan pelajar tadi kembali keluar kelas.

Sebelum kelas berakhir, pelajar tadi datang ke arah Zahim. Mencucuk lengan Zahim.
"Cikgu angkat besi ke?" Menyedari dia kalah kepada Zahim pada game sebentar tadi.
"Eh, taklah"
"Jom shisha, cikgu!" Pelawa pelajar tingkatan 2 tadi sebelum dia melangkah keluar kelas.

5 comments:

  1. mula2 aku pikir, shiha? apa benda tu. rupa-rupanya oh, shisha...

    tips dari kawan aku kalau layan shisha ni, kena sedut sampai habis nafas. lepas tu hembus perlahan-lahan. baru la asap tu berkali ganda banyak daripada asap rokok. tapi jangan hembus sampai habis. bakinya biarkan keluar bersama dengan patah perkataan (sambil berbual le tu).

    ya, aku pun pernah layan. memang best, seronok tengok asap keluar macam letusan gunung berapi! hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo. TQ tegur. hehe.. Memang dlm kepala sebut shisha. Pebenda ntah tgn ni menaip shiha.. kekeke..

      Delete
    2. aku ingatkan nama orang da...

      Delete
  2. kalau saya di tingkatan 2 dulu, ajak cikgu hisap shisha, confirm lebam bijik mata :-)

    ReplyDelete